"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...
Showing posts with label lemahnya diriku. Show all posts
Showing posts with label lemahnya diriku. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

nasi putih sejuk + kicap + tempoyak = JIWA YANG TERTANGGUH...

Assalamualaikum semua...
selamat malam...

hari yg gusar bagi aku...
sekali lagi bermonolog dalam jiwa...
semuanya menjadi 1 gegaran paksi yg memaksa aku berselubung dalam gelap...

dalam tak sedar, tiba2 terdengar tangisan syahdu...
merayu2 & meminta aku supaya segera bangun...

oh, ibuku...maafkan aku...
sekali lagi anak mu ini tewas dipersada...
memeluk tubuh tatkala senja mula menyirap...
dalam mata terkuyup, suara halus bersahutan...

"ya mak...tak larat nak jawab...tak sedar..."

dah berapa lama mak aku disisi aku pun aku tak sedar...
tersedar bila kepala aku diurut & disapukan bam gamat asli langkawi...

dalam syahdu..."macamana mak ni nti, petang sok nak masuk hospital..."

segera aku membuka mata & tersentuh melihat mak aku menangis mengenangkan nasib anak daranya ni terkuyai layu & lemah longlai...

mak aku baring sebelah sambil memeluk aku yg dlm kepanasan...
aku berpaling, yaaaa...sekali lagi aku tewas dgn tangisannya...

tangisan aku turut bergema & diiringan kegigilan teramatnya...
moga2 mak aku tak sedar tentang kewujudan tangisan aku ni...

terlena & terlantar aku sekali lagi...
kali ini lebih lama...
sehingga kawan melawat pun tak sedar...
dia berikan aku ubat...diurutkan kepala aku, diselimutkan tubuh aku...

terima kasih kawan, kasih mu aku hargai...

terasa tersusuk di dadaku...
kedapur dalam gagahan sanubari,
akhirnya nasi putih sejuk + kicap + tempoyak menjadi serangan tekak aku...
apa aku nak buat, yang itu je mampu ditelan...

akhirnya terbuang jua yang ditelan itu...
ya...aku JIWA YANG TERTANGGUH...







p/s : mybe ni entry terakhir dalam minggu ni...aku busy, temankan mak aku dihospital besok...bila mak aku keluar hospital pun masih tak tahu lagi...tiada kunjungan dari aku buat masa ini...harap kamu sehat2 & dirahmati Allah...


- maafkan aku -

Sunday, February 20, 2011

mengapa oh mengapa?

Assalamualaikum...
haihh...kenapa nih...

hati tak tenteram...jiwa gelisah...fikiran melayang2...

mau rehat2 & tido dengan cepat...
moga2 pulih sperti sediakala...


Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
~ jangan segan2 join contest tu ye... ~

Sunday, January 23, 2011

PPJ bukan PJJ...

Assalamualaikum semua...
selamat malam...

PPJ...
korang tau apa maksud PPJ?

kalau PJJ tu aku tau & korang pun tau...
ade 2 maksud PJJ tu yeee anak2...

PJJ yang pertama ialah PENGAJIAN JARAK JAUH...
PJJ yang kedua ialah PERKAHWINAN JARAK JAUH...

yang nyatanya PJJ tiada kaitan langsung dengan PPJ...

~ tentu ada yang pernah melihatnya kan? ~

PPJ ialah POTENSI PENYAKIT JANTUNG...

masa mula2 tu aku pening gak ape laaa PPJ nih, skali tu nurse bagitau...
aku snap pic ni masa mak aku dihospital...

mak aku dimasukkan ke wad PPJ ni kerana keadaan jantungnya yang lemah...
alhamdulillah, setelah ujian saringan dijalankan, mak semakin sehat & jantungnya tiada masalah...

masalah lain pulak yang muncul...
THYROID...

tuk pengetahuan, THYROID... mempunyai 2 jenis...
1...THYROID... berbentuk...(bonjolan dileher)
2...THYROID... dalam badan...

mak aku disabitkan sebagai pesakit THYROID... no. 2...

gelisah, resah, kepala pening, badan tak stabil, tak mau makan, tak bole tido & macam2 lagi...

kesian melihat mak aku yang semakin kurus...
dia kehilangan 12 kg berat badan...

jubah2 dia semakin londeh...
jawabnye AKU LAA yang mnyapunya...
miahahaha...

