"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...
Showing posts with label Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

dan SEBENARNYA bukan by YUNA...

Assalamualaikum semua...
ok, terima kasih masih ada disini...

3 hari dah cukup aku berbicara tentang itu dan ini...
sepatutnya aku bicarakan tentang hidup aku je kan...

cukup2 lah...aku tak mahu meneruskan sebarang masalah...
jika ada sampai melibatkan & mencemarkan blog korang,
AKU MINTAK MAAF TERLEBIH DAHULU...
tiada niat aku nak CEMARkan blog korang...

cukup2lah BLOG aku je yang TERCEMAR...
kan aku suka mende2 yang remeh nih...

biarpun KAU tak mengenali AKU yang sebenarnya...
aku TERIMA KEADAAN ITU...aku tak mintak pun KAU mengenali aku...
biarlah hanya dalam BLOG ini sahaja mengenali aku...

kawan- kawan aku kata yang aku ni KAWAN YANG SENGAL...
kau tau sebab ape?

sebab aku suka cetuskan kontroversi...
yaa, mmg betul...KORANG jangan terperanjat yee...

kenapa?
ada sebabnya...

aku sangat mudah mengenali & menerima seseorang...
tak kiralah sebagai sahabat, rakan baik atau apa2 je kecuali YANG ISTIMEWA...
nak YANG TERISTIMEWA kena panggil kumpulan INDIGO laaa...
miahahahaa...

tapi dalam semudah- mudah itu ada UJIAN TAPISAN yang aku lakukan...
ujian itu secara SENYAP- SENYAP je...

caranya mudah sangat nak buat UJIAN TAPISAN itu...
kau buat 1 masalah besar antara kawan2 baru kau atau kawan2 lama...

tak kira laaa apa dia, janji jangan melibatkan fizikal & mental...
just emosi sahaja...

then kau lihat bagaimana keadaan itu berlaku seterusnya...
jika tiada sebarang masalah, kau buat yang lain lagi...

buat sampai orang tu BETUL- BETUL meluat dengan diri kau...
then baru kau TAHU siapakah INSAN SEBENAR yang berkawan dengan kau...
dan kau akan TAHU apa tujuan dia berkawan baik dengan kau...

tapi AKU NAK INGATKAN...

kau perlu SEDIAKAN DIRI KAU DARI SEGI MENTAL, EMOSI & FIZIKAL...
jika semua ini tidak lengkap, sebaliknya diri KAU yang MERANA...

nampak macam senangkan...
hakikatnya AMAT PERIT sebenarnya...

dah ramai sangat aku lakukan seperti ini, hanya SEGELINTIR sahaja yang masih rapat dengan aku sehingga sekarang...

kenapa?
KEPERCAYAAN, KEIKHLASAN, KASIH SAYANG, TOLONG MENOLONG, SUSAH SAMA SUSAH, SENANG SAMA SENANG, SALING BERDOA SESAMA SAHABAT DAN BERKAWAN KERANA ALLAH TAALA...

"KAWAN YANG BAIK AKAN MEMBAWA KAU KEARAH KEBAIKAN BUKAN KEARAH KEMUNGKARAN..."


"BARANG SIAPA YANG MEMUTUSKAN TALI PERSAHABATAN, HILANGLAH PUNCA REZEKINYA..."


SABDA RASULULLAH S.A.W
"SEORANG ITU AKAN MENGIKUTI PENDIRIAN SAHABAT KARIBNYA, KERANA ITU HENDAKNYA SESEORANG ITU MEMPERHATIKAN SIAPAKAH YANG HARUS DIJADIKAN KAWAN..."

jika kau berkawan kerana...
KEPENTINGAN DIRI, BALASAN DENDAM, MAHU MENUMPANG KEKAYAANNYA, DEMI MENAIKKAN KERJAYA ATAU KESENANGAN KAU...


Telah bersabdanya Rasulullah SAW sebagaimana yg diriwayatkn oleh Al-Tirmizi yang bermaksud,
"Seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah seseorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman..."

Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya "Perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk..."




