kasih syg.....cinta....kebahgian....derita.....kesengsaraan....kegembiraan....keceriaan....kesusahan....
KISAH 1...
~ Razi seorang pemarah. Tidak boleh silap sikit, Razi akan mengamuk dan mula memaki hamun Nida (isterinya). Nida seorang penyabar. 1 hari Razi kemalangan dan terlantar sakit selama sebulan. Selama itulah Nida menjaga Razi dengan penuh kesabaran. Walaupun dlm keadaan sakit, sikap Razi xpenah berubah sehinggakan pada 1 saad Razi sanggup membalingkan makanan ke muka Nida. Dalam pada itu, tanpa pengetahuan Razi sebenarnya Nida sedang sakit kanser hati. Setelah Razi sembuh, Razi mula berubah sikap. Cuba untuk mendekati Nida dengan lebih rapat. Sewaktu Razi berada pejabat, Nida jatuh sakit dan terlantar di hospital. Razi mendpt pengkhabaran yg Nida berada di wad ICU. Nida berada di dalam keadaan koma. Selama itu, Razi menjaga Nida tanpa menghiraukan dirinya. Semasa Razi menjaga Nida, timbul rasa kesal apa yg telah dilakukannye terhadap Nida selama ni. Razi cuba meluahkan apa yg dirasakan kpd Nida. Sedangkan Nida hanya kaku di atas katil. Tiba saatnya Nida menghembuskan nafas terakhir. Razi begitu kesal kerana dia tidak dpt meluahkan ayat ini kepada Nida "Nida, abang minta maaf di atas sikap abang selama ini kepada Nida"... Razi pulang ke rumah. Razi terpandang 1 sampul surat berwarna putih di atas meja solek. Tertera
Untuk suamiku yg tercinta...
Abang,
maafkan Nida sepanjang Nida menjadi isteri abang...banyak kesalahan yg Nida lalukan sepanjang kta berkahwin...Nida xmampu membahagiakan abang...Selama kta berkahwin, abang selalu memarahi Nida...Ini semua salah Nida yg menyebabkan abang jdi begini...Selepas ini, abang akan bahagia kerana Nida tidak akan menyebabkan abang selalu marah lagi...
Abang,
Nida mohon abang halalkan segala makan minum dan nafkah yang selama ini abang berikan kepada Nida...Nida amat2 menghargai dan berterima kasih kepada abang kerana sudi menjadikan Nida isteri abang...Nida akan pergi jauh buat selama- lamanya...
Semoga abang berbahagia dan ceria selalu...
Nida doakan agar abang dilindungi dan dirahmati ALLAH selalu...
Salam terakhir dari Nida,
NIDA SAYANGKAN ABANG.....
adakah anda masih menyimpan perasaan tuh???luahkan sebelum terlambat...wlau ape yg terjd selepas itu, sekurang2 nya ianya dpt diluahkan sblm terlambat...
(ana pun ade jugak tuk someone....secret)
No comments:
Post a Comment