"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...

Friday, January 22, 2010

kaSih sayang aTau kERja...

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh
anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si
anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah... ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm.... nak tanya apa?

Anak: Ayah... berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa
pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah
ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu
ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya.
Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa a
naknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah
kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar
memerlukan
duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta
wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik
anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kam
u benar-benar
perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping
duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10
ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "K
enapa kamu mintak
duit lagi sedangkan kamu
dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan. ...."Duit ni Amin
kumpul dari
belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit
kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."


"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..

Nah... ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di
pejabat
tu. Amin nak ayah
balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi.. yang penting
sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang
anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang hidupnya.. yang bakal kerja sok lusa... atau
sesiapa saja yang selalu sibuk...
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita.. yang sentiasa berada
di hati kita..

Bayangkan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati.. pihak syarikat
akan senang2 cari orang lain.. gantikan kita.
Tapi.. keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan
berasa suatu kehilangan
sepanjang hidup mereka... Fikirlah... selama ni... apa yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??


jangan gila kerja sgt... berpada pada la....

~kimi sedang menandatangani borang AKURJANJI UPSR~
ni lah anak angkat aku

~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
arini aku diberikan anak murid UPSR tuk dijadikan anak angkat aku...setiap guru ada anak angkatnya...nama dia Mohd. Nurhakimi...aku diamanahkan tuk mendidik dia secara sepenuhnya sepanjang UPSR yg bakal tiba...TAHNIAH kpd aku...doakan aku mampu menjaga & mendidik kimi & kwn2nya yg lain...insya'Allah, mudah2an...

12 comments:

myQza said...

dylla amek anak angkat?? Serius ke???

Tahniah!! nanti tepek gambar yek!!

eh! Baby ke dah besau?

Cikgu ILi said...

Eeiii cakap bior terang..
Kontroversi dah kat sini ni Dila...
Mesti depa ingat anak angkat yang kene jaga seumur hidup.

mohad said...

cantik blog ni...

white rose said...

haha...dh diperbetulkan...

white rose said...

TQ ijad...

eefa said...

tahniah!!! all da best. sama2 la kita berusaha ye cik ustazah.

white rose said...

haha...k.iffah pun dpt gak...teka laa sape orgnya...

mizaranun said...

baguih citer ni..
emm ustazah jgn nati anak angkat tu nk beli masa ngn ustazah plak...hikhik

white rose said...

mizaranun~
ade unsur2 cemburu nampak...
urm...

Hill_Mie said...

haishh... sedey nyer kisah ko nih... harap aku tak mcm ni bila keja nnti.. insyaallah... :)

white rose said...

padli~
ko dh jdi bapak nti jgn mcm tau...jaga anak2 ko...

myQza said...

oOOOo.. anak angkat UPSR..
jaga lek lok!

Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...


~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~