"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...

Monday, August 23, 2010

Awas dengan jualan murah!!!


Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label.


MUKADIMAH:


JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.
Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan 
Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini. 

PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.
Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Jun 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.
Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.
Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.

Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan.
Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.
Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.

“Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Jun 2009.

“Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah,” katanya.
Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.

“Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’.

“Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah,” katanya.
Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun. 

 

korang ade baca kan berita ni?

~ bersederhanalah wahai sahabat2 ku...walau dalam keadaan apa jua, beringatlah...(cewwaaahh, aku ceramah orang tak hingat diri langsung...kah,kah,kah...)
Myspace text generator

10 comments:

blueCITY® said...

salam,
apa kabo sihat ke?

akak sederhana sahaja
tak soping sakan pun
beli tudung kat ariani jer
tempah jubah mak dan sendiri
beli baju kurung pun biasa2 jer
huhu...

sahromnasrudin said...

salam..jom kiter serbu sogo..sogo ada jualan murah kan? heheheheh

ana said...

kak ana byk kali dgr pasal isu ni...kita sbg pembeli kena la hati2. jgn excited sgt dgn sale ni!

K I R I M A R U~ said...

betulllllllll.... stuju2 sgt... nseb isteri saye cekap .. kalo ikotkan saye mmg hancuss lebo duit ... hauahuahua

Nur said...

salam..
baru semalam pegi SOGO
cari mangkuk kuih dan lauk untuk mak tersayang.. ada less 30% - 70%

oklah harga tuh.. tapi pasal bab tipu pelanggan ni dah lama aku tahu

diorang takan jual mega sale kalau tak ada untung.. bijak menipu.. =(

Amieynna Amin said...

uik..
yeke kak..
sbelum ni mmg xpnah tgk bar code tu

main sambar je bila tgk murah..
kene aware pasni..

thanks for the info..

Nia said...

wahh..melampau sekali strategi diaorg ni kan. nak untung punya pasal..

alfa juliet said...

aku emmang dah tau sogo menipu..kadang2 harga bukan sale lagi murah dari rege sale..sejak tu memang sesekali je gi sogo

Yasminhamid said...

kadang-kadang pi jugak ke SOGO....tapi memang kena berhati-hati dgn SALE ni...

white rose said...

kak biru ~ salam...ahai...sederhana ek...hikhik...jadila kak...jangan org kata kita ni kono sangat dah la...

pokcik sahrom ~ salam...pokcik gi la sorang2 ye...hahaha

kak ana ~ btul tu kak...saya ni slalu jugak terkena...

cikgu ~ ha? ang dah kawin ka? hish dia ni...tak habaq mai pun...patut la senyap...

kak nur ~ salam...akak pandai memilihnya...agaknye SOGO dah cover apa yg telah dilaporkan oleh pengguna...

amieyna ~ hahaha...akak ko ni pun sama je mcm ko...tengok je ade less, dah hingat orang sekeliling dah...

kak nia ~ biasa la tu...bkn di SOGO je, kat mana2 pun ade...

kak aza ~ sy jarang skali g sogo...kalo ade kakak sy bawak, bru pegi...

kak min ~ kak min rajin kesana ek...lagipun barang2 dia the latest...

Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...

~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~

Recent Visitors