"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...
Showing posts with label sedey. Show all posts
Showing posts with label sedey. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

Bertubi- tubi macam kentang ubi...

Assalamualaikum semua...
selamat malam...


rindu kalian...
tapi......................


rasa sedih...
sedih apabila perkara yang aku syak wasangka, betul2 berlaku...


tak sangka sungguh insan bernama "KAWAN"...
menikam bertubi- tubi tanpa henti...
jika bole nampak, mungkin "DARAH" ku habis menitik2...


sungguh "MULIA" tugas mu wahai "KAWAN"...


aku hargainya...terima kasih...

~ boleh tak nak je terkam insan bernama "KAWAN" tu? ~


"Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona krn memaafkan
6.Mengasihi tnp balasan
7.Bertambah kuat dlm doa & pengharapan Ilahi..."


Ya Allah...wlaupn aku xcantik dmata manusia,ckuplah skadar cantik dhadapan-Mu:)


~ adakalanya sedih kerana diperlekehkan sebegini... ~

Wednesday, December 22, 2010

baby sister atau sister kepada baby...

Assalamualaikum semua...
sowi, ketiadaan keentryan semalam...

mampos aku, kalo omputih baca blog aku sebab hancusskan lughah dorang...
miahahaha...
ade kau kesah ke nyaahh?

sy berada di sg,buloh ni, malam isnin aku sampai...
urgent sebab anakbuah aku memerlukan aku...

dia diserang asma...
kesian dia...dah laaa mak dia nak pegi US...
anakbuah aku ni tak bole pegi sebab doktor tak bagi...

so, aku diamanahkan tuk menjaga dia sehinggalah kakak aku pulang dari US...
dorang pegi sana pun urgent jugak sebab adik ipar kakak aku bersalin disana...
dorang dah plan berbulan- bulan, tiket dah beribu raban, takkan nak kensel...
rugi wooo...

so, aku ANGKAT TANGAN dgn SETIANYA menjadi SISTER kpd anaknya...
miahahahaaha...

anak buah kesayangan aku ni weiii...
siaaaann dia...takpe aku tak tido malam, asalkan dia tido...
aku sanggup!!!

arini aku nak bawak balik Qaisara aku ni pulang ke kampung...
nseb baik akak aku lagi sorang ade ikut...
aku drive, akak aku pegang Qaisara...

jangan PELIK...
sy memang PENCINTA kanak2...

~ budak kecik yang pakai inai tu...kesian dia, terpaksa guna mesin ni jugak ~
any idea nak hilangkan asma ni?

~ rindu kat mak laaaa...ceh, baru 2 hari pisah dengan mak, ngade2...hahaha ~

Thursday, November 4, 2010

perlukah semua itu?

Salam semua...
adakah persahabatan memerlukan pangkat?
adakah persahabatan memerlukan usia?
adakah persahabatan memerlukan perbezaan pelajaran?
adakah persahabatan memerlukan saiz?
adakah persahabatan diperlukan waktu susah?
adakah persahabatan perbezaan darjat?

apa pun jua,
persahabatan tak perlukan pangkat...
persahabatan tak perlukan usia...
persahabatan tak perlukan perbezaan pelajaran...
persahabatan tak perlukan saiz...
persahabatan tak perlu ketika diwaktu susah je...
persahabatan tak perlu darjat...

ape2 pun, hanya aku je yang paham...
hanya aku je yang tahu perasaan itu...
hanya aku je merasainya...

~ adakah persahabatan itu rasa seperti makan eskrem ni? ~



"Ya Allah, selamatkanlah hatiku & jiwaku dari dirosakkan oleh perasaan yang teruk ni..."




"TAPI APAKAN DAYA, AKU HANYA MANUSIA BIASA...AKU MANUSIA YANG LEMAH...MANUSIA YANG MEMERLUKAN PERSAHABATAN...MANUSIA YANG CUBA DIMENGERTIKAN...MANUSIA YANG ADA SALAH & SILAPNYA...MANUSIA YANG MENANGIS...MANUSIA YANG KETAWA..."

~ sok ade majlis makan2 sempena ari jadi GB aku...~

Tuesday, September 28, 2010

itulah hakikat sebenar sebuah kehidupan...