~ AKU MAHU BERSAHABAT BAIK DENGAN KAMU ~
aku hulurkan TANGAN KANAN, jika kau SAMBUT TANGAN KIRI aku ucapkan terima kasih.
AKU TAK MAHU KAMU MENGIKUT AKU KE ARAH KEBURUKAN, TAPI JIKA AKU MELAKUKAN KEBURUKAN, TEGURLAH AKU AGAR AKU SENTIASA BERADA DALAM PERINGATAN ALLAH.

Tuesday, December 14, 2010

berbudilah...berbaktilah...

Assalamualaikum semua...
nampak gayanya aku kena rajin2 update blog...
thanks yee buat korang sebab sentiasa ade disini...

arini duty kat sekolah macam biasa...
tadi kul 12 amik mak & abah kat hospital...
rasa lega bila dapat berbakti kpd org tua kita kan...

macam ade 1 perasaan segar bugar bila dah lakukannya...
perasaan hati tu semakin berbunga- bunga...

ooppsss...bukan bunga- bunga cinta yeee...
no, no, no, no, no...
pleeaaaassss nyah...jangan kau harapkan dalam masa terdekat nih...
miahahaha...

kau tau, bila kita menolong orang- orang tua ni,
banyak yang dia doakan walaupun kau sekadar bagi dia minum...

pada masa yang sama, atok aku demam...
ade kat umah aku ni...aku tukang suapkan dia ubat batuk...
semalam aku bagi dia makan ubat batuk, suapkan 2 sudu je...
kau tau ape dia cakap?
dia doakan aku lebih dari 2 perkara yang aku buat...
"PANJANG UMUR, MURAH REZKI, DIBERKATI ALLAH, DIRAHMATI ALLAH...dan macam2 lagi laa..."
tapi bab JODOH xde... :P

terharu aku nyaaahh...
terharu...

kau tau terharu?
kau mau tahu?
sila garu kepala kau dulu...baru kau tahu...
miahahahaha...

so, moral of the story,
BERBUDI & BERBAKTILAH KEPADA ORANG TUA...

~ hati berbunga-bunga apabila dijaga oleh abang RELA... ~
miahahaha...
cool betul pakcik RELA ni...

~ kenyang sambil melayan bilik yang berwajah baru..aawww... ~

Monday, August 23, 2010

Awas dengan jualan murah!!!


Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label.


MUKADIMAH:


JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.
Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan 
Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini. 

PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.
Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Jun 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.
Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.
Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.

Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan.
Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.
Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.

“Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Jun 2009.

“Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah,” katanya.
Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.

“Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’.

“Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah,” katanya.
Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun. 

 

korang ade baca kan berita ni?

~ bersederhanalah wahai sahabat2 ku...walau dalam keadaan apa jua, beringatlah...(cewwaaahh, aku ceramah orang tak hingat diri langsung...kah,kah,kah...)
Myspace text generator

Sunday, August 1, 2010

tiada terkata...

salam semua...
tak tahu apa yg aku mahu katakan...
hanya Allah Maha Mengetahui...

ketika aku menontonnya, tergamam...
hanya terlintas ASTAGHFIRULLAH AL'AZIM...
ALLAHU AKBAR!!!




terima kasih farha kerana share dgn akak...


~ balasan Allah bila2 masa saja...sentiasalah kita beringat kpdNYA...~
Myspace text generator

Friday, March 5, 2010

Penipuan Besar 2009 part 2...

salam semua...
sehat ke???
ptg tdi membeli hadiah tuk minggu Maulidur Rasul...
mcm2 aktiviti aku buat...
alhamdulillah, mendapat kerjasama dri semua cikgu2...
kanak2 ribena pun suke menyertai aktiviti ni...
ok, arini aku nk smbung smula kisah Penipuan Besar 2009 part 2...
kisah penipuan ni xdelaa sampai mengguris hati aku,
cuma terkilan dengan sikap si pelaku je...

