"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...
Showing posts with label hari ibu. Show all posts
Showing posts with label hari ibu. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

khas buat ibuku JAMALIAH BT. KHALID...

salam semua...

ahad baru2 ni aku, adik & kakak aku serta ipar aku menyambut
sambutan Hari Ibu khas buat mak aku tercinta...

walaupun ala kadar je, janji buat...
kakak2 n abang2 aku tak dapat join sbb ade keje...

tapi dorang dah wish kat mak aku...
petang tuh mak sendiri masak rendang & pulut...
yang lain2 tu aku & adik aku sediakan...


~ abah bacakan doa sebelum majlis ~

buat mak,
KASIHMU TIADA GANTI,
SAYANGMU BUKAN SIMPATI,
BELAIANMU SEPENUH HATI,
RINDUMU TAK PERNAH BERHENTI...

hanya mak dalam hati kami...
SELAMAT HARI IBU buat ibuku JAMALIAH BINTI KHALID...

~ mak dah potong kek ~
muke sedey skit sebab anak2 yg lain xde balik...

~ abah menimbang si aisyah, anak buah aku no. 10 ~
ni lah mende rasmi yang abah akan buat setiap cucu- cucunya bile genap 6 bulan...


~
wHite R
osE ~
''''''''''''''''''''''''''
hujan sampai maghrib...aku terlena...
mau tido awal jugak...

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu...

~ kerana mereka aku terus hidup ~
aku amat2 menyayangi mak & abah aku...
salam semua...
aku xtau yang mana 1 betulnye tarikh hari ibu...
ade yg 9hb, ade yg 8hb & ade gak 10hb mei...

tapi bagi aku, setiap saat & masa adalah untuk mak aku...
owh, mak...aku sayang mak...
terima kasih mak...


Buat yang masih ragu-ragu, bila hari ibu pada tahun ini, ianya pada hari Ahad ini bersamaan 09 Mei 2010...eh, arini laa ek...hahaha...

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku…..mak

Bila lapar, yang suapkan aku….mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku…..mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak

Aku selalu teringatkan ….mak

Bila sedih, aku mesti talipon….mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…. .mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “

Bila sakit, orang paling risau adalah….mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak

Bila ada masalah, yang paling risau…. mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku. …mak kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak

Yang selalu berleter kat aku…mak

Yang selalu puji aku….mak Yang selalu nasihat aku….mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

(uupppss...aku belom kawin...~lalalaalala...)


Aku ada pasangan hidup sendiri….


Bila seronok, aku cari…….pasangan ku

Bila sedih, aku cari……mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat….emakku

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…..mak

Bila sambut valentine… Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku

Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”…

Berderai air mata jika kita mendengarnya. …….

Tapi kalau mak sudah tiada……….. MAKKKKK…RINDU MAK….. RINDU SANGAT….


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…… .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama..

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,“Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.


“Jika kamu menyayangi ibumu, “forward”kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu 2-4 orang : Kamu sayang ibumu 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu 10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu




~
wHite R
osE ~
''''''''''''''''''''''''''
aku hadiah sepasang kasut buat ibuku tersayang...
nilai kasut itu tak dapat membandingkan kasih sayang & pengorbanan ibuku selama ini...aku doakan agar ibuku sentiasa dilindungiNYA, dirahmatiNYA, dimurahkan rezekiNYA, & sentiasa dalam berkasih sayang...
Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...


~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~