"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...
Showing posts with label usahaku. Show all posts
Showing posts with label usahaku. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

keBUSYan + keLETIHan + keTIDURan = keGEMBIRAan

Assalamualaikum semua...
maaf, aku tak berapa ade kesempatan nak mengadap blog...

ni pun dah tido lebih awal, mak gerak sebab tak solat isya' lagi...

look, kan dah jelas keLETIHan tu...
ape2 pun, masih mampu tersenyum...

TERIMA KASIH TUHAN, dengan NIKMAT MU INI AKU BERSYUKUR & TERUS BERSYUKUR...
inilah BONUS KESABARAN hambaMU yang lemah ini...

TERIMA KASIH YA TUHAN...

~ kan dah tau nama aku yang sopan & baik hati tuh... ~
miahahaha...

bole ngedet dengan cikgu Imanshah & Amy...


~ insya'Allah, keputusan Contest WR akan disiakan esok, terima kasih kerana menunggu ~

Sunday, January 30, 2011

AYAT- AYAT CINTA KEPADA KETUA- KETUA ANON...

Assalamualaikum...

Dalam DIAM ada 7,000 KEBAIKAN & TERSIMPUL 7 KALIMAT dalam setiap KALIMAT SERIBU...

1. DIAM itu IBADAH TANPA SUSAH PAYAH...
2. PERHIASAN TANPA BERKIAS...
3. KEHEBATAN...
4. BENTENG TANPA PAGAR...
5. KEKAYAAN TANPA MEMINTA MAAF KEPADA ORANG LAIN...
6. ISTIREHAT BAGI KE -2 MALAIKAT PENCATAT AMAL...
7. MENUTUP SEGALA AIB- juga disebut DIAM ITU KEINDAHAN BAGI ORANG ALIM...

betul cakap adik SYAFIQ...
"BUAT BAIK MENGATA, BUAT JAHAT PUN MENGATA"...

sudahnya SUKA HATI AKU LAAA NAK BUAT APA...

aku UCAP TERIMA KASIH PUN SALAH...
aku UCAP ALHAMDULILLAH PUN KATA AKU BERPURA- PURA...
aku REDHA PUN KATA AKU NI BERDENDAM...
aku BERSYUKUR PUN KATA AKU NI MENGUNGKIT KISAH- KISAH LAMA...
konon- konon laa AKU NI TERANIAYA laaa kan...

jadinya, korang nak tengok AKU NAK JADI JAHAT SEKARANG NI kan...
NAK TENGOK AKU JADI PENDENDAM kan...
disebabkan korang kata AKU NI BERPURA- PURA TERANIAYA kan...
ok...FINE...

ni AYAT CINTA YANG AKU NAK BAGI KAT ANON- ANON, KETUA- KETUA ANON & KETUA- KETUA PENYEBAR LINK BLOG AKU NI...

"MULAI HARI INI, AKU HARAMKAN KORANG MENJEJAKI BLOG AKU, AKU HARAMKAN SETIAP PATAH PERKATAAN YANG KORANG BACA, AKU TIDAK HALALKAN SETIAP FITNAH & KUTUKAN KORANG KAT AKU SELAMA INI SAMPAI BILA- BILA...JANGAN SESEKALI KORANG MENJEJAKI ATAU SESUKA- SUKA NAK DATANG KE SINI SAMADA MENYAMAR KONON- KONON NAK JADI KAWAN BLOGGER AKU ATAU NAK JADI ANON YANG BERSEMBUNYI TAPI BERKATA- KATA TANPA MENUNJUKKAN MUKA KORANG SENDIRI (IBARAT MAKAN DAGING MANUSIA TANPA BERKEPALA)...DAN JANGAN SESEKALI MENYIBUK HAL- HAL PERIBADI AKU DAN SILA BERAMBUS DARI SINI SEKARANG..."

baru puas HATI KORANG kan!!!
nak tengok sangat USTAZAH JADI PENDENDAM & USTAZAH JADI JAHAT kan...
ni aku BAGI KORANG KENANG SAMPAI SAAT ALLAH MEMBALAS SEGALA- GALA YANG KORANG LAKUKAN KAT AKU...

1 BIJI BATU YANG KORANG LONTAR KAT AKU, 
10 BIJI BATU YANG AKAN KEMBALI KEPADA KORANG...

"YA ALLAH YA TUHANKU, JIKA INI UJIAN YANG KAU BERIKAN KEPADA HAMBAMU INI, AKU TERIMA DENGAN REDHA, KAU KEMBALIKANLAH SETIAP PERKATAAN DAN UMPATAN SERTA CACIAN YANG DILEMPARKAN KEPADA HAMBAMU INI TERHADAP ORANG- ORANG YANG TELAH MELAKUKANNYA, BERIKANLAH MEREKA PERINGATAN DAN PENGAJARAN YANG SETIMPALNYA SUPAYA MEREKA SEDAR TENTANG KEKUASAAN MU YA ALLAH...YA ALLAH YA TUHANKU, PADA MU LAH AKU MEMOHON KEAMPUNAN DAN PADA MU LAH AKU MEMOHON PERLINDUNGAN..."

amin YA RABBAL 'ALAMIN...


kepada KAWAN- KAWAN blogger aku, TERIMA KASIH KERANA MASIH BERADA DISINI...
jika kau mahu berkawan dengan aku selepas apa yang terjadi TERPULANGLAH...
jika tidak mahu berkawan dengan aku pun TERPULANGLAH...
TIADA PAKSAAN & TIADA UGUTAN...
aku TIDAK MAHU MELIBATKAN KAMU DALAM HAL INI...
aku TIDAK MAHU KAMU BERSUBAHAT SEPERTI MEREKA...
aku TIDAK MAHU SIMPATI DARI KAMU...

sekian, TERIMA KASIH...

