"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...
Showing posts with label penghargaan. Show all posts
Showing posts with label penghargaan. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Hari Berterima Kasih WHITE ROSE...

Assalamualaikum semua...
selamat petang sabtu...

sabtu ni kebanyakkan blogger bercuti & hapi bersama keluarga tercinta...

pagi tadi aku dapat 1 email...
email tu tarikhnya minggu lepas...tapi aku terlepas pandang...
setelah diteliti dengan detail & aku baca berulang2 kali...
akhirnya aku mengerti...

SEBUAH LEMBARAN YANG TERPENDAM...

dalam hati aku hanya berkata..."TAK MENGAPALAH, AKU TAK SALAHKAN MEREKA, SEBAB MEREKA TIDAK PERNAH MENGENALI AKU, APATAH LAGI NAK BERTEPUK BAHU DENGAN AKU, MENEGUR AKU PUN TIDAK..."

jadinya aku memaafkan mereka...
demi kemaafan yang aku hulurkan, aku buatkan khas ucapan "TERIMA KASIH" kepada mereka- mereka yang berjaya membuatkan aku memandang dunia ini dengan lebih luas...
aku menghargai KAMU...

aku tau, ada silent reader kat sini,
sekodeng blog aku hari- hari...
kemudian berkata- kata dalam hati...
dan bercerita DAN BERCERITA lagi...

TERIMA KASIH...
kerana membenci aku...


TERIMA KASIH...
kerana menyangka aku mengacau HIDUP KAMU SUAMI ISTERI...


TERIMA KASIH...
kerana menyatakan "RUPA BURUK, HATI BUSUK" kepada aku...


TERIMA KASIH...
kerana menyatakan "TIADA ORANG NAK KAT AKU..."


TERIMA KASIH...
kerana panjangkan "KISAH BLOG" aku...


TERIMA KASIH...
kerana menyatakan "BLOG AKU BLOG LUCAH"...


TERIMA KASIH...
kerana menyatakan "USTAZAH LUCAH"...


TERIMA KASIH...
kerana menyatakan diri aku "TAK SEDAR DIRI"...


TERIMA KASIH...
kerana sudi berkawan dengan aku...


TERIMA KASIH...
kerana membaca blog aku...


TERIMA KASIH...
kerana komen blog aku...


TERIMA KASIH...
kerana tidak puas hati dengan aku...


TERIMA KASIH...
kerana menganggap aku CEMBURU dengan mu...


TERIMA KASIH SEMUANYA...
TERIMA KASIH DIATAS SEGALA- GALANYA...
TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA DARI AKU YANG HINA...
TERIMA KASIH KERANA BEGITU BANYAK MENGATA AKU SAMPAI BILA- BILA...


KAU...aku ucapkan TERIMA KASIH BANYAK- BANYAK...






Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
~ tak sesuai blog aku dinamakan BLOG RATU GELAK sebab nanti bila aku buat entry sedih- sedih, korang gelak pulak... ~

Tuesday, January 25, 2011

Pantun IKAN dan BLOGGER...

Assalamualaikum semua...
jom, jom, jom...
kita main pantun2 nak?

korang createkan 1 pantun khas tuk aku...
sok, aku show kan...
setuju?

jadinya sebelum itu, aku nak buatkan pantun tuk korang...
pantun 2 kerat...
ni 1 penghargaan dari aku...
yeeeeeeeeeehaaaaaaaaaa....!!!

LOMPAT- LOMPAT SI IKAN BELACAK,
SASA & EDY KUAT GELAK...
(aku suke Korang gelak...)

CELUP- CELUP BALANG SI IKAN PEKASAM,
POKCIK SAHROM & CIKGU HUMAIRI JANGAN GERAM- GERAM...
(my brother yang supporting...)

CARIK- CARIK TULANG SI IKAN BILIS,
SISSYIRA , TIKA_LEH , THEROSPUTIH & GARFIELD88 JANGAN ASYIK NANGIS...
(adik2 manis yang jiwanya halus...)

PANGGANG- PANGGANG SI IKAN PARI,
AMY SYAQUENA , KAK MIN & TUKANG CERITA AJAKLAA CIK ABG MENARI- NARI...
(en.suami mereka seorang Pembakar semangat...)

GORENG IKAN MASIN SI IKAN CENGCARU,
BISKUTUST ABD RAZAK & IBUINTAN MEMANG BANYAK ILMU...
(entry2 mereka penuh dengan ilmu & bermuhasabah...)

TANGKAP- TANGKAP SI IKAN PUYU,
CIKGU IMANSHAH & SI PARA- PARA JANGAN MALU- MALU...
(malu- malu nak cerita perihal diri sendiri...aawwww...)

BELI MEMBELI SI IKAN MERAH,
AMIEYNA & AVELYN'S JANGAN MARAH- MARAH...
(si adik & si kakak yang menulis dgn sepenuh hati...)

REBUS- REBUS SI IKAN REBUS,
WANDA & KAK NIA JANGAN BOROS- BOROS...
(suka baca entry mereka berjalan- jalan & makan2...)

GULAI TEMPOYAK SI IKAN TEMAKANG,
KAK ANA & KAK HUNNY JANGAN GARANG- GARANG...
(mereka sangat TEGAS bila bekerja dan bila berbicara...)

TENGOK KOLAM SI IKAN GELAMA,
HSYMAN & SEPHI JANGAN TUNGGU LAMA- LAMA...
(si teruna bakal ke gerbang, si dara bakal menempuhinya...)

GELI- GELI SI IKAN KELI,
CMA & NURKASS JANGAN LARI- LARI...
(mereka yang suka lari- lari...miahaaha)

DALAM TIN SI IKAN TUNA,
NIEZS & APIZZS RAJIN- RAJIN BEKERJA YA...
(adik- adik yang bersemangat untuk bekerja...)

CANTIK- CANTIK SI IKAN EMAS,
CIK AMY & AMNI JANGAN MALAS- MALAS...
(mereka sungguh sweet...)

BURUK - BURUK SI IKAN TERUBOK,
KAK ANI , KAK RINA & KAK NORA TERLALU SIBUK...
(ibu- ibu yang busy menguruskan anak- anak & rumahtgga...)

KAIL- KAIL SI IKAN BAYAN,
BEAUTIFUL_ROSE & KAK IDA PANDAI JAHIT- JAHITAN...
(memang mereka tere menjahit...)

MENARIK PUKAT SI IKAN TALAPIA KEMBAR,
NURR KASIH & AFZAN PANDAI AMBIL GAMBAR...
(dorang pandai snap gambar, gambar cantik- cantik...SASA & EDY pun pandai...)

LARI- LARI SI IKAN JENAHAK,
WAHAI RAKAN JANGAN TERBELAHAK...

MAHAL- MAHAL SI IKAN AROWANA,
CUKUP- CUKUP SAMPAI DISINI YA...

SWEET- SWEET SI IKAN KERAPU,
ADA YANG TERTINGGAL SILA BAGITAU...

JAUH- JAUH SI IKAN DURI,
NANTI WHITE ROSE BUAT LAGI...

MAKAN- MAKAN SI IKAN SEPAT,
JOM SEMUA KITA SOLAT...

miaahahaha...
inspirasi datang bile menengur salah seorang kanak- kanak ribena yang sedang termenung...
ayat terpancul..."HA, TU LAH...BANYAK SANGAT MAKAN IKAN TEMENUNG (ikankembung)..."



Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
~ jangan MARAH- MARAH yaaa...nanti kena JUAL...~
Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...


~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~