"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...
Showing posts with label fikirkan sejenak. Show all posts
Showing posts with label fikirkan sejenak. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Rasul Junjungan...

Assalamualaikum semua...
jom kita bernasyid arini...



Ya Nabi salamun a'laik

Ya Rasul salamun a'laik

Ya Habib salamun a'laik

Ya Nabi Ya Rasul Ya Bashir Ya Nazir 

Ya Habibi Muhammad solawatullahi a'laik



Disingkap kembali sejarah

Kisah-kisah manis dan pahit mu

Kami mengambil segala iktibar

Ya Rasulullah



Mulianya tiada tandingan

Yang tidak membawa kelalaian

Tiada segala keraguan

Ajaran yang di bawa



Ya Nabi salamun a'laik

Ya Rasul salamun a'laik

Ya Habib salamun a'laik

Ya Nabi Ya Rasul Ya Bashir Ya Nazir 
Ya Habibi Muhammad solawatullahi a'laik



Disingkap kembali sejarah

Kisah-kisah manis dan pahit mu

Kami mengambil segala iktibar

Ya Rasulullah



Mulianya tiada tandingan

Yang tidak membawa kelalaian

Tiada segala keraguan

Ajaran yang di bawa



Kami kutip sunnah mu Ya Rasul

Jadi minuman sepanjang zaman

Tunggak perjuangan asas kemajuan

Menjadi ikutan kita umat Islam x3



Habiballah Nabi Allah Safiallah Salamun a'laik x2

Salamun a'laik





Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
~ ade wat kenduri kesyukuran pagi ni...nanti dah selesai, aku BW ke umah korang ye...jemput makan rendangn & lemang... ~

Wednesday, February 2, 2011

GA dari TUAN TANAH MUTIARA...

Assalamualaikum...
ni TAG no.2 dari hysman...

minggu ni menjawab TAG laaa yee...
bukan kerana kekeringan idea, tapi mahu meredakan keadaan buat sementara waktu ni...



Antara syarat2 GA ialah :

Aku follower no. 445...
(wowwww...ramainye follower dia...)

Soalan 1.
Buat satu entry ringkas mengenai GA ni...dan entry tu mestilah mengandungi, sebab kenapa anda join GA ni..

"Aku tidak mengenali Tuan Tanah Mutiara ini a.k.a Munirah. Baru sahaja memfollow beliau. Myb dia muda dari aku...almaklum laaaa, makcik ni dah bergelar Dato'...agak tak sesuai nak dipanggil adik...aku di TAG oleh bodyguard aku a.k.a HYSMAN...walaupun aku tak kenal Munirah, tapi aku sudi memfollow beliau untuk menambahkan ikatan ukhwah yang semakin erat ini..."

jadinya korang bole singgah ke blog beliau untuk mengenali dengan lebih dekat lagi...

Soalan 2.
Antara warna putih, peach dan hitam,, which color describe u the most..dan nyatakan kenapa...HANYA 3 WARNA DI ATAS tau...

"Antara warna- waran tersebut, dah sah aku pilih warna putih...mengapa? warna putih ni mesti ayatnya sama dengan orang lain...cuma yg aku nak tambah, putih ini memberikan 1 makna yang mendalam disudut hati aku...ia memberikan inspirasi yang berterusan, menguatkan semangat serta memberikan begitu banyak idea bagi mencorakkan ia agar nampak lebih berseri + ceria + happy dan sebagainya...adakalanya warna putih mudah sangat dicemari dengan anasir- anasir KEJAM YANG BERMAHARAJALELA...adapun warna putih ini sentiasa dilindungiNYA...bila kita dilahirkan, kain putihlah yang membaluti kita daripada sejuk & bila kita mati, kain putih jugalah yang menemani kita di alam sana..."


~ SELIMUT PUTIH version TERKINI... ~

TAG 3 orang???
maaf, aku tak suka mengeTAG orang...
terpulanglah kepada Tuan Tanah Mutiara...


tapi dalam pemilihan pemakaian aku lebih menjurus kepada warna hitam...



Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
~ dilahirkan tahun tikus mengikut kalendar Cina...maknanya suka menggigit...hahahaha ~

Monday, January 24, 2011

Situasi Pertama...

Assalamualaikum semua...
selamat malam...

ok, TAJUK tak gempak...
tapi ia bakal dijilidkan banyak siri...

Situasi Pertama...

"korang ditugaskan ke tempat keje baru, mula- mula agak hambar dengan keadaan sekeliling. Kemudian datang seorang insan (si A) beramah mesra dengan korang...berbual- bual, bertepuk- tepuk bahu, gelak- gelak & sebagainya laah...then, bila korang cuba mengenali kawan baru (si F), si insan (si A) ni memainkan peranannye...dia menceritakan keburukan kawannya (si F), ceritakan yang macam- macam laaa...sehinggakan korang rasa risau nak berkawan dengan (si F)..."

aku nak tanya pendapat korang...
apa perasaan korang bila situasi ini berlaku kat korang?
apa yang akan korang lakukan?

ini pendapat aku...
"TAK KENAL MAKA TAK CINTA..."

dah banyak kali situasi ini berlaku kat aku...
aku hanya jadi pendengar kepada (si A), tidak menjawab sepatah atau menambah...
hanya anggukan sahaja...aku tetap akan mengenali (si F) walaubagaimana keadaan sekali pun...
dari situ, aku mula membezakan siapakah yang sebenarnya (si A) dan (si F)...
dan aku akan merungkaikan mengapa terjadinya situasi tersebut...
kemudian barulah aku menentukan siapa yang patut aku jadikan PEMBIMBING dan siapa yang patut aku jadikan KAWALAN...

then, baru2 ni aku pulak yang menjadi (si F), walaupun tak nampak dengan mata kasar, aku tetap mengetahuinya...so, apa yang aku lakukan???
just DIAAAAM...itu lebih bermakna...

"DIAM BUKAN BERERTI KALAH, BERSUARA BUKAN BERERTI MENANG..."

~ LESUNG, jika TIDAK diTUMBUK IBUnya manakan nak BERBUNYI ~


peaaceeeeee... :P

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
~ rindunya kat anak buah aku si Qaisara... ~

Thursday, January 20, 2011

dan SEBENARNYA bukan by YUNA...

Assalamualaikum semua...
ok, terima kasih masih ada disini...

3 hari dah cukup aku berbicara tentang itu dan ini...
sepatutnya aku bicarakan tentang hidup aku je kan...

cukup2 lah...aku tak mahu meneruskan sebarang masalah...
jika ada sampai melibatkan & mencemarkan blog korang,
AKU MINTAK MAAF TERLEBIH DAHULU...
tiada niat aku nak CEMARkan blog korang...

cukup2lah BLOG aku je yang TERCEMAR...
kan aku suka mende2 yang remeh nih...

biarpun KAU tak mengenali AKU yang sebenarnya...
aku TERIMA KEADAAN ITU...aku tak mintak pun KAU mengenali aku...
biarlah hanya dalam BLOG ini sahaja mengenali aku...

kawan- kawan aku kata yang aku ni KAWAN YANG SENGAL...
kau tau sebab ape?

sebab aku suka cetuskan kontroversi...
yaa, mmg betul...KORANG jangan terperanjat yee...

kenapa?
ada sebabnya...

aku sangat mudah mengenali & menerima seseorang...
tak kiralah sebagai sahabat, rakan baik atau apa2 je kecuali YANG ISTIMEWA...
nak YANG TERISTIMEWA kena panggil kumpulan INDIGO laaa...
miahahahaa...

tapi dalam semudah- mudah itu ada UJIAN TAPISAN yang aku lakukan...
ujian itu secara SENYAP- SENYAP je...

caranya mudah sangat nak buat UJIAN TAPISAN itu...
kau buat 1 masalah besar antara kawan2 baru kau atau kawan2 lama...

