"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...
Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Monday, March 7, 2011

My Life Photo Contest 1

Assalamualaikum semua...
aku kena TAG CONTEST...

TAG from faaein...
thanks dik...

CONTEST ANJURAN MY LIFE
gambar contest

ceritakan mengenai gambar ni dengan memulakan ayat I HOPE...

AKU HARAP SETIAP PERKARA YANG BAKAL BERLAKU ITU AKAN MEMBERIKAN AKU PENGAJARAN DAN HIKMAH TENTANG KEMANISAN SERTA KEPAHITAN DUNIAWI...
SETIAP BUNGA YANG CANTIK MEKAR AKAN LAYU DAN MATI JUGA DISATU HARI NANTI.
JANGAN BIARKAN ISLAM LAYU SEPERTI BUNGA TAPI BIARLAH ISLAM HARUM DAN MEWANGI SAMPAI KE SYURGA.

maaf, aku tulis dalam BM...tulis BI kang korang tak paham...aku lagi tak paham...
miahahaha...


follower blog ini  no 177.

TAG : SASA, AMIEYNA DAN IMANSHAH


~ maaf, berikan aku ruang seketika... ~

Tuesday, February 22, 2011

GiveAway EDY "KATA KAU"...

Assalamualaikum semua...
ok, hari ni aku nak join GA edy...

aritu aku stop sekejap, laa ni nak join smula...
sebab hati tengah bermunge2...
hahaha...


Syarat-Syarat :
1. Jadi FOLLOWER blog ini.

SUDAH CIK ABANG EDY...miahahaha...

2. Buat entry dengan tajuk "GiveAway EdY : KATA KAU!".
Pastikan pada entry tersebut mempunyai BANNER GiveAway dan LINK ke blog entry GiveAway ini.

SUDAH JUGA SAYANG ABANG EDY...kakakakah...

3. Pilih 1 GAMBAR dari mana2 entry dalam BLOG INI dan letakkan pada entry penyertaan anda. 
Pastikan gambar yang "DICURI" tersebut mempunyai border seperti ini :

DAH JUGAK...AKU CURI HATI KAU SEKALI YE EDY...hahaha

4. Letak CAPTION/KATA-KATA paling UNIK/KREATIF/LUCU untuk gambar yang dipilih.
Caption/Kata-kata mesti tidak melebihi 10 PATAH PERKATAAN.


~ kesempurnaan bukan mudah dimiliki oleh seseorang melainkan KESEMPURNAAN MAHA PENCIPTA ~


gambar ini aku CILOK dari entry EDY - YANG DICARI SUDAH DIJUMPAI...

~ aku suke entry ni sebab bila aku tengok gambar kucing ni, seolah2 ianya sedang memerhatikan seorang manusia yang secara tiba- tiba datang memberi bantuan dan dia tak mampu berkata apa2 melainkan menunjukkan matanya yang sayu & terharu dgn bantuan yg diberikan...
MANUSIA & KUCING tak dapat dipisahkan kerana mereka adalah CIPTAANNYA... ~

5. TAG sekurang-kurangnya 1 orang blogger dan pastikan mereka tahu.

HSYMAN...mera maannn...


Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
~ mau bertenang kembali... ~

Thursday, February 10, 2011

bila blog WR tamat tempoh...

Assalamualaikum semua...
hahahaha...

tajuk entry bikin panas jerr...
miahahaha...
selagi korang bertakhta dihati ni, aku akan menulis...
walaupun sepatah perkataan...

ni haaa...aku join contest mis syira...


tajuk contest tu..."BILA SAYA MATI - BY SYIRA"...

senang je, cume teka jee bila tamat tempoh makanan tin tu...
sebelum aku bagi jawapan aku, aku nak perkenalkan siapa mis syira nih...

nama dia SYIRA...
blog dia semua dengan warna kesukaan Nabi...
banyak tutorial yang dapat dipelajari dari blog dia...
dan dia banyak menolong aku bab2 blog nih...
almaklum laaaa dia ade masa mengadap semua2 nih...
silalah singgah ke blog dia yee...
banyak ilmu2 blog ni yang dapat dia tolong...tanya je ape2 bab blog...
insya'Allah, dia akan jawab dengan secepat mungkin...

jawapan aku ialah.... 20 / 07 / 2010

tu laaa tarikh luput makan tuh...
aku nampak macam tin susu jer...

miahahahaha...