---------------kisah kedua----------------
ditipu oleh seorang kanak2 yg berusia 12 tahun...
kebetulan syarikat sebuah drama naungan salah 1 stesen tv di Malaysia telah dtg ke sek aku untuk mengadakan pengambaran drama berjudul "ROH NATRAH"...
pelakon utama kanak2 lelaki dtg ke sek aku...
kanak2 ribena aku pun dapat tawaran berlakon sebagai watak tambahan saje...
masa ni bulan puasa...
aku ditugaskan untuk mengawal sesi pengambaran mereka pada waktu petang...
semasa menunggu pengarah sampai ke lokasi, pelakon utama kanak2 lelaki ni dtg melepak di kantin sek aku...
punya laa sombong budak nih...kanak2 ribena aku salam & tegur, dia wat xtau je...
jadinya aku menginterview laa dia...
"asal darimana? "..."bapak sedara orang pulau tiga"...
"ayah mak tinggal dimana? "..."dorang duk KL...saya je menumpang di rumah pakcik sedara..."
"sekolah dimana?"..."di KL laa..."
"umur brapa?"... "12 tahun..."

"aik, bukan ke nak ade peperiksaan UPSR?"..."nanti balik laa KL..."
selepas sebulan selepas kejadian ni, aku selalu laa lalu depan perumahan awam 2 kat kawasan umah aku nih...
masa aku mengambil mak aku dari sek, aku lalu laa depan perumahan nih...
masa aku lalu, aku perasan bapa sedara kepada pelakon utama kanak2 lelaki nih...
aku mengangkat tangan, lambaian aku dibalas...
tiba2 aku ternampak kelibat pelakon kanak2 lelaki nih...
dia xperasankan aku, aku je duk merenung dia...
keesokkannya, aku lalu juga ditempat yg sama...
kali ni, pelakon utama kanak2 lelaki bermain basikal...
basikal dia hampir terjatuh ditepi jalan...aku slow kan kete...risau terlanggar dia plak...
secara spontannya budak ni ternampak aku, trus berlari masuk rumah yg kononnya bapa saudara dia...
aku hari2 lalu situ lagi...akhirnya aku dapat tau yang dia ni cuma budak kampung yg sekolah berhampiran dgn rumah aku je...
dia sek men ditempat mak aku mengajar ngaji je...
pastu yg dia katakan bapa sedara tu sebenarnya bapak dia sendiri...
aku rasa nak je bagi penampo kat bdk tuh...
kecik2 lagi bru jadi pelakon 1 drama dah pandai menipu...
baru 1 drama, kalo dah berpuluh2 drama, xtau laaa aku...
kalo itu anak murid aku, dah lama aku siat2kan kulitnya...
eeeeeiii...geram sungguh...

~ gb aku snap mereka shotting ~

~ pelakon kanak2 utama perempuan ~
aku xingat nama dia ni...ala, yg berlakon cite khalesya di astro

~ xnmpak jelas muka pelakon utama kanak2 lelaki ni ~
beg wane putih...sebelah tuh kanak2 ribena aku

~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
esok nak pakai baju batik sek...baju kami sedondon je...
esok aku snap & upload ek...wah, mengamcam cikgu2 ribena nih...
hadiah dah siap dibalut, besok ade majlis sambutan maulidur Rasul...

Monday, January 11, 2010

berubah kiblat sbnyk 5 kali...

salam kpd anda... ~ewah mcm pemberita lee plak...

crita sedih pagi2 lgi msa aku dtg sek...terkejut kerana mendpt pengkhabaran seorg murid berhampiran sek aku meninggal dunia mlm tdi disbbkan xcident dilanggar myv putih...smlm kwnku xcident myv hitam...laaa ni putih plak...

menurut crita dr cikgu sek aku, nama dia AKMAL...arwah akmal ni hapi orgnya...anak bongsu dlm adik bradik...bru darjah 3...

pada mulanya dia hndak solat di umah seorg jirannya yg berhdapan umahnya...umah jirannya kena menyeberangi jalan besar dikmpg tuh...seperti mlm2 sblm ni dia akan solat disurau, tpi kali ni dia nk solat dirumah makcik (OKU) berhampiran surau tmpt dia slalu solat...maknya dh melarang dia pergi, dh laaa sorg2 je...tpi dia ni pergi jugak...

setibanya dirumah makcik tu, dia amik wudhuk & hendak solat maghrib...semasa solat dia menghala arah kiblat yg salah...makcik tuh tgur laaa yg dia slh kiblat...dia tukar kearah lain, salah lagi...makcik tgur lgi...dia tukar lagi, pun salah jugak...kali ke 5 dia betulkan kiblat, baru makcik kata btul & dia pun solat...