tak kira laaa apa dia, janji jangan melibatkan fizikal & mental...
just emosi sahaja...

then kau lihat bagaimana keadaan itu berlaku seterusnya...
jika tiada sebarang masalah, kau buat yang lain lagi...

buat sampai orang tu BETUL- BETUL meluat dengan diri kau...
then baru kau TAHU siapakah INSAN SEBENAR yang berkawan dengan kau...
dan kau akan TAHU apa tujuan dia berkawan baik dengan kau...

tapi AKU NAK INGATKAN...

kau perlu SEDIAKAN DIRI KAU DARI SEGI MENTAL, EMOSI & FIZIKAL...
jika semua ini tidak lengkap, sebaliknya diri KAU yang MERANA...

nampak macam senangkan...
hakikatnya AMAT PERIT sebenarnya...

dah ramai sangat aku lakukan seperti ini, hanya SEGELINTIR sahaja yang masih rapat dengan aku sehingga sekarang...

kenapa?
KEPERCAYAAN, KEIKHLASAN, KASIH SAYANG, TOLONG MENOLONG, SUSAH SAMA SUSAH, SENANG SAMA SENANG, SALING BERDOA SESAMA SAHABAT DAN BERKAWAN KERANA ALLAH TAALA...

"KAWAN YANG BAIK AKAN MEMBAWA KAU KEARAH KEBAIKAN BUKAN KEARAH KEMUNGKARAN..."


"BARANG SIAPA YANG MEMUTUSKAN TALI PERSAHABATAN, HILANGLAH PUNCA REZEKINYA..."


SABDA RASULULLAH S.A.W
"SEORANG ITU AKAN MENGIKUTI PENDIRIAN SAHABAT KARIBNYA, KERANA ITU HENDAKNYA SESEORANG ITU MEMPERHATIKAN SIAPAKAH YANG HARUS DIJADIKAN KAWAN..."

jika kau berkawan kerana...
KEPENTINGAN DIRI, BALASAN DENDAM, MAHU MENUMPANG KEKAYAANNYA, DEMI MENAIKKAN KERJAYA ATAU KESENANGAN KAU...


Telah bersabdanya Rasulullah SAW sebagaimana yg diriwayatkn oleh Al-Tirmizi yang bermaksud,
"Seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah seseorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman..."

Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya "Perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk..."




~ AKU MAHU BERSAHABAT BAIK DENGAN KAMU ~
aku hulurkan TANGAN KANAN, jika kau SAMBUT TANGAN KIRI aku ucapkan terima kasih.
AKU TAK MAHU KAMU MENGIKUT AKU KE ARAH KEBURUKAN, TAPI JIKA AKU MELAKUKAN KEBURUKAN, TEGURLAH AKU AGAR AKU SENTIASA BERADA DALAM PERINGATAN ALLAH.

Friday, January 14, 2011

Jangan paksa MENGKRITIK...

Assalamualaikum semua...
arini dapat jugak aku menjelajah ke laman korang...
walaupun hari ni suasana agak MURAM sedikit, tapi ianya tidak MENCEMARkan aku tuk berblog...

aku pinjamkan perkataan "MENCEMAR" tu kat korang ye...
miahahaha...

arini ade 1 topik yang dah lama sebenarnya aku nak CEMARkan...
topik ni aku temui di laman blog seorang Insan yang bernama WANITA...
terima kasih juga kepada INSAN tersebut kerana membangkitkan semangat aku nak cetuskan PENCEMARAN ini...

ok, nyaaahh- nyaaaahh sekalian...sila tutup MULUT sekarang...
nanti kau orang mendapat VIRUS PENCEMARAN...
aku taknak tanggung...
miahahaha...

aku MEMBEBEL panjang arini yee...

KRITIK...
ade 2 jenis KRITIKAN...
membina & menghancurkan...

dua2 aku suka...
tapi TERNYATA kritikan yang membina itu lebih banyak VIRUSnya dalam diri aku...
yes, AKU SUKA DIKRITIK...
nak tahu kenapa?

