"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...

Friday, March 11, 2011

Amaran tsunami...!!!

Assalamualaikum semua...
sila baca dengan terperinci...

Amaran tsunami: di pantai timur, Sabah dan Sarawak bermula dr 6pm hingga tgh mlm nie


Jepun digegar gempa kuat, amaran tsunami dikeluarkan

11/03/2011 3:16pm


WASHINGTON 11 Mac - Satu gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter menggegar pantai timur Jepun hari ini, mengakibatkan satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter. - REUTERS

Penduduk Labuan dan Sabah dinasihat tidak ke pantai

11/03/2011 4:29pm

KUALA LUMPUR 11 Mac – Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang di jangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.
Jabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini di jangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.
Katanya, satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.
Bagaimana tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini. – Bernama
tsumani.map.jpg



"YA ALLAH, SELAMATKANLAH SELURUH UMAT ISLAM DAN BUMI MU YANG INDAH INI, JAUHKANLAH MALAPETAKA DAN BENCANA YANG AKAN MEROSAKKANNYA..."

~ tadi tengok video gempar bumi di Jepun & air laut melimpah membanjiri bumi Jepun... ~

15 comments:

zati embong said...

Amin.Semoga negara kita selamat dr bencana.

nurul nabila bt medan said...

amin.
moga negara kita sentiasa selamat dripada bencana

KUREKURE COMEL said...

moga semuanya selamat...insyaallah...

Fiqas said...

amin....semoga negara kita selamat..

IMANSHAH said...

semoga selamat semuanya

ghost writer said...

InshaAllah..Tuhan pasti akan menjaga hamba-hambanya yang sentiasa mengingati-NYA...

si para para said...

mintak di jauhkan dari segala bahaya..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam..
amin .. amin

nurkass said...

ya allah..lindungilah hambamu ini dari perkara yg tidak2..

Sasa Al-Sharif said...

amin. minta jauh daripada malapetaka

Adinda Amy Sensei said...

ohhh sangat takutttt...



sis..ada kad utkmu

Cma Shiema said...

insyaallah...amin...

adol ihsan said...

insyaAllah ..
moge semua selamat .. Amin,,

LadyBird said...

ameeennnn...

Nur Misnan said...

salam cik putih...
DIA masih menguji hambaNya
namun manusia masih buta dgn amaraNya

Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...

~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~

Recent Visitors