selesai je dia solat, dia pergi ke umah pakcik sedaranya yg berhmpiran umah makcik td tuk membasuh basikalnya yg kotor...dh bsuh sekali, dia xpuas hati...dia kata masih kotor lgi basikalnya...dia basuh smpai laa kali ke 3...masa dia basuh basikal, maknye dtg suh dia balik sbb dh mlm...tpi dia suh maknya balik dlu, nti dia ikut kemudian...maknya rsa xsdp hati, tpi xnk anaknya hilang kemana, dia pesan suh anaknya blik cpt...anaknya berjanji nk blik cpt...

xlama kemudian, stelah maknya balik ke umah, dia pun bersiap2 nk balik...

denntumm.............

maknya dgr bunyi xcident tuh...ramai laaa yg kluar melihat siapa yg xcident...rupa2nya arwah akmal...kepalanya terhentak & mengalami pendarahan yg teruk...bnyk darah2 melimpahi tpi jalan...arwah meninggal ditmpt kejadian...Innalillahi wa Inna Ilahi Roji'un...

kete yg melanggar arwah, kete myv putih, pemandunya trus melarikan diri & melaporkan kejadian itu di pjbt polis bota...dia xbrani nk tggu disitu disbbkan panik & berkemungkinan takut dibelasah org2 kmpg...

cikgu2 di sek arwah masih teringat kata2 arwah...arwah berazam nk blaja rajin2 thn ni, xnk main2 dlm kelas, nk siapkan keje sek...smggu sblm arwah meninggal, cikgu2 terkejut sbb arwah dpt menyiapkan keje sek dr sblm2 nih...terkilan juga cikgu2 nk mendidik arwah...sdh xde rezqi, apa nk buat...didiklah yg masih memerlukan lgi...

Al- Fatihah kpd arwah adik AKMAL & takziah kpd keluarga arwah...

~ burung ini ciptaan Allah S.W.T juga...setiap hidup pasti kembali kpdNYA ~

p/s : arini ajo bdk peribahasa ni "org susah kita ......................" bdk2 ni jwb "org susah kita SENANG..." ~hish, geram dgn jwpn tuh... ha, ape plak jwpn korg???

Sunday, January 10, 2010

tentu ada sebabnya...

salam kepagian...arini n3 pagi2 pasai mlm td aku duk siapkan keje2 sek yg perlu dilakukan oleh semua guru2 di Malaysia...btul kan ostat mizaranun??? haik, kmana plak dia mghilang nih...

dh kena complain ngn kak ili sbb n3 berbaur perkahwinan...isk...isk...xleh tgk org syok sikit... ~ngee...

smlm dpt pengkhabaran jiran a.k.a saudara abah meninggal dunia...smpt menziarahi jenazah arwah pakcik hussin...al kebetulan, g makan2 satey ngn mak abah, pastu ondway blik ade bgtau arwah dh meninggal...tup2 abah ajak trus singgah ke rumah arwah...

trus menziarahi arwah, sedeqahkan bacaan yassin...tup2 xsdar air mata meleleh skit disbbkan memikirkan aku mati nti bgaimana agaknya... ~stiap perkara yg terjadi itu ada hikmahnya...

aku nk kuar cpt2 sbbnye risau selipar hilang...sah!!!...mmg selipar aku kena rembat...rupa2nya anak kpd arwah pak hussin yg pakai...adey, sian dia...yg aku duk tny sape pkai selipar aku...dgn muka yg kemerahan smbil menangis, anaknya smpt ketawa smbil minta maaf sbb pakai selipar aku...kecian dia...menurut crita jiran2, anaknya 2la yg pling rapat dgn arwah ayahnya...smasa membawa ayahnya ke hospital ayahnya smpt memberikan nasihat kpd dia supaya menjaga adik bradik & maknya seandainya ayahnya tiada lgi...

rupa2nya kata2 ayahnya menjdi kenyataan...ayahnya tlh mengetahui yg dia akan pergi jua...arwah dikebumikan arini sblm solat zohor...melihat cuaca alhamdulillah, smoga segala urusan dipermudahkan... ~AL-FATIHAH buat arwah pakcik hussin...

