"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Friday, March 4, 2011

Sembilan Jenis SIHIR...

Assalamualaikum...
mari kita tengok beberapa jenis sihir ye...

Sembilan Jenis SIHIR
1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri. 
2. Al-Mahabbah:Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta. 
3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar. 
4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong. 
5. Al-Khumul:Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan. 
6. Al-Hawatif:Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi. 
7. Al-Marad (sakit):Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba. 
8. Nazif:Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan. 
9. Ta’til tawaj:Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.

sihir mane yang korang suke tu haaaaaa???

~ BACALAH & AMALKAN SELALU ~


~ SIHIR MULUT lagi bahaya...bole buat orang bunuh diri... ~
aku nak bunuh je mulut orang tuh...kakakakaka...

Friday, January 21, 2011

Ampunkan AKU...


Ya Tuhan
Limpahkanlah Hatiku

Dengan Belas Kasih MU
Pada Waktu Siang Dan Malam
Juga di Pagi dan Petang
Silih Berganti

Tidak Terlewat Dalam Hatiku
Waktu Aku Tidur Atau Jaga
kecuali Mengingati Nama MU
Antara Nyawa dan Nafasku

Kau telah masukkan Kedalam hatiku
Sebuah gagasan 
Bahawa Engkau Maha Suci

Telah Banyak Dosa Ku Perbuat
Dan Engkau Maha Mengetahui
Namun
Pada Saat Petang Menjelang
Dan Pagi Pun Datang
Aku Masih Juga Membuat Dosa

Pimpinlah Aku Ya Tuhan
Ke Jalan Yang Telah Ditempuh
Oleh Hamba-hamba MU yang Sholeh
Dan Jangan Sesatkan Aku
Dalam Mengikuti
Jejak Agama MU

Bimbinglah Aku Di Dunia Ini
Juga Di Akhirat Kelak
Cerahkanlah Wajahku 
Pada Saat Orang-orang Bermuka Masam


~ IMAM SHAFIE ~

~ bersabarlah wahai HATI, ini baru dugaan kecil buat diri mu...ada yang lebih besar dugaan dari mu...bersyukurlah kerana HATI mu terpilih untuk ujian ini... ~

Friday, January 7, 2011

bermuhasabah sebentar di PENGHULU SEGALA HARI...

Assalamualaikum...
walaupun sudah hampir ke tengah malam,
PENGHULU SEGALA HARI tidak dilupakan...

hari ini, aku memulakan pagi Jumat dengan sedikit tazkirah & pembukaan majlis bacaan yaasin secara tidak rasmi...
secara rasminya akan diadakan pada minggu hadapan...

idea diadakan Majlis Bacaan Yaasin ni adalah dari aktiviti guru sebelum aku...
aku just follow up sehingga laaa kini setelah hampir 8 tahun...

waaaaahhh...lamanye aku dah mengajar...
usiaku masih MUDA & ANGGUN lagi...
miahahaha...

so, pada mulanya Majlis Bacaan Yassin ni hanya aku & pelajar2 tahun 6,
tapi sejak dua menjak ini, aku turut menjemput guru2 & ibubapa pelajar sekiranya ada kelapangan untuk membacakan bersama anak2 mereka...
ALHAMDULILLAH, sambutan sangat menggalakkan...



salah 1 cara untuk memberikan SEMANGAT kepada pelajar2 aku juga...
walaupun ianya kalau difikirkan agak menyusahkan, tapi HASILnya berbaloi- baloi...
yaaa...AKU AKUINYA...

tambahan pula, aku turut menyediakan air masak (dalam jug) untuk diminum pelajar2 aku...
ade jugak yang taknak minum, tapi aku paksa jugak...
lama2 akhirnya mereka sendiri akan minum...
ALHAMDULILLAH...




aku share dengan KAMU semua...
yang mana guru, bole berkongsi idea tuk dilaksanakan disekolah...
tak kira laa sekolah menengah atau rendah...

impaknya sangat2 BESAR...




smoga Allah memberikan aku kekuatan untuk terus mendidik anak2 muridku dengan cemerlang dalam ISLAM...