Salam semua...
semalam dikhabarkan seorang warga pendidik meninggal dunia...
walaupun arwah bukan rakan sekerja aku, aku mengenalinya...

minggu lepas menjadi kenangan terakhir rakan sekerja arwah,
minggu ni menjadi kisah paling sedih & duka...
teramat sedih pabila arwah merupakan orang yang ceria & friendly...

diusia dalam 40-an, arwah pergi meninggalkan anak2 yang masih kecil & masih sekolah...
3 hari yang lalu, arwah dikhabarkan terjatuh & terkena serangan angin ahmar...
semalam, arwah meninggalkan semua kenangan bersama rakan2nya...

tenangkanlah dirimu wahai kakak...
Semoga Allah melindungi, merahmati & tempatkan diri mu bersama dengan orang2 yang soleh & beriman...

AL- FATIHAH buat allayarhamah Musalamah...

~ gambar terakhir arwah semasa hari guru ~

KITA YANG MASIH HIDUP TERUSKAN PERJUANGAN!!!

~ arini dikhabarkan juga seorang warga pendidik sedang berjuang menahan sakit di hospital ~

Friday, May 21, 2010

mahukan belaian...

salam semua...
huwaaaaa...

aku mahukan belaian...
aku nak jadi baby smula...

nak dimanjakan, diperhatikan...
huwaaaaa...

please, please...
oh no...

sabo je laa aku time2 nih datang...
asyik nak sedey je...

dah gelak2, pastu sedey plak...
adeke patut...

dah2, senyap...


~ isap jari jap ~

~
wHite R
osE ~
''''''''''''''''''''''''''
mahu cari gula2 macam nyot baby tuh...isap jari nti habis kecut jari aku...
huuuuuuwwwaaaaa...

Tuesday, May 18, 2010

ada apa pada nama...

salam semua...
selamat malam...

wah, n3 aku ofcoach waktu malam je...
hahaha...

dah itu time aku nak taip...
bila malam2 ni idea mencurah2...

arini cuaca sejuk...
sepanjang hari ni, hujan rintik2...

muka aku kering sehingga pipi melecet kemerahan...
mak kata, nanti pakailaa bedak sejuk...
bagi sejuk muka tuh...

oh, ya...
bahang hari guru ni masih belum reda...

aku nak bagitau nama aku spenuhnya...


~ nametag baru siap ditempah ~
tak dan, trus snap...hahaha


maksud nama aku
NURUL = CAHAYA
FADZILAH = KELEBIHAN & KEBAIKAN...

nama aku diberi oleh abah aku...
tq abah...

kerana dengan nama yg abah berikan,
aku menjadi manusia...insya'Allah...

aku berbangga dengan nama yg abah aku berikan...
malah, nama aku ni mencirikan siapa diri aku sebenarnya...

nama penuh korang???
apa maksudnya???

jom kita share...
aku mahu tahu jugak...

~
wHite R
osE ~
''''''''''''''''''''''''''
kisah silam kembali mengimbau saat2 gembiraku ini...
arrrghhh...sungguh trauma...BENCIK!!!

Sunday, April 4, 2010

sehinggi kini masih terkilan...

salam semua...
bila aku membaca n3 cikgu nur yang duk ceritakan pasal permainan bola baling...

aku adalah pemain bola baling sekolah rendah...
yeah, aku berminat sangat main bola baling...

di sek tempat aku mengajar masih kekurangan murid yang bole menyertai pertandingan bola baling peringkat sekolah2...tak cukup nak buat team...
almaklum laaa sek kecik...bilangan murid pun tak ramai...
tapi jika berkesempatan, aku akan turunkan segala ilmu aku kpd kanak- kanak ribena...

bila orang bercerita pasal bola baling je, aku akan rasa terkilan sehinggakan aku malas nak bercakap pasal bola baling...

masa aku sekolah rendah, aku terpilih untuk mewakili sekolah dalam pelbagai acara seperti koir, bola tampar, hoki dan bola baling...

aku memang aktif...
dalam banyak2 acara, hanya bola baling je yang pergi ke peringkat negeri...

aku & kawan2 aku bersusah payah, menangis & ketawa bersama2 dalam setiap perlawanan bola baling...adakalanya sampai kami bergaduh2 sebab nak mempertahankan pasukan kami...

ada juga masa latihan, kami kena marah dengan guru kelas sebab setiap pagi hingga waktu rehat kami tak masuk kelas...pelajaran kami merosot laa termasuk la aku...
masa tu aku dah darjah 6...menanti UPSR...