mlm td dpt berita yg kwn baik aku xcident...kete dia terbabas...katanya dia membawa 30km/j msa melalui selekoh tuh...tub2 tetiba rasa mcm kena tarik je trus masuk longkang...dia hnya membawa kakaknya dan anak saudaranya....alhamdulillah, anak saudara & dianya xde ape2 kecuali kakaknya cedera sedikit, kena 2 jahitan didagu...

ksian azdan...wife bru bersalin, dpt ank girl...kedai cc nye bru dibuka...kete dh xde, xleh nk kemana sngt...mlm td smpt dia berYM ngn aku menceritakan ape yg berlaku...apa nk buat, dh takdir kta ditentukanNYA...so, smpt jugak aku menasihati & berkongsi pengalaman dgn dia...

pada 18 April 2008, jam 5.40 ptg, aku juga penah xcident begitu di lebuhraya ipoh- kuala kangsar...selepas melalui terowong menghala ke utara, kete yg aku pandu selaju 40km/j dlm keadaan jln yg msih basah slps ujan...lbih kurang 500m dihadapanku terdpt sbuah van biru yg sudah melintangi jln disbbkan terbabas akibat jalan masih basah...dr kejauhan aku melihat pemandu van tuh sdaya upaya menghidupkan enjinnya...aku plak smpt brek perlahan2 agar tdk bertembung ngn van tuh...maklumlah jln menurun bukit & kwsn selekoh...

stiba je aku kt van tu, tetibe van blh hdup & pemandunya trus membelok smula ke arah jln...aku masih dlm kwalan, secara tiba2 bagaikan ditarik ke tpi jalan trus melanggar divider jalan sblh kiri pemanduan...mak abah aku disblh sana, tersepit...pintu xleh bukak...aku tergamam dlm beberapa saat & terkejut disbbkan cover tayar dpn & belakang terpelanting ke atas bonet dpn kete aku...mak abah pun mcm 2...kami sume mngucap pnjg...Astaghfirullah Al-'azim...

then tiba laaa toing amik & trus bwk ke perhentian sungai perak...sma ngn kwsn bas 2 tingkat yg bru2 ni xcident...masya'Allah, hnya Allah saja yg tau keadaan kami msa dlm kete tuh...alhamdulillah, kami xde cedera, mak luka cikit kt jari sbb terhantuk kt pintu kete...

aku mengetahui apakah sbbnya berlalu xciden itu...aku xkn ulangi kesilapan yg tlh aku lakukan w/pun bg korg ianya amat2 laaa kesalahan kecil...hnya antara aku dgn YANG MAHA ESA...bgitu juga dgn kamo...stiap kejadian yg menimpa kta tentu ada sebabnya...yakinlah bahawa Allah sentiasa menyayangi hamba2NYA...apa yg DIA lakukan kpd kita adalah untuk meningkatkan ketaqwaan & keimanan kpdNYA...jgn putus asa...

~ sapenye keje laa duk letak munge taik ayam, mcm perli aku je...kalo bg bunge ros putih xpe gak...wahahaha ~
~
p/s: pagi2 tersentap dgn komen dr seorg yg tinggi ilmunya...apakah kurangnya gurauan dr seorg wanita sperti aku terhadap org yg tggi ilmunya...Astaghfirullah Al'azim, Allah Maha Mengetahui...

Friday, January 8, 2010

kdg2 kita terdesak...

salam...n3 tuk malam2 jugak...ni je masanye aku nk hapdet blog...siang2 duk tgk tv, xpun tido...hahaha...keletihan diawal2 persekolahan...

bru aku perasan yg aku ni duk cite pasal kawin je...pasai pa pun aku xtau...ni niat dlm hati td pun nk cite pasai kawin...agaknye aku masih dlm zon "perkahwinan"... ~doakan smoga aku bertemu jodoh...aku doakan kamo juge...
terdesak??? adakah aku terdesak nk kawin??? ooowwhh...TIDAK!!!... jgn smpai kerana TERDESAK nk kawin, aku sggup wat ape je... oh, no...no...no...mintak dijauhkan...

