"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...

Tuesday, March 2, 2010

Penipuan Besar 2009 part 1...

salam semua...
aku tengok minggu ni ramai sungguh yang busy ek...
kesian korang...keje sampai petang...
rezki masing2...asalkan keje perlu ikhlas & halal...
apa yang penting??? "KEJESAME"...
dah lama xtengok wonderpets...asyik tengok spongebob je...
ahaha...aku melayan gak katun2 nih...
disini aku nak cerita kisah penipuan paling besar dalam hidup aku masa 2009...
walaupun cite ni dah lepas, tapi bagi aku ianya sangat mengguris diri aku teramat dalam...

---------------kisah pertama----------------
ditipu oleh seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai "ustaz firdaus"...
berasal dari johor...mengajar sek swasta di johor juga...
perkenalan bermula dri YM...
dia memperkenalkan diri n trus berkenalan secara rasminya dgn aku...
sowi, aku xingat bila waktu kejadian...
kami berkenalan dlm tempoh yg singkat, 2 hari je...
trus dia nk melamar aku sebagai makwe dia...
tanpa sepatah kata yg keluar dri mulut aku, dia bercakap seolah2 dah bertahun2 kenal dgn aku...aku sekadar mendengar bebelan dia...
dia meluahkan perasaan kononnya makwe dia tinggalkan dia kerana lelaki kaya...
dia merana & tdk tentu arah...
kononnya lagi, dgn pertemuan aku & dia telah mengubah hidup dia...
selepas 2 hari bersembang melalui sms...
dia senyap terus hampir 2 minggu...
kemudian secara mengejutnya dia tel & marah2 aku kerana curang dgn dia...
hahahaha...aku leh gelak sakan nih...
ayat dia "AWAK NI PEREMPUAN SUNDAL"...
terus dia meletakkan tel...
masya'Allah...sekejap je Allah tunjukan kebenaran perilaku seorang "ustaz"...
aku kurang percaya yg dia ni adalah "ustaz"...tapi xtau laa...WALLAHU A'LAM...
hnya Allah saja yg tahu...
xlama lepas itu, dia sms aku mintak aku tel dia...
secara berhemah aku tel jugak...
dia tanya kenapa aku menyepikan diri...
bila aku tanya dia kenapa dia menyepikan diri jugak, pelbagai alasan dia bagi...
dengan menangis nya, dengan merajuknya...membuatkan aku meluat dgn drama yg dia persembahkan...akhirnya aku memberi kata putus jangan ganggu hidup aku lagi...
alhamdulillah, aku berjaya melepaskan diri dari dia...
penah sekali dia sms aku secara tiba2..."hai...leh berkenalan?"...
dengan selamber aku membalas... "bole blah..."
korang percaya ke aku balas sms mcm 2???
wahaha...

~ ni lah guru contoh...kat pintu masuk bilik guru pun bole tunjuk ajar
kpd kanak2 ribena
~

pssttt...kak ili, diam2 tau...kak iffah xtau saya snap pic dia nih...hahahaha

~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
laporan sukan dah siap...esok nak hantar ke PPD...tinggal laporan mesyuarat agong PIBG je...insya'Allah, sok aku settlekan...rasa mcm nak demam semula...cuaca terlampau panas sehingga batuk2 ku kembali bertakhta...
kak T jangan lupa makan ubat tau...

9 comments:

Mrs. Zuki said...

Rasa baru kusebut je kejesama tu semalam.
Teringat masa kejadian ustaz tu kata perkataan s****l tu..masa tu dia dengar kite gelak-gelak dalam PSS ni.
Bagus la Kak Iffah, Cikgu contoh.

sI tEDI said...

ustaz menyamarlah tu!! kalau betul x kan nak mencarut2 kan? sakit mental kot.

ekekekekke

salam dylla. lama tak singgah! i'm corry!

white rose said...

kak ili~

ha'ah, pastu kita sume tergamam bila sy cerita apa yg dia ckp kt sy...teringat lagi, kak iffah suh sy col smula...hahaha...
k.iffah mmg cikgu contoh pun...

..................................................................

kak tedi~

rasanya laa, "ustaz" tuh ade sakit mental kot...hahaha...

geram btul tgk gambar dak utih bertonggek tuh...hahaha...

salam kak tedi gak...
xpe2, akak busy...i know that...

sahromnasrudin said...

huhuhuh..ustaz ke tue??ingat "maling" mane td yg sedang membuat eksperimen mengacau anak dara org heheheh...

insan pendidik said...

salam,

toksah dok caye sgt ni jam byk yg ade motif lain tu.. apatah lg kalo kenal lam tenet tu macam2 cite skrang ni so hati2 je lah

white rose said...

sahromnasrudin~

ekperemen ek...wahahaha...siapakah si "maling" itu...


......................................................................

Salam IP,

tuh laa...sume ni adalah pengajaran...

alfa juliet said...

banyak part rupanya..teruskan..hehe..

blueCITY® said...

hmmmmmmmmmm

rose putih, susah dah nak percaya pada lelaki zaman la nih
hukhuk...
macam2 akal mereka kan

take care dear

white rose said...

kak azza~

coming soon...hahaha

...................................................................

kak blueCITY~

tuh laa kak...mmg ssh nak percaya dah lelaki zaman skrg nih...ssh nk jumpa yg btul2 ikhlas...

akak pun take care gak ek...

Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...

~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~

Recent Visitors