~ Ya ALLAH, berikan aku ketenangan & kesejahteraan berpanjangan...amin ~

Wednesday, December 29, 2010

memang boleh macam ni, tapi biarlah macam ni...

Assalamualaikum semua...
tadi aku duk mengodek gambar2 anak2 buah aku...
semuanya kelakar betul...

ala zaman kamera digital yang rege murah je...
jadilah kan nyaaahh...

asalkan anak2 buah aku BAHAGIA...
miahahahaa...

so, ade pengajaran disebalik gambar2 ini semua...
sempena persekolahan 2011 yang bakal menjelang beberapa hari lagi...

aku tayangkan sedikit renungan buat semua ibubapa dan bakal ibubapa...
semoga ianya memberikan 1 impak yang amat besar dalam hidup kita...

insya'Allah, berkat usaha kita bersama- sama,
anak2 kita terdidik dalam keluarga beriman...
aminn...

(entry baik sempena MALAYSIA menang bola tadi...)
kekekekeke...

~ bole ajar anak2 bergaya tapi biarlaaah... ~
aku selalu pakai spek mate budak2 kecik ni...sungguh cute & ranggi...nape laaa orang dewasa punya tak dijual...


~ menutup aurat ~
comel betul anak buah aku bertudung ni...agak2nya masa aku kecik2 dulu sure comel macam ni kan...
hahahaha...korang JELES... 

~ bole ajar anak2 mendengar muzik tapi biarlaaah... ~
budak ni dan2 tu laaa dia jelir lidah...aku keratkan baru tau...menspoilkan picca aku jer...

~ pandai solat & cukup solat 5 waktu... ~
tang sejadah aku jugak yang dia nak guna...aku bagi sejadah lain dia taknak...
SILA ABAIKAN BACKGROUND SEKELILING...NANTI RABUN MATE ANDA...
miahahahahaha...

~ waah...rindunye dengan anak2 murid aku...macamana laaa keadaan dorang bile bukak sekolah nanti...~

Tuesday, December 14, 2010

berbudilah...berbaktilah...

Assalamualaikum semua...
nampak gayanya aku kena rajin2 update blog...
thanks yee buat korang sebab sentiasa ade disini...

arini duty kat sekolah macam biasa...
tadi kul 12 amik mak & abah kat hospital...
rasa lega bila dapat berbakti kpd org tua kita kan...

macam ade 1 perasaan segar bugar bila dah lakukannya...
perasaan hati tu semakin berbunga- bunga...

ooppsss...bukan bunga- bunga cinta yeee...
no, no, no, no, no...
pleeaaaassss nyah...jangan kau harapkan dalam masa terdekat nih...
miahahaha...

kau tau, bila kita menolong orang- orang tua ni,
banyak yang dia doakan walaupun kau sekadar bagi dia minum...

pada masa yang sama, atok aku demam...
ade kat umah aku ni...aku tukang suapkan dia ubat batuk...
semalam aku bagi dia makan ubat batuk, suapkan 2 sudu je...
kau tau ape dia cakap?
dia doakan aku lebih dari 2 perkara yang aku buat...
"PANJANG UMUR, MURAH REZKI, DIBERKATI ALLAH, DIRAHMATI ALLAH...dan macam2 lagi laa..."
tapi bab JODOH xde... :P

terharu aku nyaaahh...
terharu...

kau tau terharu?
kau mau tahu?
sila garu kepala kau dulu...baru kau tahu...
miahahahaha...

so, moral of the story,
BERBUDI & BERBAKTILAH KEPADA ORANG TUA...

~ hati berbunga-bunga apabila dijaga oleh abang RELA... ~
miahahaha...
cool betul pakcik RELA ni...

~ kenyang sambil melayan bilik yang berwajah baru..aawww... ~

Wednesday, December 1, 2010

mengapa kita tidak boleh menggunakan perkataan "SALAM"...

