"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...
Showing posts with label anakmuridku. Show all posts
Showing posts with label anakmuridku. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

BAABUN bukan babun...

Assalamualaikum semua...
selamat malam...

cite ni dalam kelas B. Arab baru- baru nih...
minggu ni aku mengajar 3 perkataan Arab yang baru kepada kanak- kanak ribena tahun 1...

korang ingat tak cerita penumbuk besar tahun lepas?

si HAZIQ, AKMAL & ADAM yang berlakon?
ok, xpe...

kali ni, geng2 ni dah darjah 1...
maka WAJIBLAH bagi mereka blajar B. Arab...

perkataan yang bermula dari huruf "ba" ( ب  )

aku : murid- murid, cuba sebut... " با ب  " (BAABUN)
kanak2 ribena : " با ب  " (BAABUN)
aku : با ب  " (BAABUN) tu maksudnya pintu...
Haziq : bukanlah ustazah... " با ب  " tu macam monyet...bontotnye tonggek...alaa...yang dalam tivi tuh...
aku : bukanlah Haziq...itu babun... ni   " با ب  " (BAABUN)...bunyinya panjang...
Haziq : iyeee...cuba ustazah sebut pendek "BABUN", sama je...


sudahnya aku malas bertekak, aku terus je suh kanak2 ribena sebutkan...
miahahaha...

korang tau babun tu ape?
INI BABUN
~ aauuumaaaakkkk...SEKSInyee U ~
ni baru dikatakan blog aku ni SENSORED kan ANON...miahahaha...

INI BAABUN... با ب  "
~ pintu ~


aaarrgghhh...
parah aku kalau ade 10 orang kanak- kanak mcm Haziq nih...


Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
~ awet MUDA sentiasa bila bersama kanak2 ribena ~

Tuesday, January 18, 2011

akhirnya TANGAN ni berbicara jua...

Assalamualaikum semua...

selepas aku bersarapan di sekolah,
kesabaran aku akhirnya kecundang...

bukan kerana mahu BERSUKA- SUKA...
tapi ianya adalah 1 PENGAJARAN YANG TERPENDAM...

semasa aku sedang sedap minum TEH O PANAS...
tiba2 aku tersedak mendengar jeritan & suara yang bising...

bisingnya tu 1 sekolah dapat dengar...

aku?
masih sedap meneruskan minum TEH O PANAS...
sambil layan bluesss pagi2...
miaahahaha...

sedap weeii TEH O PANAS kat sekolah aku ni...
miahahaha...

aku teruskan langkah menuju ke tempat jeritan & bisingan tadi...
aku cam suara itu milik siapa...

terus kena CERAMAH pagi2 buta nih...
mood aku masih ok...

masih sempat aku perbetulkan tali lehernya...
songkoknya, bajunya dan rambutnya...
sambil2 tu aku membebel laaaa...

then bila bebelan aku itu tidak di endahkan...

PANG...sebelah kanan...
PANG...sebelah kiri...

YESS...!!! TERLEPAS JUA...
YAAAHOOOOOO...AKU BERJAYA MELEPASKANNYA...!!!

tu baru TAMPARAN dihujung jari...
belum ditapak TANGAN...

mau bengkak pipi kawan tuh...

sebenarnya dah seminggu aku pendamkan segala kejadian...
kejadian BERGADUH masa ada majlis bacaan Yassin...
kejadian bermacam2...

aku KUMPULKAN semuanya...

haaaa...kan dah KENA...
korang nak ke?

miahahaaha...


~ INI lah sebabnya mengapa AKU BERTINDAK... ~


~ maafkan aku ANAK2KU...bukan bermaksud untuk bersikap kasar tapi aku mahu kamu jadi ANAK2KU yang baik & mendengar kata..."

Friday, January 7, 2011

bermuhasabah sebentar di PENGHULU SEGALA HARI...

