"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...
Showing posts with label awas. Show all posts
Showing posts with label awas. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

nak kawin tapi mahu mengetest lagi...

Salam semua...
kisah dari seorang teman yang bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi...

"DAH LAMA TAK NGORAT AWAK..."

hurk...

"RASA RINDU PULAK KAT AWAK..."

ciss...bedebah!!!

"JOM, KITA G DATING..."

ayat boleh blaahhh...
ni semua ayat2 novel...dalam jejari aku je...
hahahaha...

"WAH, HEBAT LAA...BOLEH MASUK JEJARI JE..."
"HAHAHAHA...MACAM TAU- TAU JE AYAT- AYAT LELAKI YE..."

well, aku hari- hari pergi sekolah...
hahahaha...

psssttt...Lelaki ni memang suke menguji diri dia yang dia masih laku lagi walaupun nak kawin dah???
yeke??? bole percaya???
ha, pokcik sahrom, tukang karut, cikgu humairi, pokcik abd.razak...
anda sebagai seorang lelaki kena jawab soalan ni...

~ budak girang yang hilangkan kunci kete & sikat rambut aku ~
arrrgghhhhh...mahu saje aku gigit telinganya...

~ aku mahu bebas...terbang tinggi2 sampai taknak turun ~

Monday, August 23, 2010

Awas dengan jualan murah!!!


Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label.


MUKADIMAH:


JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.
Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan 
Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini. 

PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.
Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Jun 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.
Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.
Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.

Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan.
Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.
Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.

“Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Jun 2009.

“Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah,” katanya.
Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.

“Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’.

“Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah,” katanya.
Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun. 

 

korang ade baca kan berita ni?

~ bersederhanalah wahai sahabat2 ku...walau dalam keadaan apa jua, beringatlah...(cewwaaahh, aku ceramah orang tak hingat diri langsung...kah,kah,kah...)
Myspace text generator

Sunday, February 21, 2010

adake patut...

salam semua...
arini seperti biasa jadual aku ttp sama...
jam 6 je dh g main bola tampar...
kul 7 balik umah...
arini luar biasanya kerana seluar yg dh hampir 3 tahun aku xpakai,
dh bole pakai semula...
yaaahhhoooo...alhamdulillah...nk usaha lagi nih...
korang bagi semangat kat aku ye...
chaiyok, chaiyok white rose...!!!
ni cerita mengenai FB...korang sure ada FB kan...
sape takde? sila angkat tangan !!!
aku bkn xcited sngt dgn FB...
kebanyakn yg xcited dgn FB kerana ada games...
shingga kini, aku xpernah main games dlm FB...
langsung aku xberminat...
aku suke games yg real mcm bola tampar ke, badminton ke...
games yg mengeluarkan peluh & menguatkan tenaga...
ha, korang !!! jangan pikir bukan2 ye...otak pink sungguh...hurk !!!
berbalik crita pasal FB ni, aku tidak suke dgn org yg add aku tanpa pengenalan identiti malah xde sebarang gambar yg menunjukkan siapa pemilik FB...
pantang bagi aku, siapa yg add aku ni...xkira laa kenal ke x, aku ttp ignore...
sekurang2nya letak identiti sebenar laa...
ha, lagi 1...dah laa add org, pastu adeke nk tegur2 kita, nk sapa ke...
ni sekadar nak penuhkan kawan2 dlm FB je...baik xpayah add...
ada seorg hamba Allah ni, mmg bagus laa dia menyampaikan ilmu dlm FB,
tapi skurang2nya dia tegurlaa sapa2 yg dia add...pastu dah laa xde gambar dia...
aku tggu jugak la dia tegur aku, kalo dah sebulan mcm ni,
aku nak delete terus...ok tak???
korang jangan main2 dgn aku, aku ni KEJAM...
hahaha... :p


~ korang nampak x anak panah warna merah tuh...gambar ni aku amik dari 1 blog yg ada dlm bloglist aku...kejadian ni berlaku di parking midvalley...betul ke??? ~
ALLAH MAHA MENGETAHUI


~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
bukulali kaki sebelah kiri rasa sakit...pernah terseliuh masa aku g BTN 2007...smpai skrg bila aku aktif bergerak, sakit tuh muncul semula...adoi...
abang2 & kakak2 sila picit kaki saya laaa...hahaha...:P

Sunday, January 17, 2010

jadi DEWASA...


Ketika sedang belajar dalam sebuah kelas darjah satu, Amira cuba bertanyakan soalan pada gurunya,

Amira : "Cikgu, bolehkah ibu saya mengandung?"

Cikgu : "Berapa umur ibu Amira?"

Amira : "40 tahun, cikgu.."

Cikgu : "Ya, dia masih boleh mengandung, Amira"

Amira : "Bolehkah kakak perempuan saya mengandung?"

Cikgu : "Berapa umur kakak Amira?"

Amira : "19 tahun, cikgu.."

Cikgu : "Ya, sudah tentu. Kakak Amira juga boleh mengandung"

Amira : "Mmm... bolehkah saya mengandung, cikgu?"

Cikgu : "Berapa umur awak,Amira?"

Amira : "7 tahun, cikgu"

Cikgu : "Oh, Kamu belum cukup umur. Kamu masih belum boleh mengandung lagi"

Tiba-tiba, Saifulizam yang duduk dibelakang Amira, mencelah sambil berbisik sesuatu pada Amira, "betulkan, apa saya cakap.. jadi tak ada apa yang perlu kita khuatirkan!"

~wHiTe rOse~
''''''''''''''''''''''''''''
~pemikiran bdk yg sdh menjadi "DEWASA" dgn sekelip mata...apakah peranan ibubapa terhadap dialog anak2 yg diluar kebatasan???~
~menyedari perbuatan seorg lelaki, seorg perempuan bdk thn 1, kerana brani mengusap tgn antara 1 sama lain ketika guru mengajar...kena ceramah & bakal menerima hukuman sekiranya berulang lgi...AWAS!!!~
Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...


~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~