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
~ mulai HARI INI, CERITA ANON & KETUA- KETUA ANON, aku tak mau sentuh...biar MEREKA menerima balasan ALLAH...~

Thursday, January 20, 2011

dan SEBENARNYA bukan by YUNA...

Assalamualaikum semua...
ok, terima kasih masih ada disini...

3 hari dah cukup aku berbicara tentang itu dan ini...
sepatutnya aku bicarakan tentang hidup aku je kan...

cukup2 lah...aku tak mahu meneruskan sebarang masalah...
jika ada sampai melibatkan & mencemarkan blog korang,
AKU MINTAK MAAF TERLEBIH DAHULU...
tiada niat aku nak CEMARkan blog korang...

cukup2lah BLOG aku je yang TERCEMAR...
kan aku suka mende2 yang remeh nih...

biarpun KAU tak mengenali AKU yang sebenarnya...
aku TERIMA KEADAAN ITU...aku tak mintak pun KAU mengenali aku...
biarlah hanya dalam BLOG ini sahaja mengenali aku...

kawan- kawan aku kata yang aku ni KAWAN YANG SENGAL...
kau tau sebab ape?

sebab aku suka cetuskan kontroversi...
yaa, mmg betul...KORANG jangan terperanjat yee...

kenapa?
ada sebabnya...

aku sangat mudah mengenali & menerima seseorang...
tak kiralah sebagai sahabat, rakan baik atau apa2 je kecuali YANG ISTIMEWA...
nak YANG TERISTIMEWA kena panggil kumpulan INDIGO laaa...
miahahahaa...

tapi dalam semudah- mudah itu ada UJIAN TAPISAN yang aku lakukan...
ujian itu secara SENYAP- SENYAP je...

caranya mudah sangat nak buat UJIAN TAPISAN itu...
kau buat 1 masalah besar antara kawan2 baru kau atau kawan2 lama...

tak kira laaa apa dia, janji jangan melibatkan fizikal & mental...
just emosi sahaja...

then kau lihat bagaimana keadaan itu berlaku seterusnya...
jika tiada sebarang masalah, kau buat yang lain lagi...

buat sampai orang tu BETUL- BETUL meluat dengan diri kau...
then baru kau TAHU siapakah INSAN SEBENAR yang berkawan dengan kau...
dan kau akan TAHU apa tujuan dia berkawan baik dengan kau...

tapi AKU NAK INGATKAN...

kau perlu SEDIAKAN DIRI KAU DARI SEGI MENTAL, EMOSI & FIZIKAL...
jika semua ini tidak lengkap, sebaliknya diri KAU yang MERANA...

nampak macam senangkan...
hakikatnya AMAT PERIT sebenarnya...

dah ramai sangat aku lakukan seperti ini, hanya SEGELINTIR sahaja yang masih rapat dengan aku sehingga sekarang...

kenapa?
KEPERCAYAAN, KEIKHLASAN, KASIH SAYANG, TOLONG MENOLONG, SUSAH SAMA SUSAH, SENANG SAMA SENANG, SALING BERDOA SESAMA SAHABAT DAN BERKAWAN KERANA ALLAH TAALA...

"KAWAN YANG BAIK AKAN MEMBAWA KAU KEARAH KEBAIKAN BUKAN KEARAH KEMUNGKARAN..."


"BARANG SIAPA YANG MEMUTUSKAN TALI PERSAHABATAN, HILANGLAH PUNCA REZEKINYA..."


SABDA RASULULLAH S.A.W
"SEORANG ITU AKAN MENGIKUTI PENDIRIAN SAHABAT KARIBNYA, KERANA ITU HENDAKNYA SESEORANG ITU MEMPERHATIKAN SIAPAKAH YANG HARUS DIJADIKAN KAWAN..."

jika kau berkawan kerana...
KEPENTINGAN DIRI, BALASAN DENDAM, MAHU MENUMPANG KEKAYAANNYA, DEMI MENAIKKAN KERJAYA ATAU KESENANGAN KAU...


Telah bersabdanya Rasulullah SAW sebagaimana yg diriwayatkn oleh Al-Tirmizi yang bermaksud,
"Seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah seseorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman..."

Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya "Perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk..."




~ AKU MAHU BERSAHABAT BAIK DENGAN KAMU ~
aku hulurkan TANGAN KANAN, jika kau SAMBUT TANGAN KIRI aku ucapkan terima kasih.
AKU TAK MAHU KAMU MENGIKUT AKU KE ARAH KEBURUKAN, TAPI JIKA AKU MELAKUKAN KEBURUKAN, TEGURLAH AKU AGAR AKU SENTIASA BERADA DALAM PERINGATAN ALLAH.