Assalamualaikum semua...
ada sedikit tazkirah ya buat kita semua dipetang2 yang dingin ni...

mengapa kita tidak boleh menggunakan perkataan "SALAM"...


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

السلاما=keamanan.....
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

 dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;              

WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan            
  As Salamyang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaatnya.

info dari sini... 


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH...
minah ARAB mane nih weiii...


~ jom main hujan...lalalalala ~

Tuesday, September 28, 2010

itulah hakikat sebenar sebuah kehidupan...

Salam semua...
semalam dikhabarkan seorang warga pendidik meninggal dunia...
walaupun arwah bukan rakan sekerja aku, aku mengenalinya...

minggu lepas menjadi kenangan terakhir rakan sekerja arwah,
minggu ni menjadi kisah paling sedih & duka...
teramat sedih pabila arwah merupakan orang yang ceria & friendly...

diusia dalam 40-an, arwah pergi meninggalkan anak2 yang masih kecil & masih sekolah...
3 hari yang lalu, arwah dikhabarkan terjatuh & terkena serangan angin ahmar...
semalam, arwah meninggalkan semua kenangan bersama rakan2nya...

tenangkanlah dirimu wahai kakak...
Semoga Allah melindungi, merahmati & tempatkan diri mu bersama dengan orang2 yang soleh & beriman...

AL- FATIHAH buat allayarhamah Musalamah...

~ gambar terakhir arwah semasa hari guru ~

KITA YANG MASIH HIDUP TERUSKAN PERJUANGAN!!!

~ arini dikhabarkan juga seorang warga pendidik sedang berjuang menahan sakit di hospital ~

Wednesday, August 25, 2010

apa sudah jadi?

salam semua...
selamat pagi Malaysia...

semalam GB bagi kad raya....
korang nak kad raya tak?
kalo nak, sila sertakan alamat ke email aku... nufaa84@yahoo.com.my...

insya'Allah, aku akan poskan jika berkesempatan ye...

~ habis laa kalau macam ni ~


~ arini gaji...yippi... jom soooppiinggg...~
Myspace text generator

Monday, August 23, 2010

Awas dengan jualan murah!!!


Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label.


MUKADIMAH:


JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.
Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan 
Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini. 

PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.
Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Jun 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.
Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.
Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.

Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan.
Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.
Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.

“Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Jun 2009.

“Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah,” katanya.
Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.

“Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’.

“Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah,” katanya.
Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun. 

 

korang ade baca kan berita ni?

~ bersederhanalah wahai sahabat2 ku...walau dalam keadaan apa jua, beringatlah...(cewwaaahh, aku ceramah orang tak hingat diri langsung...kah,kah,kah...)
Myspace text generator

Sunday, August 22, 2010

keikhlasan dalam kesempurnaan

salam semua...
SELAMAT BERPUASA...

korang penah dengar tak cerita ketika zaman Rasulullah, ade seorang lelaki berebut2 nak melaungkan azan...dia meminta izin dari Rasullullah tuk melaungkan azan, tetapi Rasulullah mengatakan sudah dilantik seorang Bilal tuk melakukannya...

pada masa itu Bilal Bin Rabah laa yang dilantik oleh Rasulullah sendiri...
Bilal ni orangnya hitam & suaranya biasa sahaja...tapi Rasullullah amat menyenangi Bilal walaupun Bilal tidak mempunyai rupa paras yang cantik...

tu laa sampai sekarang ni "orang tukang azan" dipanggil Bilal...

pada satu hari ada seorang lelaki ini membaca Al - Quran didalam surau...suaranya sangat merdu...selepas dia selesai membaca Al- Quran, dia didatangi seorang lelaki yang mengatakan suaranya sangat merdu...lelaki itu mencadangkan supaya dia menjadi bilal...