TAG 2 orang jer...mari perkenalkan PAKWE- PAKWE ANGKAT SAYA...
SASA & SI PARA- PARA...


hahahahaha...sila muntah PUTIH sekarang!!!


miss syira, bole diterima ke penyertaan akak nih???

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
~ ANON tu datang, dia tak paham bahasa laaa...nanti aku tulis B.Arab pulak... ~

Sunday, February 6, 2011

si PARA- PARA ajak si PARI- PARI berdating...

Assalamualaikum...
waaahh...bukan main lagi korang berblog...

aku???
sori sesangat...
busy melayan karenah insan- insan bertuah yang balik sekali sekala...

nak kutip buah limau & angpau kat umah korang pun tak sempat...
baru nak masuk pintu, dah kena tarik...
miahahaha...

ok, arini entry TAG...
semedang je aku kena TAG...

SI PARA- PARA yang mengeTAG aku...
aku??? si PARI- PARI laaa...tapi bukan ikan pari yee...
miahahaha...


apa benda penting dalam hidup korang? 

kunci kereta...
duit walaupun 1 hengget...
hp...
tisu lembap...


benda terakhir yang korang beli gune duit korang? 
pagi tdi pi pasar pagi...xde beli ape2...
semua perbelanjaan ditanggung...
miahahahaha...


dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?

aku pengantin perempuan...abah aku dah cadang nak buat di dewan dekat dgn rumah aku...dia cakap segalanya upah orang je, sebab aku anak yg last kawin...so dia nak kelihatan grand laaa cikit...
yg aku pulak, nak simple2 je ikut budget...tapi abah kata, jgn risau ramai yg sponser...bile dengar "ade org nak sponser" aku rasa terawang- awang memikirkan majlis yg gilang gemilang...miahahaha...
debusssshhh...jgn kau berangan!!!
tema? ofkos PUTIH + MAROON...


adakah korang sedang bercinta sekarang? 

tahun lepas, minggu lepas, semalam, arini, esok, lusa...
aku tetap bercinta...


berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?


entah...kalau ade, biarlaaah "SAMPAI KE SYURGA"...


di manakah korang selalu jumpa kekasih korang? 

tak tahu...


novel/buku/majalah terakhir dibeli?
bulan lepas...buku tulis kanak- kanak ribena tahun 6...
sebab nak ajar tulisan khat...


apakah nama penuh korang?

"BIARLAH RAHSIA"
miahahaha...


antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra? 

dua- dua...xde lebih xde kurang...


namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang? 

Kekasih yang di cintai...rasulullah s.a.w


adakah korang basuh baju korang sendiri? 

aku rajin...basuh guna berus hanya baju2 kurung & tudung...
lain2 masuk mesin...


dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?

Makkah Al Mukarramah & Madinah
korea...


pilih salah satu, peluk atau cium?

eeiiii...geli nyaaaahhh...
hahaha...


beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag? 

1) aku tak kenal si PARA- PARA
2) melalui tulisan, dia tak suka tonjolkan diri...
3) pic profil dia semuanya gelap, tapi aku masih boleh lihat seraut wajah yang samar- samar...


Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda? 
semua benda aku sayang & aku hargai...
termasuklaa ubat gigi, syampoo & sabun mandi...


lagu yang paling anda suka dan selalu dengar
terbaru, aku suka dengar lagu BINNABIL HUDA...kumpulan UNIQUE...
ofkos dalam LUGHATUL AL ARABIAH...
ade perkataan2 tertentu je yg aku paham...lain tu aku nyanyi je...


bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas? 

17 sept 198....
sambut dgn family kat kedai abang...
adik bradik banjer makan besar...


rakan Blogger yang korang nak tag

no, no, no, no, no...................
no more TAG ok...




Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
~ kejap je rasa cuti nih...esok kembali bekerja... ~

Thursday, February 3, 2011

SHIO TIKUS...apakah maksudnya?

Assalamualaikum semua...
selamat tahun baru CINA...

org CINA yang raya, orang MELAYU yang sibuk cuti...
termasuk laa korang kan?

miahahaha...

stop dulu menjawab TAG orang nih...
ketandusan idea aku kalau menjawab TAG ni...

cuba jangan TAG aku lagi...
boleh??? boleh laaaa nyaaahhh...boleh laaaaa...

