"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...
Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

jom main TIMANG- TIMANG...

Assalamualaikum semua...
ahaaaaii...selamat petang...

semalam & arini ramai sangat pelawat baru kat blog aku nih...
gara2 pakwe a.k.a abang angkat aku laaa nih...
dia promotekan blog aku...

ade ke dia kata aku ni "NAKAL"...

oowwhh...tak patut...
miahahahaha...

termasuk laaaa member baru dlm shoutmix aku bernama ANEES...
ntah dari mana dia wujud pun aku tak tau...
hari2 dia tinggalkan jejak dia...
terima kasih ye ANEES kerana begitu prihatin & caring tentang aku nih...

jom berkenalan dengan ANEES...

aku sayang sangat kat kau...kan ANEES...
maaf laaa, aku tak bole nak TIMANG- TIMANG kau...
harga hantaran aku mahal 25k, nanti patah sana, cedera sini dah kurang harga aku...

jadinya aku biarkan je laaa kau duk kat "RUMAH YANG KAU NAK JUAL" tu yeee...
nanti aku suh kawan2 aku promotekan "RUMAH YANG KAU NAK JUAL" tu...

korang, jom main TIMANG- TIMANG...
miahahahaha...

tadi aku g blog SINAR RAUDAH...
dia ajar cane nak TIMBANG blog kita samada berat atau ringan nak loading...

ni result blog aku...

~ maknenye blog aku xde masalah nak loading... ~
ITU YANG KU MAHU...miahahaha...


nak cube sila klik disini...
thanks amy...

TIMANG tidak sama dengan TIMBANG...


Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
~ aku nak apply jadi AHLI POLITIK laaa... ~

Friday, January 7, 2011

bermuhasabah sebentar di PENGHULU SEGALA HARI...

Assalamualaikum...
walaupun sudah hampir ke tengah malam,
PENGHULU SEGALA HARI tidak dilupakan...

hari ini, aku memulakan pagi Jumat dengan sedikit tazkirah & pembukaan majlis bacaan yaasin secara tidak rasmi...
secara rasminya akan diadakan pada minggu hadapan...

idea diadakan Majlis Bacaan Yaasin ni adalah dari aktiviti guru sebelum aku...
aku just follow up sehingga laaa kini setelah hampir 8 tahun...

waaaaahhh...lamanye aku dah mengajar...
usiaku masih MUDA & ANGGUN lagi...
miahahaha...

so, pada mulanya Majlis Bacaan Yassin ni hanya aku & pelajar2 tahun 6,
tapi sejak dua menjak ini, aku turut menjemput guru2 & ibubapa pelajar sekiranya ada kelapangan untuk membacakan bersama anak2 mereka...
ALHAMDULILLAH, sambutan sangat menggalakkan...



salah 1 cara untuk memberikan SEMANGAT kepada pelajar2 aku juga...
walaupun ianya kalau difikirkan agak menyusahkan, tapi HASILnya berbaloi- baloi...
yaaa...AKU AKUINYA...

tambahan pula, aku turut menyediakan air masak (dalam jug) untuk diminum pelajar2 aku...
ade jugak yang taknak minum, tapi aku paksa jugak...
lama2 akhirnya mereka sendiri akan minum...
ALHAMDULILLAH...




aku share dengan KAMU semua...
yang mana guru, bole berkongsi idea tuk dilaksanakan disekolah...
tak kira laa sekolah menengah atau rendah...

impaknya sangat2 BESAR...




smoga Allah memberikan aku kekuatan untuk terus mendidik anak2 muridku dengan cemerlang dalam ISLAM...



~ Ya ALLAH, berikan aku ketenangan & kesejahteraan berpanjangan...amin ~

Wednesday, December 1, 2010

mengapa kita tidak boleh menggunakan perkataan "SALAM"...

Assalamualaikum semua...
ada sedikit tazkirah ya buat kita semua dipetang2 yang dingin ni...

mengapa kita tidak boleh menggunakan perkataan "SALAM"...


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

السلاما=keamanan.....
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

 dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;              

WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan            
  As Salamyang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaatnya.

info dari sini... 


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH...
minah ARAB mane nih weiii...


~ jom main hujan...lalalalala ~

Thursday, May 6, 2010

Rasa Pedas Cabai Kunci Pengurang Sakit

salam semua...


Capsaicin, penyebab rasa pedas dan sensasi terbakar dalam cabai, ternyata membuka jalan bagi penemuan ubat pengurang rasa sakit (painkiller) terbaru.

Hasil menunjukkan, senyawa yang mirip capsaicin juga ditemukan dalam tubuh manusia, terutama di bahagian yang terasa sakit. Bila molekul ini dalam sel bisa dihambat, rasa sakit yang kronis automatik akan berhenti.

Sejumlah peneliti dari Universitas Texas, Amerika, mengatakan, ketika ada bahagian tubuh yang terluka, tubuh akan akan mengeluarkan zat kimia yang mirip capsaicin yang disebut
oxidized linoleic acid metablites (OLAMs) yang akan ditangkap oleh reseptor di otak sebagai rasa sakit.