apa jua rintangan kami hadapi bersama- sama...
sehinggalah pada suatu hari...

kami semua dipanggil oleh guru yang menjadi ketua latihan bola baling...
dan seorang guru dari sekolah lain...

bila diumumkan siapa yang bakal mewakili sekolah ke peringkat negeri di GRIK, PERAK...
aku tak tersenarai...malah cikgu memberitahu yang aku direject dari pasukan kerana ade pemain dari sekolah lain yang menggantikan tempat aku...

masa tu aku dah menitiskan air mata...dalam hati aku berkata- kata betapa kejamnya cikgu aku tu...aku meraung sendirian...aku kecewa sangat2...

bayangkanlah betapa sedihnya aku kerana aku telah curahkan segala tenaga, masa & semangat semata2 nak menjayakan pasukan sekolah aku...
akhirnya aku diperlakukan begini...

kawan2 datang kat aku memberikan semangat & berharap supaya aku menyokong serta mendoakan kejayaan pasukan mereka...

oh, TIDAK!!!
ini adalah 1 penaniayaan...aku rasa masa tu semangat aku dah down...
aku tak tahu dengan siapa aku nak meluahkan perasaan...
cikgu nor adalah guru kelas aku...dia cukup marah dengan cikgu yang mereject aku...
malah cikgu nor penah bertengkar pasal ni...

1 hari kawan aku panggil aku masuk ke kelas tahun 5...
masa aku sampai, cikgu yg mereject aku dah bermuka masam...
terus cikgu tu tengking aku sebab aku pulangkan seluar & baju yang belum berbasuh...

ye, aku memprotes cikgu itu...
akhirnya setelah mendengar bebelan dia sambil aku menitiskan air mata...
sebelum aku keluar aku sempat berkata "saya doakan agar pasukan cikgu KALAH!!!"...

aku trus blah...
setelah kawan2 aku pulang dari grik, dorang bgitau pasukan sek kalah teruk pada pusingan pertama...

dalam hati aku, PADAN MUKA...

Ya Allah, ampunkan dosaku & dosa dia...
aku dah memaafkan dia...
perasaan terkilan tu sukar dipudarkan sehingga hari ini...

apa yang aku tanamkan dalam diri aku sebagai seorang guru,
aku tak mahu anak murid aku mengalami apa yang pernah aku alami...

biar kalah teruk sekali pun aku tetap takkan reject anak2 murid aku...
walaupun seteruk mana pelajarannya, tetap aku ajar...

ni lah pengalaman pahit yang ada dalam diri seorang guru bahawa 1 masa dahulu dia pernah dikecewakan oleh seorang guru juga...

~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
petang tadi main bola tampar dalam kehujanan...sonoknya main hujan...
~lalalalalalaala...

Thursday, December 31, 2009

aku tinggalkan dia...

salam nun dikejauhan malam...harini hari terakhir aku menulis lembaran yg bakal korg komen... ~hurk...ape punya ayat daaa...

iyyuupp...artikel terakhir...

mna mungkin aku akan menulis kembali seperti ini??? insya'Allah, jika diberikan rezqi, aku akan menulis smula...


hari ni aku bakal meninggalkan dia...
dia yg tlh memberi
kan seribu kenangan tuk disimpan didlm diri dia...
dia menerima aku seadanya...
dia juga mendidik aku supaya trus mara...
bahkan jika aku terkenang, dia yg aku sebut...

maaf, aku terpaksa tinggal dia pergi...
aku kena melangkah lagi...
aku xmampu nk bwk dia, tpi aku hnya mampu membawa kenangan dia...
itupun jika dia sendri membenarkan aku membawanya...
bkn sume aku ingt...aku hanya manusia...

setiap yg berlaku, dia ada...
dia terima se
galanya...
dia bersama aku...
tpi, kejamkan aku meninggalkan dia bersendirian??? uuhh...mana mungkin...
dia ada teman yg bersamanya...
jika aku tggal bersama dia, sdh pasti aku tiada memori lgi...


dia 2009...

hmpir sume blog yg aku bca, majoriti ingt setiap bln yg korg lakukan & ape yg terjd kt korg kan...urm...aku just dpt ingt je...bila tarikhnya, WALLAHU A'LAM...