Monday, November 22, 2010

ade jugak rezki walaupun duduk dan tekan2 saje...

Salam semua...
selamat petang...
alhamdulillah, mak aku banyak makan arini...sepinggan licin...
aku masak rendang kerang cendawan shisor dan ikan rebus goreng...

wah, berselera betul mak aku makan...
aku siap tepuk tangan...
hahahaha...

ui, anak solehah ke macam tu...
kah,kah,kah...

ok, aku takdapat jalankan aktiviti merayap & menambahkan duit poket dalam cuti2 sekolah ni...
hanya duduk umah menjaga mak, masak2 tuk dia & semua yg ade dalam umah nih...
kalo aku xde, dorang makan kanji je laaa...

kesiaaannn...

tapi dalam minggu ni rezki aku murah sangat2...ALHAMDULILLAH...
aku dapat cheq dari ETIKA bernilai RM4++.......
banyak tu...sape nak bagi sesuke je kat aku...

semalam dapat job, key-in kan permohonan sekolah asrama penuh...
ni akak aku bagi job...ade 30 permohonan...aku just key-in dan send...
dia bagi upah lumayan wooo...

so, ade jugak job & rezki walaupun duk umah menjaga mak...
ALHAMDULILLAH...

berkat orang yang sabar...

~ teruskan berusaha walaupun apa yang terjadi ~
LOKASI : LALUAN TITI DI ZOO MELAKA


"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR"
maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...

~ rasa seronok tengok orang makan masakan kita dengan penuh ikhlas...hati kita jadi riang gumbira ~

Friday, November 19, 2010

kenapa banyak sangat blog???

Salam semua...
arini last day bagi semua cikgu2 dan anak2 murid bersekolah...
termasuk laaaa aku...

YAAAAHOOOOOOOO...!!!

dah lama aku tak udpate blog...
malam tadi sempat laaa menyinggah ke blog korang...
tu pun dah banyak entry yang aku dah tertinggal nak baca...

sebenarnya dah lama aku dah cerita pasal blog...
aku manage banyak sangat blog...
agaknya KAMU masih baru...

aku adalah penyelaras blog & FB sekolah aku...
wooww...sekolah aku pun ade FB...

jadinye apa yang korang tengok dalam profil blog aku,
kan ke banyak sangat blog...

semua2 tu aku yang manage & udpatekan...
al maklum laaaaaaaa aku kan TAMAK...
hakhakhak...

so, no persoalan lagi pasal blog2 aku yang banyak tu yeee...

~ aku rindu sama BELT ~

 ~ tunggang BELT yang penuh semangat ~


~ bila kita tidak diperlukan lagi, apa yang harus kita lakukan melainkan DIAM...mungkin itu jalan yang terbaik buat aku ~

Tuesday, October 19, 2010

nak timang anak sendiri...

Salam...
geram betul aku...
dah 3 kali aku taip entry ni...
bila publish je hilang...publish je hilang...
apsal ek???

MISTERI betul!!!

baru syok2 nak cerita pasal anak, dah hilang...
macam taknak bagi aku publish cerita aku je nih...

semua wanita menginginkan sebuah keluarga yang penuh riang ria tawa anak2...
termasuk laa aku ni weiii...
aku riang ria jugak...riang ria dengan pe'el anak2 buah aku...
ha, ni akak aku dah prgnant lagi...tahun depan anak buah no.12 pulak...

anak sendiri???
giliran aku belum tiba lagi kan...
aku kena bersabar, kena usaha lagi, kena bertawakkal...
jangan bagi diri aku berputus asa...
korang doa2kanlah untuk diri aku juga ye...
(mood sedeyyyy...)

wei, aku nak anak 7 atau 5 orang...
aku nak anak ramai...aku suke anak2 ramai...
hahahaha...












~ ALEESYA QAISARA ~
anak buah aku no. 11...ramai betul anak2 aku ni wei...hahaha



cogankata untuk entry aku kali ni,
MARILAH KITA MERAMAIKAN UMAT NABI KITA...


~ syookk main bola tampar semula...berpeluh2 weii... ~

Tuesday, October 12, 2010

AMARAN KERAS!!!

Salam semua...
selamat pagi...
selamat bekerja...

bila aku tengok je AMARAN KERAS ni...
terus mencurah2 idea aku nak semua orang buat...

~ Baca dengan sejelas- jelasnya ~
BERDOA SUPAYA ORANG YANG MEMBACANYA MENDAPAT RAHMAT DAN HIDAYAH DARI ALLAH TAALA...amin

aku nak semua orang letakkan tanda AMARAN KERAS ni dimerata- rata tempat...
walaupun ada yang bakal mengatakan "ALA, WATLA MCMANA PUN DORANG TETAP BUAT MAKSIAT..."

yes...memang...tapi ni adalah USAHA...
salah satu dari USAHA...

USAHA yang semua orang kena lakukan...
no kompromi, no toleransi dalam hal ni...

"YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN KAMI DEMI KEBAIKAN ISLAM DAN BANGSA KAMI..."