Assalamualaikum...
walaupun sudah hampir ke tengah malam,
PENGHULU SEGALA HARI tidak dilupakan...

hari ini, aku memulakan pagi Jumat dengan sedikit tazkirah & pembukaan majlis bacaan yaasin secara tidak rasmi...
secara rasminya akan diadakan pada minggu hadapan...

idea diadakan Majlis Bacaan Yaasin ni adalah dari aktiviti guru sebelum aku...
aku just follow up sehingga laaa kini setelah hampir 8 tahun...

waaaaahhh...lamanye aku dah mengajar...
usiaku masih MUDA & ANGGUN lagi...
miahahaha...

so, pada mulanya Majlis Bacaan Yassin ni hanya aku & pelajar2 tahun 6,
tapi sejak dua menjak ini, aku turut menjemput guru2 & ibubapa pelajar sekiranya ada kelapangan untuk membacakan bersama anak2 mereka...
ALHAMDULILLAH, sambutan sangat menggalakkan...



salah 1 cara untuk memberikan SEMANGAT kepada pelajar2 aku juga...
walaupun ianya kalau difikirkan agak menyusahkan, tapi HASILnya berbaloi- baloi...
yaaa...AKU AKUINYA...

tambahan pula, aku turut menyediakan air masak (dalam jug) untuk diminum pelajar2 aku...
ade jugak yang taknak minum, tapi aku paksa jugak...
lama2 akhirnya mereka sendiri akan minum...
ALHAMDULILLAH...




aku share dengan KAMU semua...
yang mana guru, bole berkongsi idea tuk dilaksanakan disekolah...
tak kira laa sekolah menengah atau rendah...

impaknya sangat2 BESAR...




smoga Allah memberikan aku kekuatan untuk terus mendidik anak2 muridku dengan cemerlang dalam ISLAM...



~ Ya ALLAH, berikan aku ketenangan & kesejahteraan berpanjangan...amin ~

Monday, January 3, 2011

Jangan tinggalkan yang lama kerna yang baru...

Assalamualaikum semua...
waaahhh...
banyak blog cikgu cikgi yang aku terjah duk cerita pengalaman di hari persekolahan 2011 nih...

masing2 punya cerita yang menarik kan...

aku pun ade...

hari pertama berada dalam KEBASAHAN...
KEBASAHAN yang teramatnya...

dugaan pertama 3/01/2011...
menempuh jalan ke sekolah yang tak dapat diteruskan kerana banyak dahan2 pokok tumbang melintang jalan sehinggakan tiada cara lain melainkan ikut jalan lagi 1 yang lebih jauh...
ape2 pun ALHAMDULILLAH segalanya berjaya ditempuhi...

dugaan kedua 3/01/2011...
menjinjing buku ringkasan & buku2 rujukan dalam keadaan kehujanan...
habis basah tudung, baju & kasut...
naseb baik BUKAN SEMUANYA BARU...
kakakaka...

dugaan ketiga 3/01/2011
terlupe memakai baju batik rasmi sekolah dihari pertama persekolahan...
hahahahaha...
rupe2nya bukan aku sorang je yang lupe, ramai lagi...
miahahaha...

tu je dugaan yang simple...

ape2 pun HARI INI SERONOK MELIHAT KANAK- KANAK RIBENA berada dalam keadaan SUCI MURNI & HARUM...

hari esok & seterusnya ENTAH laaaaa...

saboo je laaa aku dengan KANAK2 RIBENA ni...

~ barisan KASUT- KASUT baru... ~
jangan tinggalkan kasut LAMA kerana yang BARU...masih sempurna sifatnya...
 HARGAILAH IA...

~ salah seorang PENGAWAS PSS yang aku lantik ~
hari pertama aku dah siap suruh menulis...

~ dah lama tak tengok Kanak2 Ribena ni makan bersama ~
semua guru2 belanja makan pada hari pertama persekolah 2011...ALHAMDULILLAH...