HIDUP AKU DIPENUHI DENGAN INSAN2 PENGKRITIK TEGAR...
hari2 aku kena kritik...
malah, nak PEJAM kan mata pun sempat lagi aku kena KRITIK...

kau orang nak KRITIK aku, KRITIK laaa...
aku tak kesah...bukan RUGI 1 SEN pun...

cuma disini aku nak ceritakan kisah yang terjadi kat aku baru2 nih...
kalau ikutkan HATI aku tak suke nak ungkitkan KISAH lalu...
walaupun KISAH itu baru terjadi semalam...

"past it past"....hahahahaha...berterabur BI aku...

aku komen gambar seorang Teman di FB...
komen aku adalah berbentuk cadangan...lebih kepada memberikan idea...
setelah itu, aku telah dihentam dengan komen2 yang amat BAIK sekali...
mengatakan bahawa aku ni TAK TAHU LANGSUNG BAB2 PHOTOGRAFI...
sedangkan Teman tersebut baru saja pergi sekali je kursus PHOTOGRAFI, pastu baru je belajar nak jadi PRO...dia pun baru je beli camera BERAT...
kemarahan itu hingga menyebabkan AKU DILABELKAN sebagai manusia yang TAK LAYAK dijadikan KAWAN...

tak lama lepas itu, FB aku di REMOVE kan oleh Teman tersebut...

begitulah AL KISAHNYA...
tapi YANG PASTINYA AKU TAK KESAH...

kau add aku, kau jugak yang REMOVE kan aku...

wahai INSAN- INSAN disana...
MENGKRITIK bukan kerna KITA ni SEMPURNA
MENGKRITIK bukan kerna KITA ni KUAT...
MENGKRITIK bukan kerna KITA ni PANDAI...

dan...
DIKRITIK juga bukan kerna KITA ni TAK SEMPURNA...
DIKRITIK juga bukan kerna KITA ni LEMAH...
DIKRITIK juga bukan kerna KITA ni BODOH...

JADINYA...HIDUPLAH KITA DALAM KRITIKAN YANG MEMBINA...

~ LEPASKANLAH KRITIKAN itu SEPERTIMANA GAJAH MELEPASKAN KACANG YANG TERCEKIK DI LEHERNYA.. ~
nak aku tolong ke?...miahahaha...

~ sok nak pegi pasar pagi laaa... ~

Friday, January 7, 2011

bermuhasabah sebentar di PENGHULU SEGALA HARI...

Assalamualaikum...
walaupun sudah hampir ke tengah malam,
PENGHULU SEGALA HARI tidak dilupakan...

hari ini, aku memulakan pagi Jumat dengan sedikit tazkirah & pembukaan majlis bacaan yaasin secara tidak rasmi...
secara rasminya akan diadakan pada minggu hadapan...

idea diadakan Majlis Bacaan Yaasin ni adalah dari aktiviti guru sebelum aku...
aku just follow up sehingga laaa kini setelah hampir 8 tahun...

waaaaahhh...lamanye aku dah mengajar...
usiaku masih MUDA & ANGGUN lagi...
miahahaha...

so, pada mulanya Majlis Bacaan Yassin ni hanya aku & pelajar2 tahun 6,
tapi sejak dua menjak ini, aku turut menjemput guru2 & ibubapa pelajar sekiranya ada kelapangan untuk membacakan bersama anak2 mereka...
ALHAMDULILLAH, sambutan sangat menggalakkan...



salah 1 cara untuk memberikan SEMANGAT kepada pelajar2 aku juga...
walaupun ianya kalau difikirkan agak menyusahkan, tapi HASILnya berbaloi- baloi...
yaaa...AKU AKUINYA...

tambahan pula, aku turut menyediakan air masak (dalam jug) untuk diminum pelajar2 aku...
ade jugak yang taknak minum, tapi aku paksa jugak...
lama2 akhirnya mereka sendiri akan minum...
ALHAMDULILLAH...




aku share dengan KAMU semua...
yang mana guru, bole berkongsi idea tuk dilaksanakan disekolah...
tak kira laa sekolah menengah atau rendah...

impaknya sangat2 BESAR...




smoga Allah memberikan aku kekuatan untuk terus mendidik anak2 muridku dengan cemerlang dalam ISLAM...