~ ade orang belanja satey arini ~

Thursday, October 7, 2010

ha, BERLAGAK LAGI!!!

salam semua...
akhirnya...

hahahahaha...

aku terjebak jugak!!!

aku terpedaya!!!

arrrghhhhhhhhh...sungguh tak sangka...

mintak ampun yaa pak!!!

hahahahaha...

~ nuffnang ~
padan muka kat aku weii...BERLAGAK GILER!!!

~ sok ade makan2 free...yeeeeeeehaaaaaaaa, jom beso kan badan ~

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa

Salam Ramadhan buat semua...
maafkan aku sekiranya sepanjang korang disini, aku ada melakukan salah & silap...
aku tak sehat sebenarnya ni...

dah 2 hari demam selepas balik dari sg.buloh baru2 ni...
arini aku berpuasa dalam keadaan lemah + batuk2 + selsema + sakit kepala...

internet pun dah jarang bukak...
aku tak bole duk dpn lappy lama2...kepala ku sakit...

ape2 pun, aku ucapkan terima kasih kat korang kerana begitu setia membaca blog aku yang ntah apa2 nih...
ok, semua...seandainya ada rezki, aku akan singgah ke blog korang tuk mengetahui keadaan pose korang hari ni...heeeeeeee...

ha, korang pose ke tak ni?
kalo tak pose, Allah marah tau!!!

SELAMAT BERBUKA PUASA buat korang...



~ "Ya Allah, kuatkanlah Imanku ini..." ~
Myspace text generator

Thursday, May 20, 2010

alergik

salam semua...
kes semalam...

hahaha...
lawak gak sebab ade yg tnya nape aku letak pic tuh...
pastu ade yg kata tak tido lena malam ni sebabkan pic tuh...

macam2 laa korang nih...

ape2 pun aku dah g klinik tadi...
g klinik swasta, dr xde, letrik pun xde...

maka gagahkan jua g klinik kerajaan...
ok plak...xde org...line clear...

dresa ckp muka aku alergik...
wat masa ni dia suh stop guna produk kecantikan & produk diet...
dia kata cuba pastikan yang mana 1 menyebabkan muka aku mcm ni...

tq kat korang kerna begitu caring dgn masalah aku...
malam ni mau tido awal...
ngantok...

nite semua...

~ bunga teratai kembang mekar ditepi umah ~
teringat lagu teratai layu ditasik madu...lagu sape tu ek?


~
wHite R
osE ~
''''''''''''''''''''''''''
sok jumaat...risaukan kanak2 ribena yang bakal exam minggu depan...

Sunday, April 4, 2010

sehinggi kini masih terkilan...

salam semua...
bila aku membaca n3 cikgu nur yang duk ceritakan pasal permainan bola baling...

aku adalah pemain bola baling sekolah rendah...
yeah, aku berminat sangat main bola baling...

di sek tempat aku mengajar masih kekurangan murid yang bole menyertai pertandingan bola baling peringkat sekolah2...tak cukup nak buat team...
almaklum laaa sek kecik...bilangan murid pun tak ramai...
tapi jika berkesempatan, aku akan turunkan segala ilmu aku kpd kanak- kanak ribena...

bila orang bercerita pasal bola baling je, aku akan rasa terkilan sehinggakan aku malas nak bercakap pasal bola baling...

masa aku sekolah rendah, aku terpilih untuk mewakili sekolah dalam pelbagai acara seperti koir, bola tampar, hoki dan bola baling...

aku memang aktif...
dalam banyak2 acara, hanya bola baling je yang pergi ke peringkat negeri...

aku & kawan2 aku bersusah payah, menangis & ketawa bersama2 dalam setiap perlawanan bola baling...adakalanya sampai kami bergaduh2 sebab nak mempertahankan pasukan kami...

ada juga masa latihan, kami kena marah dengan guru kelas sebab setiap pagi hingga waktu rehat kami tak masuk kelas...pelajaran kami merosot laa termasuk la aku...
masa tu aku dah darjah 6...menanti UPSR...

apa jua rintangan kami hadapi bersama- sama...
sehinggalah pada suatu hari...

kami semua dipanggil oleh guru yang menjadi ketua latihan bola baling...
dan seorang guru dari sekolah lain...

bila diumumkan siapa yang bakal mewakili sekolah ke peringkat negeri di GRIK, PERAK...
aku tak tersenarai...malah cikgu memberitahu yang aku direject dari pasukan kerana ade pemain dari sekolah lain yang menggantikan tempat aku...

masa tu aku dah menitiskan air mata...dalam hati aku berkata- kata betapa kejamnya cikgu aku tu...aku meraung sendirian...aku kecewa sangat2...

bayangkanlah betapa sedihnya aku kerana aku telah curahkan segala tenaga, masa & semangat semata2 nak menjayakan pasukan sekolah aku...
akhirnya aku diperlakukan begini...

kawan2 datang kat aku memberikan semangat & berharap supaya aku menyokong serta mendoakan kejayaan pasukan mereka...

oh, TIDAK!!!
ini adalah 1 penaniayaan...aku rasa masa tu semangat aku dah down...
aku tak tahu dengan siapa aku nak meluahkan perasaan...
cikgu nor adalah guru kelas aku...dia cukup marah dengan cikgu yang mereject aku...
malah cikgu nor penah bertengkar pasal ni...