~ ade guru baru posting, perempuan jugak...kempunan aku nak skodeng cikgu lelaki yang baru... ~

Friday, December 31, 2010

Kerna Lukisan itu...

Sesi persekolah 2010 sudah bermula...Ketika itu, murid- murid tahun 4 sudah bersedia dikelas mereka...
Suasana pagi itu sangat gelap, langit yang cerah tiba2 menjadi gelap gelita...

Seperti biasa, Sara yang bertugas pada hari itu bersedia memetik suiz lampu kelasnya...

sedang Kuna cuba mendukung Sara untuk memetik suiz lampu, tiba- tiba Sara menjerit...

"Arrgghhh...tolong...tolong aku Kuna!!!" ~ jerit Sara

"Kenapa Sara? kenapa?" ~ Kuna terpinga- pinga...

"Tolong betulkan kain aku tu...dah terselak...kang Mael nampak, malu aku...dah laa semalam Zarif gelakkan aku sebab aku terjatuh & kain aku terselak...nampak spender Spiderman aku..." ~ kata Sara

"Hahahahaha...hahahahaha...kau ni Sara, kan aku dah cakap, jangan pakai lagi spender Spiderman tu..." ~ kata Kuna...

"Diam lah, aku nak turun nih...suiz lampu tak bole dibuka" ~ kata Sara...

"Bergelap laa kita ni...macamana nak belajar melukis arini, mesti cikgu Putih tak masuk kelas..." ~ kata Kuna...

Tiba- tiba muncul 1 lembaga dihadapan mereka...
Apalagi, menjerit laaa mereka berdua...
1 kelas menjerit mengata yang lembaga itu adalah hantu...

"Assalamualaikum semua...ha, kamu Sara, Kuna mengapa menjerit?" ~ kata Cikgu Putih

"Kami ingatkan hantu, rupa2nya cikgu..." ~ kata Kuna...
"Yelah cikgu, saya ingatkan cikgu ni hantu Gajah..." ~ kata Sara...

hahahahaha...1 kelas menggelakkan cikgu Putih...

"Semua duduk, arini kita akan tetap meneruskan projek kita walaupun ketiadaan elektrik..." kata Cikgu Putih...

"Cikgu nak kamu semua lukiskan apa saja yang kamu suka arini...cikgu bagi kebebasan kepada kamu..." kata Cikgu Putih lagi...

Ok cikgu...

1 minit kemudian...

"Cikgu...saya dah siap..." ~ kata Latif


"Ohh, pandai kamu lukis gambar topi nih...cantek..." ~ kata Cikgu Putih...

"Bukan cikgu, saya bukan lukis topi...saya lukis ular telan gajah..." kata  Latif

ha??...berdengus Cikgu Putih...

"Cikgu, saya pun dah siap..." ~ kata Mael...



"wah, cantiknya bunga yang kamu warnakan ni..." ~ kata Cikgu Putih

"bukan bunga laa cikgu, ni lolipop...mak saya beli semalam..." ~ kata Mael...

"cikgu, cikgu saya dah siap..." ~ kata murid- murid yang lain...

disebabkan Cikgu Putih tidak larat lagi menahan kegeraman terhadap murid- muridnya, beliau meminta semua menghantar secara berkumpulan...

Cikgu Putih tidak mahu melihat lukisan- lukisan tersebut...Malah beliau meletakkan hasil lukisan itu ditepi meja beliau di dalam bilik guru...

Semasa beliau sedang asyik bersembang dengan rakan- rakan sekerjanya, tiba- tiba beliau tertepiskan lukisan tersebut dan berciciran dilantai...

satu persatu beliau kutip sehinggalah tiba pada 1 lukisan ini menyebabkan muka beliau terus kemerahan tahap otromen Gaya...beliau mencarik- carikkan lukisan itu sehingga hancur...


