"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...

Wednesday, December 1, 2010

mengapa kita tidak boleh menggunakan perkataan "SALAM"...

Assalamualaikum semua...
ada sedikit tazkirah ya buat kita semua dipetang2 yang dingin ni...

mengapa kita tidak boleh menggunakan perkataan "SALAM"...


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

السلاما=keamanan.....
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

 dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;              

WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan            
  As Salamyang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaatnya.

info dari sini... 


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH...
minah ARAB mane nih weiii...


~ jom main hujan...lalalalala ~

16 comments:

ana said...

as salam...bagus info nie.

Sasa Al-Sharif said...

penah baca di mana hari tu.. tak ingat dah..

oh siapakah minah arab tersebut? seperti pernah ku lihat matanya. tapi di mana ya? <<slank zaman singapura berdrama

white rose said...

kak ana ~ waalaikumussalam...
that's why sy dah xde guna perkataan "salam"...

sasa ~ banyak blog dah cerita hal ni...skrg ni duk share dalam fb je...bagus ilmu ni, bole memberi peringatan kpd kita semua...

eh, minah arab tu sasa kenal ke? wah...kat mana ek? <---slank zaman skrg...miahaha...

biskut said...

sememangnya blog kamu memberikan nasihat dan peringatan yang baik kan..Aku selalu terlupa tentang ni,hmm mungkin aku jugak tidak pernah tau tentang nih.Trimas sebab memperingati hamba yang masih jahil nih.

white rose said...

bisk ~ marilah sama2 kita memperingatinya...mudah2an kita diberkati Allah...aku pun jua masih lemah & masih perlu meneroka segala ilmu...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Sepatutnya diucap atau ditulis sepenuhnya, pernah juga Ustaz di tempat saya menegur perkara ni terutamanya bila nak berkirim salam. Perlulah dikatakan dengan lafaz "Assalamualaikum"

Thanks ingatkan saya..

sahromnasrudin said...

kirim assalamualaikum kepada cikgu ahmad humairi ya....dia tak pi sekolah ke..mane le tau ade kjer2 yang lum settle huhuhuhuh
p/s: bole tak awak tolong buat "photo by white rose" tu untuk saya..tp tukar kpd " photo by sahromnasrudin.com" la...emel ke sahromnasrudin@gmail.com ya..tenkiu bebanyak...

Amni said...

oh! baru tau ni kak... erm.... terima kasih...=)

white rose said...

ust razak ~ waalaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh...
yela ust, sy pun peringatkan diri sy jugak...ptut la selama ni rasa tak seronok je bagi salam kat orang...rupa2nya ade cerita disebaliknya...sama2...

pokcik sahrom ~ wa'alaikumussalam,jika sy bertembung dgn dia...cuti2 sekolah ni dia berjalan sesaja laa bawak anak2 dia...ptg ni sy buat, sbb ni jap lagi nak ke hospital...

amni ~ ye adikku syg...sama2 laa kita beringat ye...

alfa juliet said...

teringin nak pakai purdah...bila agaknya

Amy Syaquena said...

assalam..

nice entry ,good info so start hari nie amy kena tukar..thanks ye

ummu said...

as salam
thanks for sharing,Rose
p/s: comel la minah arab dgn purdahnya

Hunny said...

assalamualaikum! :)

Nia said...

lor,..salam tak boleh la kalau gitu? dulu ada email kata salam boleh, akum yg tak bleh. takpe la, yg penting nak selamat, bagi aje salam penuh2,..ye tak?

Aku-Ida said...

i like...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

sharing is caring...

timaseh.

Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...

~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~

Recent Visitors