SHIO TIKUS???
SHIO TIKUS ini adalah ramalan sesiapa yang lahir pada tahun TIKUS menurut kalendar cina...

ade serba sedikit info mengenai tahun tikus ni...
aku dapat dari sini...tulisan Indon...kena paham2 sendiri...
miahahaha...

disebabkan aku malas nak tulis, aku print je screen tuh...
miahahahaha...

~ mau info selanjutnya??? klik sini yaaa...~


aku terbabit dalam tahun tikus...
cuba teka tahun bila kelahiran aku???

miahahahaha...


~ Ramalan semata- mata...jangan jadikan TANGKAL yee... ~

sowi, lambat BW ke umah korang...aku busy + letih...
hari ni sedaya upaya BW ke umah korang yee...

mane laa tau, korang nak bagi ANGPAWWW banyak2...
takpun LIMAU...

miahahaha...


Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
~ mau mencari ABC... ~

Wednesday, February 2, 2011

GA dari TUAN TANAH MUTIARA...

Assalamualaikum...
ni TAG no.2 dari hysman...

minggu ni menjawab TAG laaa yee...
bukan kerana kekeringan idea, tapi mahu meredakan keadaan buat sementara waktu ni...



Antara syarat2 GA ialah :

Aku follower no. 445...
(wowwww...ramainye follower dia...)

Soalan 1.
Buat satu entry ringkas mengenai GA ni...dan entry tu mestilah mengandungi, sebab kenapa anda join GA ni..

"Aku tidak mengenali Tuan Tanah Mutiara ini a.k.a Munirah. Baru sahaja memfollow beliau. Myb dia muda dari aku...almaklum laaaa, makcik ni dah bergelar Dato'...agak tak sesuai nak dipanggil adik...aku di TAG oleh bodyguard aku a.k.a HYSMAN...walaupun aku tak kenal Munirah, tapi aku sudi memfollow beliau untuk menambahkan ikatan ukhwah yang semakin erat ini..."

jadinya korang bole singgah ke blog beliau untuk mengenali dengan lebih dekat lagi...

Soalan 2.
Antara warna putih, peach dan hitam,, which color describe u the most..dan nyatakan kenapa...HANYA 3 WARNA DI ATAS tau...

"Antara warna- waran tersebut, dah sah aku pilih warna putih...mengapa? warna putih ni mesti ayatnya sama dengan orang lain...cuma yg aku nak tambah, putih ini memberikan 1 makna yang mendalam disudut hati aku...ia memberikan inspirasi yang berterusan, menguatkan semangat serta memberikan begitu banyak idea bagi mencorakkan ia agar nampak lebih berseri + ceria + happy dan sebagainya...adakalanya warna putih mudah sangat dicemari dengan anasir- anasir KEJAM YANG BERMAHARAJALELA...adapun warna putih ini sentiasa dilindungiNYA...bila kita dilahirkan, kain putihlah yang membaluti kita daripada sejuk & bila kita mati, kain putih jugalah yang menemani kita di alam sana..."


~ SELIMUT PUTIH version TERKINI... ~

TAG 3 orang???
maaf, aku tak suka mengeTAG orang...
terpulanglah kepada Tuan Tanah Mutiara...


tapi dalam pemilihan pemakaian aku lebih menjurus kepada warna hitam...



Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
~ dilahirkan tahun tikus mengikut kalendar Cina...maknanya suka menggigit...hahahaha ~

Monday, January 31, 2011

Ada orang FOLLOW cik WHITE ROSE...

Award ini diterima daripada ABANG SASA, telah ditangguh sejak beberapa ari. Sebuk melayan ANON- ANON...dah, aku taknak jadi SEBODOH mereka, biarkan je...aku pun dah setting ruangan komen tu supaya ANON xbole komen...miahahaha...

(tulisan kecik, copy paste blog ABANG SASA yang tak berapa nak sasa...miahahahaha...)


Sehingga kini aku ucapkan beribu- ribu terima kasih diatas kesudian & kesetian korang kat sini...amat2 berterima kasih...

Seterusnya masa untuk jawab soalan wajib.