ni kes terdesak kerana kawin...ade rakan2 yg menjdikan perkahwinan itu sbgai 1 lonjatan kpd penyelesaian masalah...ramai antara kta masih tdk mengerti mengapa adanya perkahwinan... ~cheh, aku cite mcmlaaa aku dh kawin...

iye...ni berdasarkan pengalaman seorg sahabat lama aku yg kini telah hilang kemana...aku dlm usaha menjejaki beliau dgn mcm2 cara...kerana terdesak laaa dia hilang arah...kerana terdesak, perkahwinan yg dia idam2kan hanya tinggal debu...

dek kerana mahu mngelakkan diri dri terus terseksa dgn mak tirinya, dia sggup menerima lamaran seorg lelaki yg sngt2 gemok...uppss...kwn aku tuh cantek orgnye...mampu dpt yg lebih baik dri itu...ape mau buat, sdh jodoh dia...lelaki itu menjanjikan berbgai2 kemewahan & kebahagiaan buatnya...sdgkan dia tau bahawa mak tirinya mendpt keuntungan dr perkahwinan dia...bgi dia, xpe...asalkan selamat dri trus hdup bagaikan dlm neraka dgn mak tirinya...

keluar dri mulut buaya, masuk mulut harimau...

diawal2 perkahwinan, dilayan bgaikan permaisuri...bln sterusnya dia sdh mula rsa dipergunakan...aku dpt berita dia pregnant, akhirnye keguguran disbbkan tekanan perasaan yg melampau...terpaksa menjalani pembedahan rahim kerana ada masalah...aku dpt tau, shingga kni dia masih xbole pregnant, xtau samada masih bersma2 suami ataupun sdh..... bekerja disalah sbuah kilang di KL...ntah dimana aku nk cri...

kali terakhir kami jumpa semasa dia dtg ke umah pd tahun 2006...adiknya pula merantau ke kedah...mereka hnya ade 2 bradik shaja...rumah arwah ayahnya tdk pernah skali dorg menjenguknya...yg tggal hnya mak tiri & adik bradik tiri shaja...

wahai teman, kemanakah dikau menghilang...aku sngt merindui saat manis bersama mu...ketika kita sama2 mengayuh basikal menuju ke sekolah, ketika dikau sering mengalahkan aku dlm pelajaran, ketika aku jatuh ke dlm parit, dikau menolong aku mengangkat basikal & aku kebasahan...aku merindui senyumanmu...aku merindui saat2 ketawa bersama mu...wahai teman, pulanglah ke kmpg halamanmu...

~aku penah jatuh dlm parit dpn sek aku ngn2 basikal serta beg sekolah jatuh dlm parit jugak...hbis sume buku2 sek aku & aku skali kebasahan...malunye...

~ ape pandang2??? ade masalah ke??? ~

Sunday, December 13, 2009

hanya yang TAU saja...

salam..slmt pgi...semua org cuti arinikan...adeke yg masih keje dihari ahad yg penuh bahagia ni...kpd yg bekerja ni bgus laaa...tpi jgn laa keje terlalu kuat sngt...nti bdn kta cpt tua...

smlm dylla tlong kak ifah watkan blog...dia dh ade blog, tpi nk ajar cane nk masukkan gadget yg bermcm2 laa...dia nk tukar background la., mcm2 laa...naseb dia jumpa dylla yg jnis sabar mngjar, kalo dpt yg jnis xsabar dh lama dia tlong buatkan trus... ~ngee...

tahniah kpd kak iffah, blog akak dh lawo tuh...stiap yg kta wat mesti ade slh & silap...bgitulah dlm khidupan kta...semua ni menjdikan kta lbih matang...pesan dylla, kalo nk selamatkan gadget yg kta ade ni sila copy n paste dlm micsft word...supaya kta leh cri smula gadget...pastu namakan sbgai nama blog kta...cnth : GADGET BLOG AKAL & HATI...setiap item tu plak letakkan nama...cnth : BLOG KWN2/ CHAT BOX/ JAM...lain2 laa...dylla kena wat mcmni sbb dylla wat bnyk blog...stiap blog item berlainan...so, kalo xsimpan & xnamakan stiap item ni habis laaa...ssh nk cri smula, silap ari bln kena buat balik...kena rajin lbih skit laaa tuk copy & paste...ok???...bgus anak2 muridku... :p

ari jumaat aritu ade pasar tani di kg dylla ni...tpi dylla dh lama xg...kalo g pun hnya beli nasi dagang/nasi ayam...2je laa...xde sape nk mkn pun, hnya dylla je...mak tumpang ckit2 je...dylla tgk ade laaa org jual sate secucuk RM0.25...nk tny jugak kt dorg ni ape yg untung jual semurah itu...dylla penah beli sekali je...sedap...kuahnya pun sedap... ~hanya yg TAU saja...