1 hari kawan aku panggil aku masuk ke kelas tahun 5...
masa aku sampai, cikgu yg mereject aku dah bermuka masam...
terus cikgu tu tengking aku sebab aku pulangkan seluar & baju yang belum berbasuh...

ye, aku memprotes cikgu itu...
akhirnya setelah mendengar bebelan dia sambil aku menitiskan air mata...
sebelum aku keluar aku sempat berkata "saya doakan agar pasukan cikgu KALAH!!!"...

aku trus blah...
setelah kawan2 aku pulang dari grik, dorang bgitau pasukan sek kalah teruk pada pusingan pertama...

dalam hati aku, PADAN MUKA...

Ya Allah, ampunkan dosaku & dosa dia...
aku dah memaafkan dia...
perasaan terkilan tu sukar dipudarkan sehingga hari ini...

apa yang aku tanamkan dalam diri aku sebagai seorang guru,
aku tak mahu anak murid aku mengalami apa yang pernah aku alami...

biar kalah teruk sekali pun aku tetap takkan reject anak2 murid aku...
walaupun seteruk mana pelajarannya, tetap aku ajar...

ni lah pengalaman pahit yang ada dalam diri seorang guru bahawa 1 masa dahulu dia pernah dikecewakan oleh seorang guru juga...

~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
petang tadi main bola tampar dalam kehujanan...sonoknya main hujan...
~lalalalalalaala...

Sunday, March 28, 2010

masih ada lagi manusia yang macam ini...

salam semua...
dah jauh malam, tapi aku masih belum tido...
depan tv aku dah lena, bila masuk je bilik trus segar mata aku...

mungkin kalo aku terus tido je, xdelaa aku berjaga lagi...
ni masuk je bilik aku on my lappy...

tadi jam 8.30- 9.30 malam ramai yg menjayakan misi earth hour...
rumah aku???
oh, takdenya...hanya aku je yg off lappy n internet...
bila aku nak tutup semua, mak kata jangan...sebab mak risau ape2 terjadi...
so, hanya bukak tv & lampu luar umah je...yg lain bergelap...

ni kisah mengenai seorang anak murid aku...
walaupun dia hanya prasekolah, tapi dia tetap sebagai anak murid aku...

aku tak ingat nama dia sebab dia ni murid yang takut dengan aku...
sebab apa dia takut pun aku sendiri tak tahu...
sedangkan aku selalu memujuk dia supaya makan bersama- sama kawannya...
tapi dia tetap tak nak...

jika ada anak murid aku yang bermasalah, aku takkan biarkan...
aku akan lakukan siasatan secara senyap- senyap tanpa diketahui sesiapa...
siasatan berlaku melalui seorang perseorangan...
bermula kawan-kawan, jiran seterusnya sedara mara...
tapi siasatan aku dilakukan secara spontan...

ya, aku minat menjadi detektif polis...
aku penah ceritakan sebelum nih...

~ dari kejauhan aku mengambil gambar dia ~
jauh dari sudut hati memang kesian

kanak- kanak ni mempunyai masalah pergaulan...
bila diajak belajar, dia tak mahu...
bila diajak bermain & makan pun dia tak mahu...

apa yg dia mahukan adalah melakukan setiap perkara secara perseorangan...
bila orang lain dah habis makan, baru dia mahu makan...
itu pun jika tiada siapa2 disisinya, jika ada secara autonya dia akan meninggalkan makanan itu dan pergi ke tempat lain...

1 hari aku masuk ke kelas ni untuk mengajar kawan2nya...
bila aku ajak dia masuk kelas, dia merengek dan nak menangis...
so, aku biarkan...

semasa aku mengajar, aku memerhatikan dia dari jauh...
dia merasa pelik dengan perkara yang kami lakukan...
seolah- olah bagi dia kami ni hidup pada zaman batu...

setelah aku mengkaji latar belakang kehidupannya,
rupa- rupanya dia hanya tinggal bersama ibu & ayahnya dihujung kampung...
aku selalu melalui kawasan kampung itu...
aku tahu suasana laluan sepanjang kampung itu...
memang sunyi & hanya ada 2 keluarga yang tinggal disitu...
rupa- rupanya dia tinggal disitu juga...

mereka hidup tanpa ada jiran yang berhampiran...
rumah mereka jauh dari rumah orang lain...sedangkan jiran yang jauh pun hanya tinggal orang- orang tua sahaja...
mereka tak pernah melalui kehidupan sosial diluar...
aku rasa mereka nak pergi ke pekan pun amat- amat jarang sekali...
hanya ayahnya saja yang keluar mencari rezeki...
sedangkan kanak- kanak ni hanya bermain sorang2 dirumah...

patutlaa bila di sekolah, dia bersikap pelik...
rupa- rupanya kehidupan dia macam itu...
aku kena tunggu lama nak melihat perubahan dia...
aku akan usaha untuk meningkatkan perhubungan dia dan kawan-kawannya...

itulah manusia...
bukan semua bertuah hidup di kawasan yang penuh teknologi & canggih...
masih ada lagi manusia yang jauh dari kehdupan kita...
bila mereka keluar kawasan mereka, seolah- olah mereka berada didunia yang lain...
kita yang hidup dikawasan yang berteknologi & serba canggih ni lah kena membimbing mereka menuju ke arah ini...
jangan sampai mereka terlajak dalam kemudahan yg serba canggih ini kerana mereka akan tersesat...