~ Ya ALLAH, berikan aku ketenangan & kesejahteraan berpanjangan...amin ~

Wednesday, December 1, 2010

mengapa kita tidak boleh menggunakan perkataan "SALAM"...

Assalamualaikum semua...
ada sedikit tazkirah ya buat kita semua dipetang2 yang dingin ni...

mengapa kita tidak boleh menggunakan perkataan "SALAM"...


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

السلاما=keamanan.....
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

 dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;              

WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan            
  As Salamyang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaatnya.

info dari sini... 


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH...
minah ARAB mane nih weiii...


~ jom main hujan...lalalalala ~

Thursday, November 25, 2010

boleh ke?

Assalamualaikum...
aduhai...minggu kedukaan...

minggu yang bercampur baur dengan perasaan...
bercampur baur dengan kenangan...

alahai...
ALHAMDULILLAH, aku masih dapat mempertahankan...
shingga malam ni, ianya bakal menjadi sejarah...
esok adalah penentu segalanya...

"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan..."

aku nak tanya pendapat korang...
jawablah dengan sejujur2nyaa dalam hati korang...

jika korang mempunyai seorang kawan yang korang dah tak suke dengan "Si A"...
sedangkan dulu, korang berkawan baik dengan "Si A"...
sehinggalah berlaku 1 masalah yang terjadi menyebabkan korang dgn "Si A" semakin renggang...

persoalannya, boleh tak korang mengutuk "Si A" tadi kat kawan2 yg lain...
kemudian, korang ajak kawan2 korang yg lain supaya jangan berkawan dengan "Si A"...
maknanya bila korang tak suke seseorang, orang lain yang rapat dengan korang mesti turut serta tak suka jugak dengan seseorang tu...
boleh tak macam tu???

~ aku ditinggalkan di dalam kegelapan ~


~ bersabarlah wahai hati...kerana kesabaran itu mengajar diri lebih berhati2 ~

Monday, October 25, 2010

adakalanya macam- macam...

SALAM semua...
selamat bekerja dihari isnin yang ceria...

adakalanya aku macam ni...

~ rasa boring... ~

adakalanya jugak aku macam ni...

~ nak ejek orang yang mengejek aku... ~

kadang2 ade rasa macam ni...

~ berlagak bijak pandai... ~

urm...ade masa2nye macam ni...

~ nak je cucuk2 mulut orang yang mengata aku ~

rasa2nye macam ni pun ade...

~ wat hal sendiri je lagi baik ~

tapi macam ni orang selalu kata kat aku...

~ sentiasa kelihatan tenang je walau ape yang berlaku... ~
eh, YEKE?...aku sendiri tak percaya...

tapi YANG PASTI walaupun macam2 berlaku,
aku atau KAMU, tetap kena macam ni!!!

 ~ berdoa & memohon keampunan kepadaNYA ~
hanya DIA YANG MAHA MENGETAHUI...

cogankata entry ini,
SEPANDAI- PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA...


p/s : kredit pic kepada ADIK ANAS BIN ZAMBREE...

~ aku mimpi keadaan yang memalukan ~

Sunday, August 1, 2010

tiada terkata...

salam semua...
tak tahu apa yg aku mahu katakan...
hanya Allah Maha Mengetahui...

ketika aku menontonnya, tergamam...
hanya terlintas ASTAGHFIRULLAH AL'AZIM...
ALLAHU AKBAR!!!




terima kasih farha kerana share dgn akak...


