"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...

Monday, August 16, 2010

10 Sifat Calon Suami/ Isteri Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang perempuan yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


p/s : kpd yg dah kawin, bersyukurlah kerana si dia masih bersama & sentiasa berkorban apa saja...ha, pokcik sahrom...baik2 naaa... yeeeeeehaaaa...



~ Ketetapan & Janji Allah itu pasti akan berlaku...bersyukurlah ~
Myspace text generator

8 comments:

ana said...

klu yg blm kawen leh amik panduan ni...yg dh kawen cuba bentuk diri jd macam ni...ingatkan diri kak ana gak!

sahromnasrudin said...

salam ustazah..sy tak tau sy ade ke tak sifat kat atas tue coz yang tahu hanya istri saya sahaja..dialah yg seharian hidup serumah dgn saya..apepun, trime kasih atas peringatan ustazah itu..
p/s: dh lame ustazah tak anta komen2 yg panjang2 cam dulu kat entri saya..mcm tak sedap coz dh ilang saat itu...

azhariahzuber said...

tak krialah seorg ke berduet ke, memang kena sentiasa bersyukur

mizaranun said...

insyaAllah akan dipraktikkan...hohoho

Yasminhamid said...

sentiasa bersyukur sebab dikurniakan suami yang tabah dan kuat semangt .. dialah pendorong akak selama ni...

CITY® said...

salam,

akak doakan ros dapat bakal suami spt dia atas ya, amin...
sihat ke bulan2 puasa ni? semoga semuanya berjalan lancar ya, amin.

nurmisnan said...

salam white rose
Insyaallah.. semoga WR dipertemukan
dengan bakal suami seperti diatas..

jika tidak kesemua 10 itu, dapat 9 pun da alhamdullilah...

☾SHiemaCMa786☾ said...

insyaallah..yg dah kawin blh amalkan.. yg belum kawin tu praktikkan.. hihih..

moga2 allah ketemukan soerg suami berciri2kan di atas :)

Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...


~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~