"Arrgghhh...kenapa korang lukis gambar aku macam ni? apakah salah aku?" ~ berdengus Cikgu Putih keseorangan...

setelah itu, beliau terjumpa lagi lukisan yang sama...tapi kali ini sudah diwarnakan...


"Arrrggghhh...AKU BENCI...AKU BENCI...mengapa aku macam ni...setelah penat segala usaha aku mengajar mereka berSENI, akhirnya AKU DISENIKAN..." ~ meraung Cikgu Putih lagi

dengan kemarahan Cikgu Putih membawa lukisan- lukisan itu ke Kelas Tahun 4...
belum sempat beliau memarahi semua murid- murid, beliau disapa oleh seseorang...

"Cikgu Putih, dah tengok ke lukisan- lukisan murid Tahun 4?"... ???

"Saya baru je tengok, saya nak marah sangat- sangat ni...berani mereka buat saya macam ni...cikgu tengoklah" ~ keluh Cikgu Putih...

"Owh, itu lukisan saya yang lukis...saya yang bagi kat murid- murid Tahun 4 dan suruh mereka warnakan bila waktu Cikgu Putih mengajar nanti..." ~ GURU BESAR

"haaaaaa...!!! " ~ Cikgu Putih terus berlalu meninggalkan kelas Tahun 4 dengan muka yang hiba...

TAMAT...

~ ni adalah rekaan semata- mata tiada kaitan antara hidup & mati...aku join contest menulis Cerpen Kelakar Giler yang telah dianjurkan oleh BEAUTIFUL_ROSE...
so, ROSE...kau terima tak cerita aku nih?


~ yang nyatanya lukisan gambar aku tu betul2 GB aku yang lukiskan guna Coral ~
arrrgghhh...MENCIK aku, tak serupa aku langsung...!!!

Tuesday, November 23, 2010

putrajaya & melaka siri 2

Assalamualaikum semua...
miahaha...
di atas permintaan anda...
PUTRAJAYA & MELAKA siri 2 telah disediakan...

jom layan pic dari lensa nikon D80...

"SAYA BUDAK BARU BELAJAR"...
yeeaaayyy!!!

~ kawan Pokcik Sahrom sedang berehat ~
eh, Ajis buat ape tuu???

~ bila pulak gajah aku ni terlepas kemari ~
tipah, bedah, kiah...balik kampung sekarang jugak!!!

~ budak ni sedang snap pic aku tengah naek buai ~

~ namanye BELT ~
1st time naek kuda aku trus nyanyi lagu "KUDAku GAGAH berLARI..."

~ MENARA KERIS TAMIN SARI ~
maap laaa, siang2 dia tak pakai sari...

~ mcamani laaa naek...dia pusing2 sampai ke atas ~

~ ni dalam bot RIVER CRUISE ~
semuanya khusyuk je...

~ ni kalo sape tak tau, ntah lee...~
ni aku snap dari atas bot...

~ hasil lukisan mural dari pelajar2 u...u mane aku tak ingat ~
ade sape2 tau???

~ jepah & lukisan jepah ~

~ diambil waktu malam...ondway ke menara taming sari...~

~ nampak Menara Taming Sari tu ade lampu2...tu laaa sari nyee ~
miahahahaha...

ok, cukuplah...nantikan putrajaya & melaka siri 3...

~ boring duk umah....huwaaaaaaaaaa!!! ~

Sunday, November 21, 2010

putrajaya & melaka...

Salam semua...
minggu lepas aku dan anak2 murid aku berjalan2 ke putrajaya & melaka...
nak cuti sekolah ni saje2 laaa menjamu mate, melenguhkan kaki & membuang duit...
hahahahaha...

well, cuti sekolah pun dah bermula...
banyak keje jugak walaupun dah cuti sekolah...

so, jom layan gambar2 semasa aku di putrajaya & melaka...
aku show sikit2 je sebab nanti ade entry lain, aku nak letak gak gambar2...
kena jimat2...

okek...

