"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...

Sunday, April 4, 2010

sehinggi kini masih terkilan...

salam semua...
bila aku membaca n3 cikgu nur yang duk ceritakan pasal permainan bola baling...

aku adalah pemain bola baling sekolah rendah...
yeah, aku berminat sangat main bola baling...

di sek tempat aku mengajar masih kekurangan murid yang bole menyertai pertandingan bola baling peringkat sekolah2...tak cukup nak buat team...
almaklum laaa sek kecik...bilangan murid pun tak ramai...
tapi jika berkesempatan, aku akan turunkan segala ilmu aku kpd kanak- kanak ribena...

bila orang bercerita pasal bola baling je, aku akan rasa terkilan sehinggakan aku malas nak bercakap pasal bola baling...

masa aku sekolah rendah, aku terpilih untuk mewakili sekolah dalam pelbagai acara seperti koir, bola tampar, hoki dan bola baling...

aku memang aktif...
dalam banyak2 acara, hanya bola baling je yang pergi ke peringkat negeri...

aku & kawan2 aku bersusah payah, menangis & ketawa bersama2 dalam setiap perlawanan bola baling...adakalanya sampai kami bergaduh2 sebab nak mempertahankan pasukan kami...

ada juga masa latihan, kami kena marah dengan guru kelas sebab setiap pagi hingga waktu rehat kami tak masuk kelas...pelajaran kami merosot laa termasuk la aku...
masa tu aku dah darjah 6...menanti UPSR...

apa jua rintangan kami hadapi bersama- sama...
sehinggalah pada suatu hari...

kami semua dipanggil oleh guru yang menjadi ketua latihan bola baling...
dan seorang guru dari sekolah lain...

bila diumumkan siapa yang bakal mewakili sekolah ke peringkat negeri di GRIK, PERAK...
aku tak tersenarai...malah cikgu memberitahu yang aku direject dari pasukan kerana ade pemain dari sekolah lain yang menggantikan tempat aku...

masa tu aku dah menitiskan air mata...dalam hati aku berkata- kata betapa kejamnya cikgu aku tu...aku meraung sendirian...aku kecewa sangat2...

bayangkanlah betapa sedihnya aku kerana aku telah curahkan segala tenaga, masa & semangat semata2 nak menjayakan pasukan sekolah aku...
akhirnya aku diperlakukan begini...

kawan2 datang kat aku memberikan semangat & berharap supaya aku menyokong serta mendoakan kejayaan pasukan mereka...

oh, TIDAK!!!
ini adalah 1 penaniayaan...aku rasa masa tu semangat aku dah down...
aku tak tahu dengan siapa aku nak meluahkan perasaan...
cikgu nor adalah guru kelas aku...dia cukup marah dengan cikgu yang mereject aku...
malah cikgu nor penah bertengkar pasal ni...

1 hari kawan aku panggil aku masuk ke kelas tahun 5...
masa aku sampai, cikgu yg mereject aku dah bermuka masam...
terus cikgu tu tengking aku sebab aku pulangkan seluar & baju yang belum berbasuh...

ye, aku memprotes cikgu itu...
akhirnya setelah mendengar bebelan dia sambil aku menitiskan air mata...
sebelum aku keluar aku sempat berkata "saya doakan agar pasukan cikgu KALAH!!!"...

aku trus blah...
setelah kawan2 aku pulang dari grik, dorang bgitau pasukan sek kalah teruk pada pusingan pertama...

dalam hati aku, PADAN MUKA...

Ya Allah, ampunkan dosaku & dosa dia...
aku dah memaafkan dia...
perasaan terkilan tu sukar dipudarkan sehingga hari ini...

apa yang aku tanamkan dalam diri aku sebagai seorang guru,
aku tak mahu anak murid aku mengalami apa yang pernah aku alami...

biar kalah teruk sekali pun aku tetap takkan reject anak2 murid aku...
walaupun seteruk mana pelajarannya, tetap aku ajar...

ni lah pengalaman pahit yang ada dalam diri seorang guru bahawa 1 masa dahulu dia pernah dikecewakan oleh seorang guru juga...

~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
petang tadi main bola tampar dalam kehujanan...sonoknya main hujan...
~lalalalalalaala...

3 comments:

CITY® said...

salam ros,
ooooooooo pernah ada dendam ya, ekekekek.. itu lah kita, apa lagi zaman tak matang, walau tak byk sedikit mesti ada perasaan sebegitu. normal la dik. belajar dari kesilapan pula paling baik, tahniah kerana tahu mana baik n tak.
ya lah, cikgu mesti tahu kan, apa lagi utk anak2 didik sendiri.

akak juga pemain bola boling wakil daerah dulu, ekekeek.. time tu pakai skirt pendek u, awwwww..
sekali jatuh daaaa... hahaha

teuskan bersukan, baik utk kesihatan, dah berapa kg ya?
lalalaa

larik....

Cikgu ILi said...

Eiiii main bola dalam hujan?
Dylla..Dylla...
Nanti demam lagi..
Kalau jatuh ke sebab licin?

Lenkali jangan main dalam hujan dah ye.

Nape cikgu tu reject Dylla?
Masa kena reject tak tanya ke kenapa?
Kesian......yg penting bile dah jd cikgu..kene amik iktibar..tak mengulangi mende yg sama sebab budak2 ada perasaan..sampai tua dia akan ingat.

myQza said...

uik!! dasyatlah..

cikgu tu kat mana skarang?

cuba minta maaf sebab doakan yg tak baik2. hehehehhehe..

Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...


~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~