hatinya menjadi seronok apabila mendengar pujian yang diberikan...maka dia teringin nak menjadi bilal...
maka dia pun pergilah meminta izin Rasulullah untuk menjadi bilal...tetapi Rasulullah mengatakan bahawa telah tersedia seorang bilal untuk melaungkan azan tiap kali masuk waktu solat...
lelaki itu sangat2 beria...tapi apabila Rasullullah mengatakan sedemikian, dia merasa hampa...

pada satu subuh, bilal yg dilantik keuzuran, maka lelaki itu meminta izin Rasulullah tuk menggantikan tempat bilal melaungkan azan...melihat keinginan lelaki itu, maka Rasulullah pun membenarkan beliau melaungkan azan...

suaranya sangat merdu sehingga Rasulullah merasa terkejut kerana pertama kali pada waktu subuh begitu ramai yang datang solat berjemaah sehingga penuh saf...
kemudian Rasulullah didatangi beberapa orang jemaah yang mengatakan suara azan yang dilaungkan sangat merdu, kerana itu membuatkan mereka tertarik untuk datang solat berjemaah...mereka memuji2 lelaki itu...

setelah itu Rasulullah didatangi malaikat bertanyakan kenapa subuh tadi tiada kedengaran laungan azan seperti biasa? Rasulullah terkejut...mengapa boleh jadi sebegitu sedangkan suara lelaki itu sangat merdu sehingga ramai yang datang solat berjemaah sedangkan di langit tinggi tidak kedengaran...

Rasulullah mengetahui bahawa setiap perkara yang dilakukan mestilah ada keikhlasan walaupun keadaan yang sempurna atau sebaliknya...kemudian Rasulullah berjumpa dengan lelaki itu dan menasihatinya...

~ kesempurnaan yang ada dalam diri kita perlulah disempurnakan dengan keikhlasan kerana keikhlasan itulah yang menyempurnakan lagi kesempurnaan seseorang itu... ~

sesungguhnya Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...

wassalam...


~ fikri melaungkan azan ketika pertandingan azan yg diadakan baru2 ni ~

aku pun sendiri masih mencari sebuah keikhlasan yg sebenar...muhasabah diri
~ bagi tazkirah sikit dalam bulan ramadhan ni...ngeeeeee ~
Myspace text generator

Sunday, August 1, 2010

tiada terkata...

salam semua...
tak tahu apa yg aku mahu katakan...
hanya Allah Maha Mengetahui...

ketika aku menontonnya, tergamam...
hanya terlintas ASTAGHFIRULLAH AL'AZIM...
ALLAHU AKBAR!!!




terima kasih farha kerana share dgn akak...


~ balasan Allah bila2 masa saja...sentiasalah kita beringat kpdNYA...~
Myspace text generator

Monday, May 10, 2010

cerita misteri merungkai persoalan part 1...

salam semua...
dengar je tajuk n3 aku ni macam seram sejuk je...
walhal cite2 biasa je...

panjang cite ni tau...

ni adalah rentetan dari blog en.sahromnasrudin mengenai "Makhluk Halus"...

hurk, seram bulu roma aku ni bercerita time2 malam ni...
~heeee...

ok, kisah ni dah hampir 10 tahun yang lalu...

aku punyai adik beradik perempuan seramai 4 orang termasuk aku...
kakak perempuan no.2 dan 3 pernah didatangi oleh makhluk halus ciptaan Yang Maha Esa...

kakak no.3 laa yang mula2 kena...
asalnya dia bercamping disalah sebuah kem...
1 malam kawan dia terkena hasutan ( histeria) & menjerit2 laa...

kakak aku ni dia bawaklaa kawan dia balik ke umah aku & meminta ust aku mengubati kawan dia...masa tu aku dah tingkatan 4...

setelah kawan dia pulih, dorang balik semula ke uitm shah alam...
malam selepas dorang balik ke uitm, di umah aku kecoh bunyi orang menyepahkan barang...

rupa2nya abah cakap laci pakaian bilik abah berterabur dan bersepah...
sedangkan masa tu abah & mak tido dalam bilik tuh...

