SELAMAT BERPUASA...
korang penah dengar tak cerita ketika zaman Rasulullah, ade seorang lelaki berebut2 nak melaungkan azan...dia meminta izin dari Rasullullah tuk melaungkan azan, tetapi Rasulullah mengatakan sudah dilantik seorang Bilal tuk melakukannya...
pada masa itu Bilal Bin Rabah laa yang dilantik oleh Rasulullah sendiri...
Bilal ni orangnya hitam & suaranya biasa sahaja...tapi Rasullullah amat menyenangi Bilal walaupun Bilal tidak mempunyai rupa paras yang cantik...
tu laa sampai sekarang ni "orang tukang azan" dipanggil Bilal...
pada satu hari ada seorang lelaki ini membaca Al - Quran didalam surau...suaranya sangat merdu...selepas dia selesai membaca Al- Quran, dia didatangi seorang lelaki yang mengatakan suaranya sangat merdu...lelaki itu mencadangkan supaya dia menjadi bilal...
hatinya menjadi seronok apabila mendengar pujian yang diberikan...maka dia teringin nak menjadi bilal...
maka dia pun pergilah meminta izin Rasulullah untuk menjadi bilal...tetapi Rasulullah mengatakan bahawa telah tersedia seorang bilal untuk melaungkan azan tiap kali masuk waktu solat...
lelaki itu sangat2 beria...tapi apabila Rasullullah mengatakan sedemikian, dia merasa hampa...
pada satu subuh, bilal yg dilantik keuzuran, maka lelaki itu meminta izin Rasulullah tuk menggantikan tempat bilal melaungkan azan...melihat keinginan lelaki itu, maka Rasulullah pun membenarkan beliau melaungkan azan...
suaranya sangat merdu sehingga Rasulullah merasa terkejut kerana pertama kali pada waktu subuh begitu ramai yang datang solat berjemaah sehingga penuh saf...
kemudian Rasulullah didatangi beberapa orang jemaah yang mengatakan suara azan yang dilaungkan sangat merdu, kerana itu membuatkan mereka tertarik untuk datang solat berjemaah...mereka memuji2 lelaki itu...
setelah itu Rasulullah didatangi malaikat bertanyakan kenapa subuh tadi tiada kedengaran laungan azan seperti biasa? Rasulullah terkejut...mengapa boleh jadi sebegitu sedangkan suara lelaki itu sangat merdu sehingga ramai yang datang solat berjemaah sedangkan di langit tinggi tidak kedengaran...
Rasulullah mengetahui bahawa setiap perkara yang dilakukan mestilah ada keikhlasan walaupun keadaan yang sempurna atau sebaliknya...kemudian Rasulullah berjumpa dengan lelaki itu dan menasihatinya...
~ kesempurnaan yang ada dalam diri kita perlulah disempurnakan dengan keikhlasan kerana keikhlasan itulah yang menyempurnakan lagi kesempurnaan seseorang itu... ~
sesungguhnya Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...
wassalam...
~ fikri melaungkan azan ketika pertandingan azan yg diadakan baru2 ni ~
aku pun sendiri masih mencari sebuah keikhlasan yg sebenar...muhasabah diri
~ bagi tazkirah sikit dalam bulan ramadhan ni...ngeeeeee ~
6 comments:
ikhlas.....sesuatu yg abstrak bagi akak....susah nak bayangkan sama ada orag tu ikhlas atau tak... kadang2 tu.. akak pun tak sure sama ada akak ikhlas atau tak bila di paksa utk melakukan sesuatu...
btul tu kak...kta tak nampak keikhlasan org apatah lagi diri kita ni plak...
Salam ustazah...
Beribadah perlu kepada keikhlasan dan kejujuran dan untuk menjadikan amalan itu agar kekal abadi sempurna lahir dan batin perlulah kita lakukan segala amalan dengan tulus dan ikhlas semata-mata kerana Allah Taala khususnya kita sedang berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.
keihklasan susah nak dilihat..
ibarat semut hitam bjalan diatas batu yg hitam..
xleh guna mata kasar untuk lihat..
kene lihat dengan mata hati..
eecececehhhh..mcm bertazkirah gak kite ni..
oh,..ya. akak pernah dengar cerita ni. keikhlasan tu adalah segalanya..lebih penting dari paras rupa.
keikhlasan memang penting, klu x ikhlas...lama2 kesempurnaan tu akan hilang dek kurangnya keikhlasan pelakunya...thanks nice info!
Post a Comment