tahun ni berlaku tdk seperti yg aku jangkakan...yupp...aku target thn ni aku kawin...but...SEMUA INI ALLAH YG TENTUKAN, aku hnya merancang...hari ni 2009 bakal melabuhkan tirainya...mana mungkin aku akan berkahwin esok...

ramai jemputan perkahwinan rakan2 yg aku hdiri...ade juga rakan2 yg dh dpt baby...tahniah, kwn2 ku...mudah2an rezqi korg bertmbh2...

bnyk kenangan & peristiwa yg menggamit dlm memori aku...dilanda perasaan yg berbaur2, penipuan, ketamakkan, kesengsaraan, kegembiraan, kesedihan & mcm2 lagi...sebahagiannya aku dh tulis dlm lembaran aku nih...

tahun ni jugak, aku dpt ramai kwn2 blogger...tahniah krana korg bgitu setia menemani lembaran aku nih...terima kasih kerana masih menyokong aku w/pun korg xpernah jumpa aku...sowi...aku masih blm berkesempatan nk wat ape2 yg special dlm lembaran aku nih...insya'Allah, jika aku ada aku akan buat...tpi aku xjanji...

selamat tggal dia...akan aku kenang dia setiap langkahku...dia xkn lari kemana...terima kasih kerana YA TUHAN kerana membenarkan aku bersama dia...

selamat tinggal 2009.

kpd korg, jgn biarkan masalah membelenggu diri korg...crilah jalan penyelesaian disudut hati korg...ALLAH bersama2 kta stiap masa...DIA MAHA MENGETAHUI...jgn lupakan DIA...jgn lupakan diri korg juga...ingatlah hnya DIA yg mampu mengubah segalanya...

andai ada rezqi, kta akan berjumpa semula...jika tiada, doakan aku dlm KEIMANAN & KETAQWAAN...insya'Allah, aku doakan korg juga...selamat tggal...

p/s: mlm sok nk g langkawi...rombongan sek...ade sape2 nk pesan coklat??? ha...sila tuliskan...nti aku hantar kt GIANT, suh dorg hantar kt korg skali ngn bil2nya...orait...

~ alhamdulillah, hajatku nk menjejaki masjid PUTRAJAYA pd tahun ni tercapai ~

Saturday, December 19, 2009

melayan kesedeyan...

aik...adeke yg rindu ngn i??? sape2??? sila angkat kaki... ~hahaha...TQ kpd follower bru & lama jugak...kpd follower bru, sila tggalkan link kamo jugak supaya dylla sng terjah kamo...

mggu ni melayan kesedeyan yg dibuat2... ~ciisss...kecewa daku ngn statement nih...

TQ kpd HENCEK NAKAMURA yg mengutarakan link ni...DRAMA KOREA...

dek kerana keterujaan terlebey2, daku tlh mengetik link itu...sterusnya berjaya mendonlod 18 episod Memories In Bali...ade blance lgi 2...sok smbung...

bile tgk smula cite yg pling diminati ni, alangkah terkejutnye ade air turun dr mana ntah...agak pilu kerana air itu masin le pulok... ~wahaha...

sedey sngt laaa ngn cite nih...kesian my hubby ni...dia jd mangsa pergolakkan antara dylla ngn MIB...owh, lupe nk bgtau...my lappy ni dh ade nama...the name is "HUBBY"... ~ape mcm??? TQ kpd k.ili krana bgitu sng hati memberikan nama ni kpd my lappy...okies...

arini pgi berikan lgi ngn adik ksygnku...xbnyk ikan yg kami dpt...stakat 3kg shaja...4 ekor ikan baung n mcm2 jenis ikan lampam...kesukaan dylla ngn adik adalah ikan baung original...bila dimasak dgn gulai tempoyak, amat2lah menyelerakan & berdondang syglah dylla ngn adik...~kecian kt sape2 yg xmkn gulai tempoyak...

dlm kami berdua menjala, ujan trun dgn lebatnya...wah..........syioookkkk...dh lama xmandi ujan maaa...seingt dylla mandi ujan last year...msa 2 bru lps sukan...main kt lopak2 air bersama2 anak murid serta cikgu2 murid... ~wah, rindu btul saat2 itu...

balik2 je ade bau yg amat2 menarik minat dylla ke dapur...yipppi......mak masak laksa...mandi n trus kedapur mkn laksa...yummmi...sedap...

~nota pocoyo~
teringin nk mandi ujan dgn ehem2... :p
Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...


~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~