1. Bagi ucapan.
Syukran Jazilan (Terima kasih banyak2) yang tak terhingga kepada semua blogger2 yang sudi menyokong DATO' WHITE ROSE supaya terus maju & berdedikasi demi memajukan sesebuah negara. Terima kasih diucapkan juga kerana memberi kepercayaan kepada DATO' WHITE ROSE untuk meneroka dan menjadi pemimpin yang terulung. Jasa kalian, DATO' WHITE ROSE tak kan melupakannya...
(miahahaha...boleh blaaahhh)

2. Berikan 4 ciri-ciri lelaki/wanita idaman untuk dijadikan suami/isteri...
  1. ASAS AGAMA...(solat, puasa...)
  2. ada DUIT...(untuk kepentingan sendiri...)
  3. lebih TUA...(matang & bole memimpin dgn sebaiknya)
  4. Pendiam...(aku banyak cakap, nak dia dengar je apa yg aku cakap...boleh?)
  5. Bekerja...(Pendapatan yg Halal...dapat USTAZ lagi baik sebab aku ni tak baik...)

DUIT penting dalam kehidupan seharian kita...kenapa? sebab adanya DUIT, kita lebih dekat dengan PENCIPTA kita iaitu ALLAH TAALA...

kau tau apa itu DUIT? Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal...

3. Berikan 1 tips untuk mengekalkan hubungan dengan pasangan..
Aku tak pernah ada hubungan yang serius sehingga kini...semuanya kawan seperti sediakala...bak kata ANON..."TAKDE SAPE NAK KAT AKU NI..."...tapi itu bukan pegangan aku...REZKI, JODOH, AJAL semuanya ketentuan ALLAH...pada aku, BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH... INSYA'ALLAH...banyakkan beribadah kepada Allah, mintalah agar dipermudahkan segalanya selain usaha yang ada...

4. Pernahkah anda terjumpa doa pendekat jodoh dan putus cinta...
doa MAKAN hari- hari aku baca...doa pendekat jodoh ada 2 version yang dalam simpanan aku...aku jarang baca doa tu sebab terlampau panjang...doa aku pendek je, alaaaa korang pun tau...miahahaha...
PUTUS CINTA??? tak bercinta, mcamane aku nak PUTUS...putus elektrik ade... :p

5. Letakkan 10 link pilihan anda dan beritahu mereka telah memenangi award ini...
aku bagi FREE je award tu tanpa sebarang syarat...tak perlu korang jawab soalan2 nih semua...soalan2 ni sesuai tu remaja je...

cuba laa bagi soalan berkaitan AGAMA ke...
apadia rukun ISLAM, apadia rukun IMAN...kan senang aku nak jawab...


ramai diantara Follower aku saling memfollow...so, MARILAH KITA SAMA- SAMA MENGUKUHKAN UKHWAH DIANTARA SESAMA KITA...

jom kita gattering kat mana2...lantik AJK...ketua AJK, pokcik SAHROM...
miahahaha...

ade 3 lagi yang aku belum jawab...
HSYMAN, SI PARA- PARA & contest UST.AREEF IBN NAIM...
nti dijawab ek...


Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
~ jap lagi aku BW...penat, baru balik dari sekolah...ade mesyuarat PIBG ~

Thursday, December 16, 2010

gadis cun telah dicintai??? oOoohh, TIDAK!!!

Assalamualaikum semua...
tajuk entry sangat terkezuutt...

jangan kau pikir2 yang bukan2 nyaaahh!!!

aku diTAG lagi...
apa yang glemer sangat pasal aku ni pun tak tahu...
nak je orang mengeTAG aku...

agaknya aku ade cop SIRIM kot...
takpelah nyaahh, aku layan laaa jugak sebab aku tengah bercuti...
~ lalalalalala...(sounds iklan minyak masak ALIF)

kahkahkah...

aku di TAG oleh peminat rahsia...
rupa2nya aku telah dicintainya...
waaahh, terawang2 aku di awangan...
boleehh blaaahh nyaahh....

tak kuasa mak nak layan...

CINTA DARI SEORANG SAHABAT KEPADA SAHABATnyaa...

SASA, ni TAG yang aku jawab...
sebab kau ade kamera canggih, aku jawab jugak...
tapi YAKINLAH bahawa, aku menerima CINTA SAHABAT kau...
kakakakakaka...

kalau dr jiwa baca ni, hancusss aku nyaaahhh...


~ macam biasa, aku framekan gambar yang diTAG ~


soalan- soalan CEPUMAS yang tidak pernah sekali ada EMAS didalamnya...



