Sesi persekolah 2010 sudah bermula...Ketika itu, murid- murid tahun 4 sudah bersedia dikelas mereka...
Suasana pagi itu sangat gelap, langit yang cerah tiba2 menjadi gelap gelita...
Seperti biasa, Sara yang bertugas pada hari itu bersedia memetik suiz lampu kelasnya...
sedang Kuna cuba mendukung Sara untuk memetik suiz lampu, tiba- tiba Sara menjerit...
"Arrgghhh...tolong...tolong aku Kuna!!!" ~ jerit Sara
"Kenapa Sara? kenapa?" ~ Kuna terpinga- pinga...
"Tolong betulkan kain aku tu...dah terselak...kang Mael nampak, malu aku...dah laa semalam Zarif gelakkan aku sebab aku terjatuh & kain aku terselak...nampak spender Spiderman aku..." ~ kata Sara
"Hahahahaha...hahahahaha...kau ni Sara, kan aku dah cakap, jangan pakai lagi spender Spiderman tu..." ~ kata Kuna...
"Diam lah, aku nak turun nih...suiz lampu tak bole dibuka" ~ kata Sara...
"Bergelap laa kita ni...macamana nak belajar melukis arini, mesti cikgu Putih tak masuk kelas..." ~ kata Kuna...
Tiba- tiba muncul 1 lembaga dihadapan mereka...
Apalagi, menjerit laaa mereka berdua...
1 kelas menjerit mengata yang lembaga itu adalah hantu...
"Assalamualaikum semua...ha, kamu Sara, Kuna mengapa menjerit?" ~ kata Cikgu Putih
"Kami ingatkan hantu, rupa2nya cikgu..." ~ kata Kuna...
"Yelah cikgu, saya ingatkan cikgu ni hantu Gajah..." ~ kata Sara...
hahahahaha...1 kelas menggelakkan cikgu Putih...
"Semua duduk, arini kita akan tetap meneruskan projek kita walaupun ketiadaan elektrik..." kata Cikgu Putih...
"Cikgu nak kamu semua lukiskan apa saja yang kamu suka arini...cikgu bagi kebebasan kepada kamu..." kata Cikgu Putih lagi...
Ok cikgu...
1 minit kemudian...
"Cikgu...saya dah siap..." ~ kata Latif
"Ohh, pandai kamu lukis gambar topi nih...cantek..." ~ kata Cikgu Putih...
"Bukan cikgu, saya bukan lukis topi...saya lukis ular telan gajah..." kata Latif
ha??...berdengus Cikgu Putih...
"Cikgu, saya pun dah siap..." ~ kata Mael...
"wah, cantiknya bunga yang kamu warnakan ni..." ~ kata Cikgu Putih
"bukan bunga laa cikgu, ni lolipop...mak saya beli semalam..." ~ kata Mael...
"cikgu, cikgu saya dah siap..." ~ kata murid- murid yang lain...
disebabkan Cikgu Putih tidak larat lagi menahan kegeraman terhadap murid- muridnya, beliau meminta semua menghantar secara berkumpulan...
Cikgu Putih tidak mahu melihat lukisan- lukisan tersebut...Malah beliau meletakkan hasil lukisan itu ditepi meja beliau di dalam bilik guru...
Semasa beliau sedang asyik bersembang dengan rakan- rakan sekerjanya, tiba- tiba beliau tertepiskan lukisan tersebut dan berciciran dilantai...
satu persatu beliau kutip sehinggalah tiba pada 1 lukisan ini menyebabkan muka beliau terus kemerahan tahap otromen Gaya...beliau mencarik- carikkan lukisan itu sehingga hancur...
"Arrgghhh...kenapa korang lukis gambar aku macam ni? apakah salah aku?" ~ berdengus Cikgu Putih keseorangan...
setelah itu, beliau terjumpa lagi lukisan yang sama...tapi kali ini sudah diwarnakan...
"Arrrggghhh...AKU BENCI...AKU BENCI...mengapa aku macam ni...setelah penat segala usaha aku mengajar mereka berSENI, akhirnya AKU DISENIKAN..." ~ meraung Cikgu Putih lagi
dengan kemarahan Cikgu Putih membawa lukisan- lukisan itu ke Kelas Tahun 4...
belum sempat beliau memarahi semua murid- murid, beliau disapa oleh seseorang...
"Cikgu Putih, dah tengok ke lukisan- lukisan murid Tahun 4?"... ???
"Saya baru je tengok, saya nak marah sangat- sangat ni...berani mereka buat saya macam ni...cikgu tengoklah" ~ keluh Cikgu Putih...
"Owh, itu lukisan saya yang lukis...saya yang bagi kat murid- murid Tahun 4 dan suruh mereka warnakan bila waktu Cikgu Putih mengajar nanti..." ~ GURU BESAR
"haaaaaa...!!! " ~ Cikgu Putih terus berlalu meninggalkan kelas Tahun 4 dengan muka yang hiba...
TAMAT...
~ ni adalah rekaan semata- mata tiada kaitan antara hidup & mati...aku join contest menulis Cerpen Kelakar Giler yang telah dianjurkan oleh
BEAUTIFUL_ROSE...
so, ROSE...kau terima tak cerita aku nih?
~ yang nyatanya lukisan gambar aku tu betul2 GB aku yang lukiskan guna Coral ~
arrrgghhh...MENCIK aku, tak serupa aku langsung...!!!