masa mula2 pakcik yg jual sate ni meniaga, punya laaa ramai org menunggu nk beli...kul 8 mlm je dh clear dianya sate...sape cpt dia dpt laaa...heboh jugak laaa 1 kmpg mengatakan sate dia ni sdp & murah...

abah dylla suka jln2 kt pasar tani 2...tpi dia xbeli pun...dia suke2 laaa nk hoye2 kt situ...(kaktedi pinjam word HOYE2)...abah tggu laa kt tmpt pakcik jual sate tuh...stiap kali kalo ade sape2 lalu je dpn dia sure dia ckp "MARI2...SATE MURAH2...HANYA YANG TAU SAJA..."
<<--------(gmbr hiasan je nih)

abah ni tetibe je dia tny pakcik nih..."MURAHNYA, ADE UNTUNG KE NIH??? TEMAN BELI MAHAL KT TMPT LAIN...IDAK KE NK NIAGA HARI2 DISINI???..."
pakcik ni tetibe je dia bukak rahsia nape dia leh jual murah2 sate nih..."SY BELI DGN CINA, BELI BORONG...DH SIAP CUCUK...SY BAKO JE...TU YG DPT JUAL MURAH2 NI...SKALI SY BELI 5 RIBU CUCUK...SENANG KOJE SY..."
abah terkejut...trus abah kata..."XPELA...TEMAN NK KESANA PULAK"...

tahukah kta bagaimana cara CINA membuat sate ni??? adakah ayam yg dia gunakan itu disembelih dgn cara yg HALAL??? atau ayam yg dh mati tu dijadikan sate???
bgaimana tergamaknya ORG MELAYU kta nk cpt kaya dgn sggup memberikan ORG MELAYU yg lain dgn makanan yg HARAM...masya'Allah...

sjak dr itu abah berpesan jgn sesekali beli sate yg murah2 itu...patut laaa dia jual murah, rupa2nya ade udang disebalik batu...kerana mahukan yg senang & cpt kaya, dgn smudah itu jalan yg dia gunakan...

patutlaaa sesiapa yg lalu dpn dia, dia duk ulang ckp "HANYA YANG TAU SAJA..."
pastu bila abah lalu je dpn pakcik tu abah balas pakcik 2 ckp "HA, HANYA KAMI YANG TAU SAJA" ...hahaha...abah wat lawak je...

"YA, ALLAH hindarkan kami dr perbuatan keji, rezqikan kami dgn rezqi yg halal, YA ALLAH bantulah kami dalam segala urusan kami...Sesungguhnya YA ALLAH, kami hamba MU yg lemah lgi dhaif..."

p/s : pasni jgn laa pulok xnk mkn sate...crilah sate yg benar2 org ISLAM yg buat...kta sebgai pengguna, kta ada HAK...kta yg menentukan HAK kta...


Thursday, October 15, 2009

Dosa oh dosa...

salam sejahtera buat anda semua. hari ni seawal pagi ustzah menghapdet blog...haha...diatas permintaan ramai yg suh ustzah update secara tetap...wat masa ni insya'Allah, ustzah usahakan sedaya mungkin...smlm mcm2 ragam berlaku disekolah slps mengetahui sikap seseorg dlm tarikh kelahiran yg diramalkan oleh seorg DR...ntah xingat laa nma DR tu...

secara xlangsung, slps sesi mengenalpasti sikap ape yg ade dlm tarikh 2, ustzah trus masuk ke kelas jumpa bdk2...diawal kelas ustzah dh mula menunjukkan sikap "MEREKA BENGIS BILA HILANG SABAR ATAU DALAM KEADAAN MARAH"... ~hahaha... scara auto nye tetiba je ustzah berubah watak sbb teringat semula dgn artikel mengenai sikap kelahiran anak pada 17 haribln...ustzah lahir pada tarikh 2...