pagi esoknya kakak aku yang sulong tel umah bagitau yang kakak aku no.3 menjerit2 & menangis...dengan segeranya abah & mak aku ke KL untuk melihat kakak aku laa...

setibanya disana, abah aku bawak pergi berubat...rupa2nya ada benda dalam badan dia...
tapi masa tu abah aku masih tak percaya...
aku plak tak tau nak pikir ape, hanya melihat saje...

dek kerana penyakit menjerit & menangis secara tiba2 je, kakak aku tertinggal 1 semester kat uitm...masa tu dia hanya tinggal 3 semester je lagi nak dapat ijazah...
akhirnya abah & mak membuat keputusan suh memberhentikan pelajaran kakak & tinggal di kampung...

masa ni aku dah SPM...aku laa yang sentiasa menemani kakak aku tatkala penyakit tu menyerang...waktu tido paling sukar sebab kakak aku akan kepit tangan aku sampai aku nak tido pun tak lena...
berkat kesabaran & keberanian aku, alhamdulillah aku tempuhi jua...
walaupun kadang2 aku terasakan kehadiran "makhluk halus" tuh...

xlama lps tu kakak aku dapat tawaran jadi cikgu di IPDA, jitra kedah...
alhamdulillah, sepanjang kakak aku disana jarang sekali dia sakit...
setelah 3 tahun berlalu, kakak aku posting ke sek berhampiran umah mak & abah...

tapi bila dia berada di kampung, penyakitnya menyerang kembali...
kadang2 masa ktorang tengah sembang2 pun dia tiba2 menjerit & menangis...
dia akan cakap "pergi kau, pergi..." , "mak, ana takut...mak tolong laa, ana takut..."

itulah ayatnya bila dia menangis...menangis bukan sekejap tapi lama...
sampaikan tok aku yang mengubat dia pun xlarat nak pegang...
tenaga dia menepis orang bukan dari tenaga dia...

bila dia penat baru dia berhenti...
lepas berhenti nangis, muka dia merah & terus tertido...
lepas terjaga dari tido, baru dia ok...

time dia senang je nak tau...
bila dia uzur je, mula laaa penyakit tu serang...
rupa2nya dia xleh dalam keadaan kotor...sure dia akan menjerit & menangis...

akhirnya pada tahun 2005, abah putuskan tuk kawinkan dia...
alhamdulillah, bakal suami dia dapat menerima tentang kakak aku ni...
dorang pun berkahwin laa...

pada malam mereka tido bersama, abang iparku cerita,
ada satu cahaya berpusing2 sekitar katil mereka...sampaikan mereka tak bole tido...
pastu abang ipar aku kena tindih...xlama lepas tu kakak aku menjerit & menangis...

rupa2nya benda tu marahkan abang ipar aku sebab menghampiri kakak aku...
benda tu sudah memiliki jasad kakak aku...

akhirnya dengan pujukan aku, abah pergi mencari seorang ustaz untuk mengubati kakak aku...
bertambah kuat nak berubat bila kakak aku sakit perut & bila jumpa bidan, bidan cakap kakak aku keguguran...

alhamdulillah dengan bantuan ustaz Rahmatullah, dia membawa kakak aku, adik aku & abang ipar aku menemui tok gurunya...

melalui penceritaan adik aku, perjalanan menuju ke pusat perubatan amat mencabar sebab melalui kawasan hutan...pastu ada tempat air terjun, kedengaran kanak2 membaca Al- Quran serta suasana yang begitu nyaman sekali... (sowi, aku tak ingat nama tempat tuh)...

kakak, adik & abang ipar aku serta ustaz Rahmatullah masuk ke surau...
datanglah seorang ustaz yang begitu simple pakaiannya...

ustaz ni bertanyakan nama kakak aku...kakak aku dah mula rasa takut...
tergetar2 dia menjawab soalan...
ustaz kata, kakak aku sakit disebabkan "benda" tu suka & nak menumpang badan kat badan kakak aku, bukan kerana perbuatan kakak aku sendiri...(maksudnye membela benda halus ke)...