1. Siapa orang yang korang paling sayang?
keturunan aku dan "si dia"

2. Kenapa korang sayang orang yang korang sayang tue?
dah orang tu sayang kat aku, aku sayang laa dia semula...
takkan aku nak membenci plaak nyaaahhh...

3.Berikan satu kata-kata sayang yang terbaik yang korang nak lafazkan kepada orang yang korang sayang, tapi masih tak mampu lagi untuk dilafazkan.
yang aku tau, "MAK ABAH, orang pergi sekolah dulu ya"...pastu bersalaman...
kata2 sayang tu jarang aku nak cakap...aku malu nyaaah...MALUU...
tapi kat sini aku cakap laaa jugak...

"SAYANG, ANDAI KANDA MENJADI BINTANG, BIARLAH DINDA MENJADI BULAN...SUNGGUH PUN BINTANG SANGAT INDAH & CANTIK, BIARLAH BULAN BURUK DIPANDANG...ASALKAN KITA MENGECAPI KEBAHAGIAN ITU...OH, SAYANG..."

miahahahahaha...jiwang kau nyaaahh...

lepas tue,korang tag kat 15 orang blogger untuk sampaikan salam kasih sayang korang tue =)
yang ni aku tak MALU nak tag...
miahahaha...sasa mintak 15 orang...tapi cukup2lah sekadar beberapa orang je...
yang lain tu aku nak korang amik gambar TAG tu sebagai tanda CINTAI SAHABAT ANDA...oke nyaaahh...


daaahhh...cukup 13 orang...
yang lain2 tu amik award je yeee...

~ nak berwangi- wangian ~

Monday, November 29, 2010

biarlah menjadi penutup TAG...

Assalamualaikum semua...
aku diTAG oleh kanak2 kecik nih...

kesian dia, dia kecik lagi...
kang tak jawab TAG, lagi2 kecik laaa jadinya...
miahahaha...


apa benda paling penting dalam hidup anda ?
semua benda disekiling aku...termasuk laa blog...hahaha

benda terakhir korang beli pakai duit sendiri ?
beli barang dapur 2 hari lepas...sure laa aku kena beli...nak memasak...
korang budak2 mane tau memasak...main masak2 adee leee...

dimana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang ?
buat kat rumah...teman warna putih...sebab WHITE ROSE...& mesti banyak2 bunga ros...tetamu datang pun aku nak bagi hadiah berbentuk bunga rosputih...gambar2 plak nak amik di taman ros putih...semuanya ROS PUTIH...
(ha, amik kau...aku jawab bertan-tan...hahaha)

adakan korang sedang bercinta sekarang ?
ya...bercinta dengan MAHA PENCIPTA seluruh alam, MAK ABAH aku, KELUARGA aku, ISLAM ku, NABI ku, KAWAN2 ku, DUNIA & AKHIRAT ku...
yang special macam ABC tu xde...

berapa lama korang akan mencintai kekasih korang ?
selama- lama lama lama lama lamanyeeee...

novel/buku/majalah terakhir yang korang beli ?
dua hari lepas beli paper METRO & KOSMO...

antara mak ayah korang yg mane korang lebey mesra ?
mane boleh sebelah2...dua2 aku mesra...

namakan org yg betul2 korang nak jumpa dlm hidup korang ?
Nabi MUHAMMAD S.A.W

adakan korang basuh baju korang sendiri ?
soalan budak sekolah...kalo tak jawab kang, macam budak sekolah...hahaha
tentulah aku basuh baju sendiri...tapi aku suke memberus dari menggunakan mesin...sebab dapatlaa senaman tangan...kurus laa tangan aku nanti & gagah seperti harimau...hahaha

di mana tempat yg betul2 korang nak pergi ?
tanah suci Mekah...insya'Allah...

pilih salah satu , peluk or cium ?
eeeiii...soalan apee laa korang ni...sape buat soalan ni haaa???
dua2 laaa aku buat kat mak abah aku, kakak2 aku & anak2 buah aku...yeeehaaa!!!

beritahu 3 bende tentang org yg tag anda ?
1: aku tak kenal si kanak2 ni...
2. tetibe je dia mengeTAG aku...
3: soalan yang di TAG sungguh KANAK2 oke!!!

5 lagu yg korang suka and selalu dengar ?

zikir2 munajat...
radio IKIM...
radio SINAR...
mak aku membebel...
HAHAHAHA...