~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
petang hujan sampai maghrib, aku tak bermain bola tampar...
terasa badan lemah semacam bila tak bermain...
harap- harap esok dapat main...

Tuesday, March 16, 2010

ramalan itu kadangkala membina diri kita...

salam semua...
malam ni aku dah ready pack pakaian tuk g KL tengahari sok...
aku beli tiket pukul 1...
dah janji dgn kakak aku tggu dihentian rehat sg.buloh...
aku dah biasa turun disitu...jika ade terserempak dgn aku, sila tabik ye!!!
hahahahaha...
aku selalu jugak menilai diri aku dalam ramalan2 yg ade kat FB...
ni antaranya...
........................................................................................................................

Dewa/Dewi Mesir untuk Dylla Arshad adalah :
THOTH yang bererti Dewa Pendidikan dan Penemu Tulisan.

Berikut ini adalah analisanya :

Penerangan
: Perempuan Thoth dikenal rajin dan tekun. Kamu juga berjiwa pemimpin, mampu berpikir jauh dengan idea- idea yang selalu bernas. Sifat bijaksana Dewa Thoth menurun padamu sehingga mampu tenang menganalisa masalah, lalu mencari jalan penyelesaian. Kamu pun mampu menuliskan pendapatmu secara kritis. Kamu selalu diajak untuk berbincang, berkat argumentasi (pandangan) yang menarik dan gaya bicara kamu yang menyenangkan.

Sikap:
~ Perempuan Thoth sering terburu-buru dan tak sabar
~ Apa lagi kamu juga selalu cemas yang sehingga mengganggu orang lain

Percintaan:
~ Perempuan Thoth segan untuk menunjukkan perasaannya pada lelaki yang disukainya
~ Tapi ketika bercinta, kamu selalu meragukan hubungan yang sudah dibina

Pekerjaan yang sesuai:
~ Jurnalis/Wartawan/Penulis/Pengacara

........................................................................................................................

kadang2 ada jugak yang xbetul...
tapi bila ianya memberitahu perangai kita yang buruk, kita kena kaji diri kita...
nilaikan diri kita sejauh mana kita betul2 mengenali diri kita yang sebenar...
aku jugak ade masa2 nya sangsi dengan diri aku sendiri...
adakah apa yang aku lakukan dapat memuaskan diri aku tau orang lain...
aku menerima kritikan & teguran drpd orang lain...
bila ade je yang mengatakan aku ni terlampau teruk,
aku kaji semula...esoknya aku berubah sikit demi sedikit...
aku juga suka mendengar komen2 orang tentang diri aku...
bukan untuk bermegah, tapi untuk aku perbaiki diri aku...
benda yang baik, aku teruskan...
jika yang buruk, aku cuba berubah...
aku manusia, xpernah lepas dari melakukan kesilapan...
kerana kesilapan yang kecil boleh membawa pertengkaran yang besar...
tu sebab ramalan itu kadangkala membina diri kita ke arah kebaikan...
buat semua, maafkan diri aku jika ada terkasar bahasa, tersalah kata & terguris hati...
ada rezki kita akan berjumpa lagi...INSYA'ALLAH...
jika tidak, ingat aku dalam doamu...



~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
terasa sedey pulak bila kawan baik yang dah kawin mengucapkan ayat2 sedey kat aku...hampir menitiskan air mata...adakah aku keliru atau terharu sebenarnya???

p/s : doakan aku selamat perjalanan pergi & pulang ye...
miss u all...

Friday, February 26, 2010

membalas dendam...

salam semua...
aduh...hari ni hari kedua aku demam...
pagi semalam pun demam jugak...
jadinya petang semalam aku jugak MC sukan...
kali ni aku membalas dendam dengan mengerahkan segala tenaga & suara hanya tuk sukan...
kali ni aku bercakap tanpa henti...
malah sukan kali ni memang membuatkan aku ketawa sepanjang jadi MC...
dengan gelagat kanak2 ribena PRASEKOLAH yang lari kemudian bole patah semula kebelakang, habis semua murid2 PRASEKOLAH patah semual kebelakang...aduhai, aku menggelakkan kanak2 ribena ni sampai sakit perut...nseb baik aku leh control acara selepas itu...
kali semua penonton sangat2 menghiburkan termasuk cikgu2...
cikgu2 plak adalah tahun bertuah mereka...
ada cikgu yg hampir 20 tahun mengajar disini baru pertama kalinya menang hadiah cabutan no. bertuah termasuk laa k.ili dan cikgu lain...
aku??? bertuah sangat laa kalau dapat...tapi xpe, aku berpuas hati walaupun xdpt...
pagi sebelum sukan, aku & cikgu2 lain bertanding bagi acara SUKA SAMA SUKA...
acara ni adalah gabungan 4 acara kanak2 ribena...
aku bermain acara AIS KRIM CORNETTO, yg lain2 acara CINCIN GERGASI, FORMULA ONE dan LARI DALAM GUNI...
aku n the cikgu2 rumah MERAH menang dalam acara nih...
masa petang semalam hujan rintik2 laa plak...
syukur padang tak basah sangat...kalo x, risau budak2 jatuh waktu lari je...
markah sebelum acara sukan, rumah BIRU no.1, manakala rumah MERAH no.2...
tanpa dijangka, bila acara sebenar bermula, kanak2 ribena dri rumah MERAH telah melonjakkan markah sehingga memotong rumah BIRU...
keputusan akhir bagi keseluruhan sukan 2010, rumah MERAH menang...
yahhooooo...ALHAMDULILLAH...
yg paling aku kecewa adalah, lori MILO xdtg...
huhuhuhu...

