Hasad dengki bolehlah dikatakan penyakit rohani tahap "merah". Ia berbahaya sekali pada agama dan duniawi seseorang. Risiko buruknya sangat luas dan ketara. Kehadirannya mengancam cuaca tenang dan suasana damai di jiwa. Apabila ianya menguasai diri seseorang, maka buruklah padahnya. Antaranya, amalan seseorang musnah dan lenyap begitu saja.
Penguasaan dan penularan penyakit dengki berlaku tanpa had dan batasannya. Ia menimpa sesiapa sahaja tidak kira cerdik atau bodoh, jahil atau alim, lelaki atau wanita kecuali hamba yang dipelihara oleh Allah S.W.T. Namun sepandai- pandai "orang cerdik pandai" yang berhasad dengki, ia rupanya jahil sekali terhadap bencana dan kefasadan "segera" yang akan berlaku ke atas dirinya.
Belum lagi rencana buruk dan kehasadannya menimpa insan yang didengkinya, tengok- tengok tanpa sedar telah pun muncul di depan matanya lima seksaan "tunai" atau "segera" di dunia yang akan menjadikan dirinya macam orang kena sawan atau macam kera kena belacan. Sawan dan suasana tidak keruan yang menjelma pada rutinnya itu adalah dek kerana jiwanya yang tidak pernah rehat dari al- hasad, sebagaimana sabda Nabi S.A.W.
Apakah lima seksaan duniawi itu??
As- Syeikh Abul Laith as- Samarqandly rahimatullah berkata :
"Akan menimpa ke atas diri si penghasad lima seksaan sebelum hasadnya itu jatuh ke atas orang yang dihasadnya."
1. Akan menimpa ke atas dirinya kebimbangan dan kedukaan yang berpanjangan.
2. Akan menimpa ke atas dirinya musibah berat yang tidak mendatangkan pahala sedikit pun.
3. Akan menimpa ke atas dirinya celaan dan kutukan.
4. Akan menimpa ke atas dirinya kemarahan Allah S.W.T.
5. Akan ditutup ke atasnya pintu taufik.
Kalau demikan kerasnya seksaan di atas dunia ini lagi, maka kenapa manusia masih sahaja suka hidup dengki- mendengki, dendam- mendendam sesama mereka. Yang sudah tu, sudahlah. Buang yang keruh, ambillah yang jernih.
Akan tetapi, sepanjang perjalanan dunia ini, ia menyaksikan betapa orang yang dijangkiti virus hasad dengki ini jiwanya tak pernah tenteram, hatinya jadi tak keruan dan tidurnya pun tak lena. Maka inilah dia dikatakan "neraka yang disegerakan". Wal'iya zubillah.
oleh : Amaluddin Mohd Napiah
3 comments:
mcm yahudi la...penuh ngn hasad dengki..tu pasal bangsa depa jd bongkak..
mmg btul tuh sis...tp antara kta pun masih ramai yg hasad dengki nih...xsalahkan sape2 pun...diri sendiri kena tau sejauh mana kesan kalo ade sikap hasad dengki ni...
"RENUNG2KAN...FIKIR2KAN..."
selain itu didalam diri kita juga dapat muncul hasad dengki, so be carefl....
Post a Comment