~ sebahagian daripada peserta rombongan ~

~ nak masuk Masjid Putrajaya kena pakai jubah sebab aku pakai seluar ~

~ salah 1 aktiviti yang dijalankan di Masjid Putrajaya ~

~ SUBHANALLAH...indahnya Masjid Putrajaya ~

~ sape reti baca? sila angkat tangan ~

~ wah...bile laak aku nak couple2 ni ~

cukup2 laaa...
banyak sangat...nanti korang malas nak scroll ke bawah...
hahahaha...

~ mak xbole berenggang dgn aku...mesti ade depan mate...nampak gayanya cuti sekolah ni duk je laa kat umah ~

Thursday, October 28, 2010

ROH NATERAH...

Salam semua...
haaaaa, ni bukan kisah novel atau kisah hantu...

jeng,jeng,jeng...

~ DRAMA BERSIRI ROH NATERAH ~
eh, ape kaitannye dengan entry aku ni weii...

owh...ni drama yang dorang shooting kat sekolah aku tahun lepas...
punya lama aku tunggu, dorang kata hujung bulan 12 tahun 2009...

rupe2nye baru je 2 minggu disiarkan...
kat TV2, 12.30 - 1.30 tengahari, setiap hari selasa dan rabu...

~ pelakon lelaki memainkan watak ayah kepada hero dalam cite ni ~
2 orang budak pakey baju singlet tu anak murid aku...

dorang shooting kawasan belakang sekolah aku sampai laaa ke kawasan sekolah berhampiran sekolah aku...
ramai jugak pelakon yang ade...
dorang shooting ni masa bulan puasa tahun lepas...

so, ade la pelakon2 yang membeli juadah ramadhan...
orang kampong aku JAKOOONN lee sikit...
hahahahaha...

~ nurul elfira loy & tukang penjaga pelakon ~
hahaha...aku tak tau sape name tukang penjaga tu...bukan pemes puunn....
scene ni dah disiarkan minggu lepas...

hampir semua budak2 lelaki tahap 2 di sekolah aku berlakon...
watak tambahan je...jadi le...
tu pun dapat RM20 hengget sorang tau...buat belanja raya...
sekolah aku pun dorang bagi jugak duit...(bukan rasuah ek...bayaran bil leterik yang dorang gunakan)

~ scene dipadang waktu main bola sepak ~ 
naseb baik cuaca mendung je...kalo panas, tak tau laaa...

 ~ bangunan lama menjadi pilihan ~
yang ramai2 tu anak2 murid aku laa...

~ beginilah cara dorang shooting ~
kejap je, dorang dah pakar...
kami pun pakar jugak...pakar TENGOK!!! hahahaha...

haaa, nanti korang kalo berkesempatan tengok la...
ala, aku tengok sebab nak tengok tempat2 sekolah aku & anak2 murid aku je...
bila watak & tempat tu dah disiarkan, aku tak tengok dah...

hahaha...ade hati ke aku nak tengok drama bersiri nih?
sowi ok, aku tak suke ternanti2...
keh,keh,keh...

YANG PASTINYA...aku tak berlakon pun dalam drama ni...
dorang tak memerlukan watak GURU...keciwa mak teh nih...

cogankata entry hari ini,
"BELAJAR TANPA GURU IBARAT POKOK TANPA AKAR..."
bergurulah dengan sebaik- baik guru jika kamu mahu berjaya...

~ sok aku nak ke KL... ~

Wednesday, October 27, 2010

menjawab TAG bukan TEG...

Salam semua...
aku telah di TAG...
yang pastinya korang nak ke baca TAG aku ni???


ok, thank kepada puan muda beranak dua kerana menghadiahkan aku sebuah TAG yang begitu berharga...