~ sempat berposing bersama2 kanak2 ribena tahun 6 lelaki ~

~ aksi selepas selesai berlawan antara guru2 rumah sukan ~
yahoo...cikgu2 umah MERAH menang!!!

~ yahooo...kontinjen umah MERAH menang rumah tercantik
& johan keseluruhan ~


~ bersama ketua & ahli kontinjen rumah MERAH ~


~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
naseb baik cuti 3 hari...harap2 isnin demam dah kebah laaa ye...
SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA TERUTAMA RAKYAT MALAYSIA...
" MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH"

Wednesday, February 24, 2010

kerana xcident, lagi bersemangat...

salam semua...
arini kaki sebelah kiri dh ok...
dia dh biasa bergerak nih...ALHAMDULILLAH...
seperti biasa, pagi tadi ade acara latihan sukan...
aku xcident pagi tadi...
gara2 dek xcited bermain bersama2 cikgu sek,
aku ter xcident smpai bersembam seluruh badan ke tanah...
masa tuh aku melakukan acara FORMULA ONE...
acara ni meleret tayar kereta menuju kehadapan...
aku ni terlebih kuat meleret tayar sampaikan tayar laju kedepan,
yang aku ni masih terkejar2 kt belakang...
myb salah 1 faktor xcident ni kerana kasut buaya yg aku pakai...
aku xde sport shoes laa...
tahun lepasnye kasut dah pecah tapaknya...
dah lama xpakai, mmg rosak laaa...
jadinye tengahari aku trus g T.Intan tuk membayar kete...
sorang2 je aku g...xde sape yg sudi menemani...
hukhukhuk... <---"wat muke sedey"---->
so, kelaparan...cadang nk g makan piza, dipikir2 xjadi laa...
sebabnya kan, piza ni bila kita makan sorng2 xbest tau...sunyi sngt bila makan piza sorang2...
jadinye aku memilih KFC sebagai sasaran peyut aku...
kali ni aku try makan set yang ade nudget udang...
kan ade iklan beli nudget percuma bekas luv tuh...
aku xde laa nk membeli nudget yg cume ade dlm 6 ketul bersama bekas luv yg harganya pun dan mencecah belasan ringgit...buang duit je...
so, aku amik set ayam 2ketul, nudget udang 2ketul bersama air strawberry tanpa ais...
wah, bgitu syok aku makan...bru je makan nudget & sayur, dh kenyang bangat...
jadinya aku tunggu hampir stgh jam tuk menghabiskan makan2 tuh...
xbaik membazir...
alamak, terasa kerugian makan KFC, sbbnya nk menghilangkan lemak2 KFC ni memakan hari aku bermain bola tampar...ahai...
xpe2, bila smpai umah, solat asar, secara gigihnya aku bermain bola tampar semata2 nk hilangkan lemak2 KFC tdi...wahaha...xleh simpan lama2, nti jadi tepu...
tuk mengubat jiwaku yg lara dek kerana xcident pagi tadi,
aku sewenang- wenangnya membelok ke kedai sport shoes...hahaha...
maka, dapatlah tauke cina tu RM48.00 setelah offer 10%...
fighthing!!! fighthing!!! white rose...

~ LINE 7 bersama stoking cute ~


~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
ade seseorang sesat, tetiba je sms aku nk berkenalan...katanya saja2 je main tekan no...sakit jiwa ke ape sesuke hati je tekan2 no, pastu duk mengacau ketenteraman org...eeeeiiii...nak je tukar no...SABAR, SABAR white rose...

Sunday, February 21, 2010

adake patut...