xlama lepas tu ustaz meletakkan Al- Quran dihadapan kakak aku...trus ustaz tu meminta kakak, adik & abang ipar aku mengambil wudhuk...
lepas tu ustaz suruh kakak aku selak 5 muka surat Al- Quran yang berlainan & tunjukkan dari surah mana...
lepas tu ustaz suh abang ipar aku pegang ibu jari kedua2 kaki kakak aku, manakala ustaz pegang kedua2 ibu jari kaki abang ipar aku...

ustaz membaca surah yang kakak aku pilih tadi, kakak aku berubah watak...
dia menjerit, menangis & meraung2 minta dilepaskan...adik aku terpaksa memeluk kakak aku sekuat hatinya...sebab kakak aku dah sepak abang ipar aku...

mereka bertarung dalam setengah jam...( ayat macam orang lawan gusti je )...
uih, betul2 ni korang...bukan main2...

xlama lepas tu baru kakak aku stabil...
kata adik aku, muka kakak aku berubah...dah jadi bersih...
cakap pun dah lembut...suara tak tinggi dah...

syukur Alhamdulillah, kakak aku dah pulih...
kami menunggu kepulangan kakak...
mak & abah menangis melihat perubahan kakak...
dah sihat seperti dulu...kembali ceria...

xlama lepas tu dalam setahun lebih, kakak aku pregnant...

alhamdulillah, anak perempuannya sekarang dah berusia 3 tahun setengah...
dah ada rumah sendiri, dah ade kereta sendiri...

syukur Alhamdulillah...

ok, ni baru siri 1...
sok aku sambung siri 2 plak...
insya'Allah...

mak aih...panjang sungguh cerita misteri aku nih...


~
wHite R
osE ~
''''''''''''''''''''''''''
seram bulu roma aku bile cite pasal nih...dah laa bergelapan...huhuhu...
korang ade pengalaman macam ni??? jom, share...

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu...

~ kerana mereka aku terus hidup ~
aku amat2 menyayangi mak & abah aku...
salam semua...
aku xtau yang mana 1 betulnye tarikh hari ibu...
ade yg 9hb, ade yg 8hb & ade gak 10hb mei...

tapi bagi aku, setiap saat & masa adalah untuk mak aku...
owh, mak...aku sayang mak...
terima kasih mak...


Buat yang masih ragu-ragu, bila hari ibu pada tahun ini, ianya pada hari Ahad ini bersamaan 09 Mei 2010...eh, arini laa ek...hahaha...

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku…..mak

Bila lapar, yang suapkan aku….mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku…..mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak

Aku selalu teringatkan ….mak

Bila sedih, aku mesti talipon….mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…. .mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “

Bila sakit, orang paling risau adalah….mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak

Bila ada masalah, yang paling risau…. mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku. …mak kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak

Yang selalu berleter kat aku…mak

Yang selalu puji aku….mak Yang selalu nasihat aku….mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

(uupppss...aku belom kawin...~lalalaalala...)


Aku ada pasangan hidup sendiri….


Bila seronok, aku cari…….pasangan ku

Bila sedih, aku cari……mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat….emakku

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…..mak

Bila sambut valentine… Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku

Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”…

Berderai air mata jika kita mendengarnya. …….

Tapi kalau mak sudah tiada……….. MAKKKKK…RINDU MAK….. RINDU SANGAT….


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…… .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama..

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,“Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.


“Jika kamu menyayangi ibumu, “forward”kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu 2-4 orang : Kamu sayang ibumu 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu 10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu




~
wHite R
osE ~
''''''''''''''''''''''''''
aku hadiah sepasang kasut buat ibuku tersayang...
nilai kasut itu tak dapat membandingkan kasih sayang & pengorbanan ibuku selama ini...aku doakan agar ibuku sentiasa dilindungiNYA, dirahmatiNYA, dimurahkan rezekiNYA, & sentiasa dalam berkasih sayang...
Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...


~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~