mulanye ustzah marah kt bdk2 sbb xhantar lgik buku ejaan jawi yg ustzah mintak hari sblm 2...jadinye ustzah naik hangin laa...tetiba je ustzah berubah pikiran nk buat cane laaa dgn bdk2 nih... ting... ustzah mengenakan syarat kpd bdk2... sesiapa yg xhntar buku kerja lewat sejam dr tarikh yg ustzah mintak dikenakan hukuman 10 dosa/ 1jam... ~hahaha... nk tau cane reaksi mereka??? berubah spenuhnya menjdi ketakutan...malah mengelabah & xsenang duduk laaa... ade yg kelam kabut bru nk cri buku, ade yg nk menangis... ~kejam sungguh ustzah nih... arini ustzah nk tgk dorng hntr x buku kerja nih... sikap ustzh ni jugak termasuk dlm "MEREKA MEMPUNYAI SAIKODRAMA YG BIJAK DLM KEHIDUPAN MEREKA"...

bkn tjuan nk menakutkan murid, tpi ade sbb mengapa ustzah melakukannye...dh marah, tpi xberkesan...dh nasihat, tpi xpakai...dh tegur, tp xpeduli...malah sikap endah xendah ni akan berlarutan smpai laaa dorg dewasa kalo cikgu2 ni xusaha dr skrg nk mngubahnya...andai anda jdi cikgu, apa yg anda akan lakukan??? snggup biarkan bangsa sendri dlm keadaan sbegitu???

Tuesday, August 11, 2009

Penah dengar cite tak???

pernah dengar cerita mengenai seorang muslimah yang memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna hampir dirogol ketika pulang dari tempat kerja??...rata-rata pernah tapi tak apa...sekadar mengingatkan...aku pun baru tau... ~hehehe

satu hari dia selesai kerja lewat malam...jadi dia membuat keputusan untuk menggunakan short cut di sebuah isolated lane yang persekitarannya kurang menyenangkan...tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki yang bersandar pada dinding di lorong itu merenung ke arah dia...

dia tak rasa bangga atau rasa macam lelaki itu nak tackle dia...dia rasa sangat takut lalu sepanjang perjalanan dia menyebut nama Allah, memohon perlindungan dan membaca ayat kursi...lepas je dia lalu dpn lelaki tu, dia sempat toleh dan lelaki itu buat tak endah saja...

alhamdulillah, dia pulang dengan selamat...pagi esok, dia terbaca satu berita tentang seorang wanita dirogol di lorong yang sama 10 minit selepas dia berlalu pergi...dia sangat yakin lelaki yang merenung ke arah dia adalah perogolnya...

dia terus ke balai polis, membuat laporan sekaligus menjadi saksi kes tersebut...dia sangat teruja dan ingin tahu mengapa bukan dia yang menjadi mangsa???...bukan dia nak minta tapi cuma pelik...lelaki itu menjawab, "tak, malam itu kau tidak berseorangan. aku nampak dua orang pemuda berdiri di kiri dan kanan kau sepanjang perjalanan kau di situ...kalau memang betul kau berseorangan semalam, sudah aku rogol"...


dia sangat terkejut mendengar jawapan tersebut...lalu memanjatkan syukur kepada Allah kerana telah melindungi dia dan mungkin juga ayat kursi yang dibaca...

moral of the story, jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dgn kita dan memelihara kita...muslimah itu sangat menjaga auratnya dan memang muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam...mungkin dua orang lelaki yg menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya...ayat kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab, selalulah amalkannya...

konklusi entri pada hari ini...jangan sewenang-wenangnya menilai orang...jangan sesuka hati membuka aib orang sama ada bertujuan untuk memalukan atau pun atas alasan nak bagi pengajaran...kalau tak reti, diam dan minta bantuan yang lebih arif atau alim...


oh ya, alim itu bukan buat ustaz atau ustazah saja...jangan salahgunakan perkataan itu...alim ialah perkataan bahasa arab yang bermaksud berilmu...korg tak nak jadi alim???...aku nak... ~ngeee...



Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...


~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~