Dr Kenneth Hargreaves, peneliti senior, dan teamnya mencuba meneliti apakah penilikan ini berhasil. Penelitian pada tikus di laboratorium menunjukkan, dengan menghilangkan gen reseptor ini, kawasan tubuh pada capsaicin berkurang. Ini bererti, rasa sakit akan tidak terlalu dirasa.

"Kajian ini memberikan pemahaman lebih baik mengenai mekanisme rasa sakit dan bagaimana cara mengatasinya," kata Dr Hargreaves. Dia berharap kelak akan dihasilkan ubat yang bakal mengurangkan rasa sakit, terutama yang diakibatkan kanser dan penyakit inflamasi dari sebiji cabai.



teringat lak dengan kisah sang kancil dengan monyet...
korang mesti ingat...




~
wHiTe R
osE~
''''''''''''''''''''''''''
pakai krim halia xtra hot ni pun dah panas, ni kan plak nak makan cabai...
berasap telinga aku jawabnye...hahaha

Wednesday, March 3, 2010

makanan roh...

salam semua...
keletihan terlampau...
petang tadi ade traning kanak2 ribena yg menyertai olahraga kelompok...
seramai 13 orang yg menyertainya...
aku just traning larian je...cikgu iwan traning lompat jauh, lompat tinggi & lontar peluru...
aku & kanak2 ribena joging mengelilingi sekolah kami...
yg aku mcm biasa naek basikal laa...
kanak2 ribena berlarian...
masa aku kayuh basikal, terasa sakit pinggang2 aku...
trus aku berhenti kayuh & berjalan bersama kanak2 ribena...
agaknya basikal terlampau rendah, kaki ku plak panjang, jadi letih laaa...
ahai...ade gak rasa mcm nak demam semula...
macam2 laaa dugaan sakit ni...aku trima dgn redha YA ALLAH...
cerita mengenai makanan ni...
sejak aku bangun dari demam, aku mcm xleh makan nasi melebihi 1 senduk...
kalo aku makan lebih, aku mesti nak muntah...
pastu dah makan sekalii, xleh makan lagi...aku kena makan yg bkn nasi...
pagi tadi, sembang2 laaa dengan kanak2 ribena...
dorang teringat cerita yg pernah aku ceritakan mengenai makanan ROH...
korang tau apa makanan ROH???
xpe, aku jelaskan...
fizikal manusia diciptakan Allah dari tanah...
roh kita dimasukkan bagi setiap tubuh badan yang Allah ciptakan...
badan kita memerlukan makanan untuk hidup seperti nasi, ayam, ikan, air & lain2 lagi...
manakala roh kita juga memerlukan makanan...
antara makanan yang paling berzat & kekal adalah rukun ISLAM & rukun IMAN...
yang dimaksudkan rukun ISLAM & rukun IMAN adalah segala amal ibadah yang kita lakukan dalam hidup kita...
ni lah makanan roh kita semasa didunia, di alam barzakh & hari kiamat...
makanan2 ini menjamin kita sehingga kesyurga, insya'Allah jika kita sentiasa memeliharanya...sedangkan makanan maujud seperti nasi, bila makan kita kenyang, xlama lepas itu kita lapar smula...
sedangkan makanan2 ROH ini tidak pernah surut, malah bertambah2 jika kita sentiasa mengamalkannya...
amalan2 seperti MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH, SOLAT LIMA WAKTU, BERPUASA DIBULAN RAMADHAN, BERZAKAT, MENUNAIKAN HAJI BAGI YANG BERKEMAMPUAN, BERIMAN KEPADA ALLAH, BERIMAN KEPADA MALAIKAT, BERIMAN KEPADA KITAB, BERIMAN KEPADA RASUL, BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT & BERIMAN KEPADA QADA' & QADAR...
amalan2 seperti inilah yang memberikan ROH- ROH kita makan...siapa yang mahukan berikan kita makan2 ni sekiranya kita sudah meninggal dunia melainkan makanan2 itu kita sendiri yang cari...
so, ingatlah makanan maujud hanya kenyang sementara, makanan2 ROH kekal sekiranya kita sentiasa mengamalkannya...
aku bukan pakar dalam bab2 ni...aku masih menuntut ilmuNYA...

"TEPUK DADA TANYA SELERA"
TAPI JANGAN TANYA AIMAN, NANTI AIMAN KATA "AIMAN XKESAH"...

sekian saje ceramah kita pada hari ini...
sekiranya anda memerlukan khidmat ceramah secara percuma bolehlah menghubungi saya ditalian yang tertera disini...
~heeeeeeeee...

~ rindu nak melukis semula...saat2 paling bahagia bila dapat melukis... ~

~ ni laa hasil lukisan yang dilukis oleh aku... ~
lukisan ni terhasil masa aku g kursus kesihatan pada tahun 2009
bersama org kantin sekolah aku...
dek kerana keboringan tahap gaban, maka tangan aku mula membelai pena & terhasil laaa lukisan pen dakwat hitam ni...

~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
sok nak g beli hadiah2 tuk kanak2 ribena yang menang dalam aktiviti Maulidur Rasul...pastu nk wat prepairation tuk sambutan Majlis Maulidur Rasul peringkat sekolah pada hari Jumaat nih...doa2kan semoga semuanya berjalan lancar...
Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...


~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~