salam semua...
arini seperti biasa jadual aku ttp sama...
jam 6 je dh g main bola tampar...
kul 7 balik umah...
arini luar biasanya kerana seluar yg dh hampir 3 tahun aku xpakai,
dh bole pakai semula...
yaaahhhoooo...alhamdulillah...nk usaha lagi nih...
korang bagi semangat kat aku ye...
chaiyok, chaiyok white rose...!!!
ni cerita mengenai FB...korang sure ada FB kan...
sape takde? sila angkat tangan !!!
aku bkn xcited sngt dgn FB...
kebanyakn yg xcited dgn FB kerana ada games...
shingga kini, aku xpernah main games dlm FB...
langsung aku xberminat...
aku suke games yg real mcm bola tampar ke, badminton ke...
games yg mengeluarkan peluh & menguatkan tenaga...
ha, korang !!! jangan pikir bukan2 ye...otak pink sungguh...hurk !!!
berbalik crita pasal FB ni, aku tidak suke dgn org yg add aku tanpa pengenalan identiti malah xde sebarang gambar yg menunjukkan siapa pemilik FB...
pantang bagi aku, siapa yg add aku ni...xkira laa kenal ke x, aku ttp ignore...
sekurang2nya letak identiti sebenar laa...
ha, lagi 1...dah laa add org, pastu adeke nk tegur2 kita, nk sapa ke...
ni sekadar nak penuhkan kawan2 dlm FB je...baik xpayah add...
ada seorg hamba Allah ni, mmg bagus laa dia menyampaikan ilmu dlm FB,
tapi skurang2nya dia tegurlaa sapa2 yg dia add...pastu dah laa xde gambar dia...
aku tggu jugak la dia tegur aku, kalo dah sebulan mcm ni,
aku nak delete terus...ok tak???
korang jangan main2 dgn aku, aku ni KEJAM...
hahaha... :p


~ korang nampak x anak panah warna merah tuh...gambar ni aku amik dari 1 blog yg ada dlm bloglist aku...kejadian ni berlaku di parking midvalley...betul ke??? ~
ALLAH MAHA MENGETAHUI


~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
bukulali kaki sebelah kiri rasa sakit...pernah terseliuh masa aku g BTN 2007...smpai skrg bila aku aktif bergerak, sakit tuh muncul semula...adoi...
abang2 & kakak2 sila picit kaki saya laaa...hahaha...:P

Wednesday, February 17, 2010

full day...

salam semua...
arini jadual full...
pagi2 lagi dah ada latihan sukan...
lepas rehat, kelas berjalan seperti biasa...
bunyi loceng je, aku trus drive ke manjung...amik tshirt sukan bdk2 sek & pegawai...
sgala urusan selesai smpai jam 3.30 ptg...
g makan, lapo sangat...nk tggu yong tau fu sup xsiap2 lagi...
kata tokei kedai , kul 5 petang baru siap...
aduih...g kedai sebelah makan nasi ayam...
tengah lapar, semuanya sedap...hahaha...
trus drive balik, smpai umah 5.45 ptg...
solat asar, keluar trus g main bola tampar...
balik umah dah kul 7...
trus mandi n solat...
nak tido awal dah...
keletihan...
selamat malam semua...

~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
aku saje menyibukkan diri dari membiarkan diri merasai kesunyian itu...adakalanya jugak, aku tertewas lagi...Ya Allah, bantulah hambaMU ini menempuhinya...esok smbung latihan sukan...seronoknya bermain bersama kanak2 rebina...

Wednesday, January 6, 2010

7thn aku disini...

salam malam2 hari...arini hari kedua aku mula bertugas setelah sbln stgh berhoye2...xdepe yg menarik...mane nk rsa menariknye sbb aku dh 7thn mengajar...rsa skejap sngt...umo aku pun dh makin meningkat...

7thn aku disini...masih bersma2 mereka yg sentiasa menghapykan aku...baik GB, guru2 & pekerja2 sek...sumenye sporting & cool...kdg2 aku terpiki juga nk mencri pengalaman lain dr yg lain kerana aku sukakan cabaran, merantau dinegeri org, nk merasa hdup sendiri & blik kmpg tym2 rindu...tpi aku sngt syg nk tggalkan mereka disini...ape2 pun aku ttp bersyukur...

kali ni murid makin bertmbah, guru pun bertmbh lgi sorg...makin meriah aku disek...geng2 fotogediks makin bertmbh...dlu cikgu2 lain maintain je bile bergmbo, laaa ni dorg dh pandai pose yg menarik gitu... ~ahaks...


smpai2 je sek, murid2 dh siap tggu kt tpi kete aku memberi salam...masuk je kelas, trus cerita g mane dlm cuti sek...mcm2 laaa gelagat dorg...hari pertama persekolahan, aku suke tgk wajah2, pakaian & semangat dorg...sumenye berseri2...tpi tggu laaa 2/3 hari bru korg tau ape terjdi kt anak2 murid aku nih...ade yg comot, yg mule tunjuk kelakuan & mcm2 lagik...

keje aku dh makin berkurangan...aku dh xpgg jwtn2 besa...dlu aku pgg bilik KH, bilik Gerakan, PSS & SPBT...laaa ni aku pgg PSS je...jwtn hakiki aku dh sah2 laaaa pend.islam... ~hurk...sume keje kena buat bile dh jdi cikgu nih...

alhamdulillah, dgn bertmbhnya guru2 KPLI, keje aku makin mudah & ringan...so, aku dpt memfokuskan keje dgn lbih gigih...insya'Allah, mudah2an keje2 yg aku rncg pd thn lps akan terlaksana pd thn ni...

anak2 muridku pula, aku akan smakin tegas...xmo bg muka sngt dh ngn dorg nih...xsiap keje sek je aku bg denda...kalo x, melampo2 laaa dorg nih nti...aku usaha mempertingkatkan lgi penguasaan bacaan Al-Quran anak2 murid aku...aku nk mereka pandai membaca Al- Quran...korg doa2kan aku ye...mudah2an apa yg aku mahukan tercapai...insya'Allah...
Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...


~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~