5 blogger yg depertanggungjwbken utk jwb tag ini ?
DENGAN INI SAYA (WHITE ROSE) MENGISYTIHARKAN BAHAWASANYA SAYA TIDAK AKAN SAMA SEKALI MENGETAG MANA2 PIHAK, MANA2 BADAN AGENSI PERSATUAN, MANA2 BLOG, MANA2 PEMBACA SENYAP, MANA2 JALANRAYA, MANA2 MENTERI ATAU MANA2 RUMAH KERANA SAYA TIDAK SUKA MENGETAG MEREKA YANG DISENARAIKAN SEBENTAR TADI...
HARAP MAKLUM...SEKIAN TERIMA KASIH...



~ tengok, tengok...aku macam KANAK2 ok!!! ~
hahahaha...bole blaaaahhh...

~ mintak sesangat, jangan ngeTAG aku lagi weeiii ~

Wednesday, October 27, 2010

menjawab TAG bukan TEG...

Salam semua...
aku telah di TAG...
yang pastinya korang nak ke baca TAG aku ni???


ok, thank kepada puan muda beranak dua kerana menghadiahkan aku sebuah TAG yang begitu berharga...


Ceritakan 25 benda berkaitan dgn diri anda (ala2 biodata masa sekolah rendah):

1. yang pastinya BUJANG...(sengaja letakkan no. 1)

2. suka mengusik orang...(tak kira tua ke muda ke, semua aku bedal)

3. pantang org amik hanger aku...(aku tuntut sampai dapat)

4. berasal dari perak...anak jati ELEPHANT VILLAGE...(komersil nama kampong aku tu)

5. adik beradik 8 orang...aku anak no. 7...

6. suke bawak kereta...(bile penat, aku suh orang lain bawakkan...hahaha)

7. ada lesen memandu sejak 2002...(awal dari orang yang TAG aku nih...BERLAGAK!!!)

8. terlampau peramah sampai orang tak larat nak layan...

9. suke pakai stoken warna warni & macam2 corak...

10. dalam handbag macam2 ade...kadang2 penutup botol susu anak buah aku pun ade...hahahaha...MITALI sungguh aku ni

11. kejap2 suke berblog, kejap2 suke melayan FB, kejap2 layan games...kejap2 TAK LAYAN SEMUANYA...hahaha

12. tak reti sangat memasak...kalo masak, aku maen bedal je...janji MAKAN!!!

13. suke main tarik2 rambut...tarik sehelai2 sampai gugur...(lama2 botak la aku)

14. adekalanya rajin berhias, adekalanye MALAS...paling banyak adalah MALAS...

15. sehari mesti minum air kosong 1.5L atau 2L...(paling sikit 1L je)

16. paling sukar nak pilih baju untuk dipakai pada esok hari...

17. aku suke jadi CIKGU...bkn kerana keturunan aku CIKGU, tapi jiwa aku adalah CIKGU...

18. sampai sekarang bercita- cita nak jadi POLIS...aku suke weiii...

19. tak penah naek kapal terobang sampai skrg...insya'ALLAH bln 12 ni merasa le aku kalo ade rezeki...

20. paling digemari menjaga anak2 buah aku...bila time2 seronok, aku buli anak2 buah aku...

21. time berblog aku pastikan ade 1 atau lebih gambar bagi menyempurnakan tajuk entry aku...


22. makan bila rasa lapar...(semua orang macam tu...hahahaha...)

23. paling tak suke adalah bau lipas...bau lipas bole menyebabkan aku MUNTAH...

24. jarang menangis...bila setat menangis, tak berhenti sampai dekat 2 jam...(PEMBOHONG!!!)

25. AKU NAK KAWIN DALAM USIA 25 tahun...tapi zaman tu dah lepas...aku tggu laa sampai umo 52 tahun...xkesah la...



kena tag 25 org...

aku taknak TAG sape2 pun...
korang jangan pandai2 nak amik TAG ni...
biar aku jadi PENAMAT kepada TAG ni...


hahahahaha...


~ muke orang kena TAG ~




~ minggu depan bermula laaa training persembahan kanak2 ribena ~

Wednesday, October 6, 2010

jangan tag!!!

Salam semua...
sangat tak suke bila orang tag gambar kat aku...
kalau gambar aku sendiri takpe...

ni tau tak gambar ape???
ha, amik korang...
tengok la...

wat aku rasa GABAN je...
hahahaha...