~ balasan Allah bila2 masa saja...sentiasalah kita beringat kpdNYA...~
Myspace text generator

Wednesday, June 16, 2010

ada orang kata...

salam semua...
ahai, hai, hai...

sehat ke?
arini cuaca mendung...
kat sni baru je berhenti hujan...

sepanjang arini duk kemas umah...
cuti sekolah kali ni aku tak kemana- kemana...

duk uma jaga mak tersayang...
dia demam + batuk + selsema...
so, ruang dapur sah2nya aku kongker...

masak ala kadar jer...
janji le makan...

tadi ade seorang kawan mengatakan dulu muka aku selalu masam...
sejak 2 menjak ni dia kata muka manyak manis & ceria...

eh, memang dari dulu aku always ceria & manis...
hahahaha...(gelak berlagak)...

dia kata lagi mana taknya, selalu cium bunga je...
tu pasal muka ceria & hapi je...

yeke???
ade sape2 leh bagitau benarkah dakwaan itu???

sape2 yang dah lama ikuti blog aku leh komen bernas2...
ok...

~ jumpe & berkumpul bersama mereka make me hapi... ~



~
wHite R
osE ~
''''''''''''''''''''''''''
mahu buat bengkang roti...sok aku postkan dalam blog ye...
~lalalalala...

Monday, March 22, 2010

misteri SUPERMAN...


salam semua...
ni n3 buat kak ummi yang nak tahu kenapa aku cakapkan
si faizal tahir masih belum sembuh kakinya...
ni cuma FIKIRAN SEJENAK berdasarkan keadaan yg dh berlaku sebelum2 nih...
jika dia masih belum sembuh atau pun dah sembuh, itu adalah KUASA ALLAH...
tiada siapa dapat menghalangNYA...

ni cerita manusia yang obses dari sesuatu benda...

kita sukakan sesuatu itu sampai kita obses dengannya...
contoh : aku suka spongebob...segala bende yang berkaitan spongebob aku akan beli sedaya upaya aku...xkira laaa kasut ke, baju ke, topi ke...segala-galanya adalah spongebob...

berbalik cerita asal faizal tahir...

apa yang korang nampak yg obses tentang faizal tahir???

adakah rambutnya???
hidungnya???
matanya???
atau suaranya???


oh, jawapan itu bukanlah kemuncaknya...


SUPERMAN...

faizal tahir obses dengan SUPERMAN...

betul kan peminat- peminat faizal tahir???

sila, tepuk dahi anda...
huwawawawa...

aku penah tengok WAKENABEB masa adlin aman ramli yang handle...
dia pernah serbu studio faizal tahir ni...
studio dia penuh dengan logo2 & watak2 dalam SUPERMAN...


ok, MISTERI SUPERMAN adalah terletak pada huruf S...
tau kan huruf S???
jika anda tak tahu ape itu huruf S, sila daftarkan diri anda disini...
dia adalah cikgu pemulihan...

ok, berbalik semula dengan MISTERI SUPERMAN...

S bermaksud SUPERMAN...

apakah yang terjadi kepada pelakon2 SUPERMAN yg pertama & kedua???

sakit kan???

dibahagian mana???

ya, KAKI...

bgitu juga yang berlaku kpd faizal tahir...

cerita SUPERMAN ni adalah bercanggah dengan kuasa ALLAH...
walaupun ianya adalah hanya sebuah cerita dongengan, tapi ia tetap bercanggah dengan KEHENDAK ALLAH TAALA...

bila kita melakukan sesuatu yang bercanggah dengan KUASA ALLAH,
apa yang akan terjadi???

anda fikirkan sejenak...

[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

[An Nahl:40]
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".

[Yaasiin:82]
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".


kita boleh minat dengan sesuatu, tapi jangan sampai kita terlupa dengan YANG MAHA ESA...

sekian sahaja ceramah saya pada hari ni...


bebaskan diri anda dari diselubungi MISTERI...


~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
arini bermula detik kehilangan sesuatu yang bernilai...
bermain bola tampar dengan penuh kepuasan...dibuli pemain2 yang dah tere semacam...wahahaha...
Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...


~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~