Ceritakan 25 benda berkaitan dgn diri anda (ala2 biodata masa sekolah rendah):

1. yang pastinya BUJANG...(sengaja letakkan no. 1)

2. suka mengusik orang...(tak kira tua ke muda ke, semua aku bedal)

3. pantang org amik hanger aku...(aku tuntut sampai dapat)

4. berasal dari perak...anak jati ELEPHANT VILLAGE...(komersil nama kampong aku tu)

5. adik beradik 8 orang...aku anak no. 7...

6. suke bawak kereta...(bile penat, aku suh orang lain bawakkan...hahaha)

7. ada lesen memandu sejak 2002...(awal dari orang yang TAG aku nih...BERLAGAK!!!)

8. terlampau peramah sampai orang tak larat nak layan...

9. suke pakai stoken warna warni & macam2 corak...

10. dalam handbag macam2 ade...kadang2 penutup botol susu anak buah aku pun ade...hahahaha...MITALI sungguh aku ni

11. kejap2 suke berblog, kejap2 suke melayan FB, kejap2 layan games...kejap2 TAK LAYAN SEMUANYA...hahaha

12. tak reti sangat memasak...kalo masak, aku maen bedal je...janji MAKAN!!!

13. suke main tarik2 rambut...tarik sehelai2 sampai gugur...(lama2 botak la aku)

14. adekalanya rajin berhias, adekalanye MALAS...paling banyak adalah MALAS...

15. sehari mesti minum air kosong 1.5L atau 2L...(paling sikit 1L je)

16. paling sukar nak pilih baju untuk dipakai pada esok hari...

17. aku suke jadi CIKGU...bkn kerana keturunan aku CIKGU, tapi jiwa aku adalah CIKGU...

18. sampai sekarang bercita- cita nak jadi POLIS...aku suke weiii...

19. tak penah naek kapal terobang sampai skrg...insya'ALLAH bln 12 ni merasa le aku kalo ade rezeki...

20. paling digemari menjaga anak2 buah aku...bila time2 seronok, aku buli anak2 buah aku...

21. time berblog aku pastikan ade 1 atau lebih gambar bagi menyempurnakan tajuk entry aku...


22. makan bila rasa lapar...(semua orang macam tu...hahahaha...)

23. paling tak suke adalah bau lipas...bau lipas bole menyebabkan aku MUNTAH...

24. jarang menangis...bila setat menangis, tak berhenti sampai dekat 2 jam...(PEMBOHONG!!!)

25. AKU NAK KAWIN DALAM USIA 25 tahun...tapi zaman tu dah lepas...aku tggu laa sampai umo 52 tahun...xkesah la...



kena tag 25 org...

aku taknak TAG sape2 pun...
korang jangan pandai2 nak amik TAG ni...
biar aku jadi PENAMAT kepada TAG ni...


hahahahaha...


~ muke orang kena TAG ~




~ minggu depan bermula laaa training persembahan kanak2 ribena ~

Monday, October 25, 2010

adakalanya macam- macam...

SALAM semua...
selamat bekerja dihari isnin yang ceria...

adakalanya aku macam ni...

~ rasa boring... ~

adakalanya jugak aku macam ni...

~ nak ejek orang yang mengejek aku... ~

kadang2 ade rasa macam ni...

~ berlagak bijak pandai... ~

urm...ade masa2nye macam ni...

~ nak je cucuk2 mulut orang yang mengata aku ~

rasa2nye macam ni pun ade...

~ wat hal sendiri je lagi baik ~

tapi macam ni orang selalu kata kat aku...

~ sentiasa kelihatan tenang je walau ape yang berlaku... ~
eh, YEKE?...aku sendiri tak percaya...

tapi YANG PASTI walaupun macam2 berlaku,
aku atau KAMU, tetap kena macam ni!!!

 ~ berdoa & memohon keampunan kepadaNYA ~
hanya DIA YANG MAHA MENGETAHUI...

cogankata entry ini,
SEPANDAI- PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA...


p/s : kredit pic kepada ADIK ANAS BIN ZAMBREE...

~ aku mimpi keadaan yang memalukan ~
Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...


~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~