~ kak nia & family jalan2 dgn kete alaf baru ~
yeeeeeehaaaaaa...

 ~ pokcik sahrom, sila pakai spek mate beso ni ye ~
hahahaha...

 ~ amni ikat tocang macam ni ye ~
so cute...

~ tukang karut, ko pakai topeng thundercats ~
hensem laa bro...

pssstttt...aku masih berjiwa kanak2 lagi...
yeeeeeeehaaaaa...

hahahahaha...

~ kejap je dah bulan 10...xlama lagi berakhirlah tahun 2010...ape aku nak buat??? ~

Thursday, June 17, 2010

mahu berlaku adil

salam semua...
ayyoo...

aku nak mintak maaf kepada sesiapa yang tag aku...
aku tak dapat nak jawab sebarang tag yang ada...

terima kasih diucapkan kerana anda yang mengetag aku...
kerana begitu mengingati aku...

aku mahu berlaku adil...
bila aku tak jawab salah satunya, maknanya aku tak jawab yang lain...

sebab dah terlalu lama,
menyukarkan aku tuk menyelongkar tag yang ada kat blog korang...

so, keputusannya jika ada tag sebelum2 ni, aku mahu berlaku adil
dengan cara aku tak jawab 1 pun...
ok???
ADIL kan???

jujur ni...aku tak jawab...
jangan marah ye...
aku sayang korang...

muuuuaaaahhhhh3x...
hehehe...

~ pic of the day's ~

~ bersama GEUM JAN DI di cameron ~
percaye ke ni GEUM JAN DI??? hahaha...anakbuah aku laa (lysa)

*geum jan di (watak heroin dlm korea drama BOY'S OVER FLOWER)


~
wHite R
osE ~
''''''''''''''''''''''''''
rindu nak makan nasi dagang...harap2 pasar malam sok adela abang yang jual nasi dagang tu ye...

Tuesday, April 6, 2010

DI TAG OLEH CIKGU ILI...

salam semua...
sesi emo still ade...

siap bertambah2 lagi emo harini...
memang geram tahap gaban dah nih...
~lalalalalala...

ok, aku mahu hilangkan emo tuh...
syuh, syuh...pi main jauh2...
~wink...

aku telah diTAG oleh CIKGU ILI...
tag ni kalo dapat duit kan besh...btul tak???

ape2 pun aku menjawab tag ni dengan senang hati serta irama dangdut...ok!

soalannye : apakah perkara pertama yang aku buka bila on internet???
senang je...disebabkan aku rajin, maka aku siap bagi gambo skali...

aku mula melayari internet secara sepenuhnya sejak bulan september 2008...
pada masa tu jugak laah aku mengenali blogspot...
kebiasaannya aku hanya bukak email n chatting dari email jugak...

setelah mengenali kaki- kaki internet ni iaitu cikgu ili n cikgu iffah,
maka aku terus terjerumus dalam kancah yang penuh rona- rona makaroni ini...
~muehehehe...

1...... aku akan bukak email...
aku pelajari menggunakan email sejak aku beli my lappy pada Februari 2007...
lambatnye aku mengetahui dunia internet nih...


2..... aku buka Fesbuk...
aku mula berfesbuk sejak diperkenalkan oleh kakak aku...


3..... aku buka blog...
aku mengenali blog melalui cikgu ili...disitulah aku xplore smpai skrg sambil pejam mata je...
~lalalalala....


4.... aku buka games SUPERMARIO...
aku bermain sekadar suka2 je sebab aku suke dengar muzik dalam games nih...
pastu bila aku kalah, aku gelak sorang...~hahahaha...



ok, kalau aku TAG korang pun sah2nye perkara yg sama jugak korang bukak melainkan games tuh je...sebab games tuh xde sape nak melayan melainkan aku jerk...
aku kan KANAK- KANAK RIBENA...
~lalalaalalala...

~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
tadi ade taklimat kem pengakap...ade sorang hamba Allah ni duk ingat dia ni bos...sesuke dia je taknak join taklimat...pastu siap menjeling ktorang sesekali...haish...memang xde perasaan langsung laaa dia tuh...baik hanto ke perkampungan orang asli...baru dia tau betapa tingginya langit...
muehehehehe...
Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...


~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~