~ fizikal THYROID ~

~  THYROID juga boleh memudahkan proses DIET ~

~ sehingga hari ni, mak masih dalam keadaan yg sama ~
susah tido, susah makan, gelisah & segalanya...



Multi-styled Text Generator at TextSpace.net
~ YA ALLAH, SEMBUHKANLAH PENYAKIT IBUKU INI, TAK TERTANGGUNGKAN DERITANYA KEADAAN IBUKU INI, BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENJAGANYA... ~

Friday, January 21, 2011

Ampunkan AKU...


Ya Tuhan
Limpahkanlah Hatiku

Dengan Belas Kasih MU
Pada Waktu Siang Dan Malam
Juga di Pagi dan Petang
Silih Berganti

Tidak Terlewat Dalam Hatiku
Waktu Aku Tidur Atau Jaga
kecuali Mengingati Nama MU
Antara Nyawa dan Nafasku

Kau telah masukkan Kedalam hatiku
Sebuah gagasan 
Bahawa Engkau Maha Suci

Telah Banyak Dosa Ku Perbuat
Dan Engkau Maha Mengetahui
Namun
Pada Saat Petang Menjelang
Dan Pagi Pun Datang
Aku Masih Juga Membuat Dosa

Pimpinlah Aku Ya Tuhan
Ke Jalan Yang Telah Ditempuh
Oleh Hamba-hamba MU yang Sholeh
Dan Jangan Sesatkan Aku
Dalam Mengikuti
Jejak Agama MU

Bimbinglah Aku Di Dunia Ini
Juga Di Akhirat Kelak
Cerahkanlah Wajahku 
Pada Saat Orang-orang Bermuka Masam


~ IMAM SHAFIE ~

~ bersabarlah wahai HATI, ini baru dugaan kecil buat diri mu...ada yang lebih besar dugaan dari mu...bersyukurlah kerana HATI mu terpilih untuk ujian ini... ~

Thursday, January 20, 2011

dan SEBENARNYA bukan by YUNA...

Assalamualaikum semua...
ok, terima kasih masih ada disini...

3 hari dah cukup aku berbicara tentang itu dan ini...
sepatutnya aku bicarakan tentang hidup aku je kan...

cukup2 lah...aku tak mahu meneruskan sebarang masalah...
jika ada sampai melibatkan & mencemarkan blog korang,
AKU MINTAK MAAF TERLEBIH DAHULU...
tiada niat aku nak CEMARkan blog korang...

cukup2lah BLOG aku je yang TERCEMAR...
kan aku suka mende2 yang remeh nih...

biarpun KAU tak mengenali AKU yang sebenarnya...
aku TERIMA KEADAAN ITU...aku tak mintak pun KAU mengenali aku...
biarlah hanya dalam BLOG ini sahaja mengenali aku...

kawan- kawan aku kata yang aku ni KAWAN YANG SENGAL...
kau tau sebab ape?

sebab aku suka cetuskan kontroversi...
yaa, mmg betul...KORANG jangan terperanjat yee...

kenapa?
ada sebabnya...

aku sangat mudah mengenali & menerima seseorang...
tak kiralah sebagai sahabat, rakan baik atau apa2 je kecuali YANG ISTIMEWA...
nak YANG TERISTIMEWA kena panggil kumpulan INDIGO laaa...
miahahahaa...

tapi dalam semudah- mudah itu ada UJIAN TAPISAN yang aku lakukan...
ujian itu secara SENYAP- SENYAP je...

caranya mudah sangat nak buat UJIAN TAPISAN itu...
kau buat 1 masalah besar antara kawan2 baru kau atau kawan2 lama...

tak kira laaa apa dia, janji jangan melibatkan fizikal & mental...
just emosi sahaja...

then kau lihat bagaimana keadaan itu berlaku seterusnya...
jika tiada sebarang masalah, kau buat yang lain lagi...

buat sampai orang tu BETUL- BETUL meluat dengan diri kau...
then baru kau TAHU siapakah INSAN SEBENAR yang berkawan dengan kau...
dan kau akan TAHU apa tujuan dia berkawan baik dengan kau...

tapi AKU NAK INGATKAN...

kau perlu SEDIAKAN DIRI KAU DARI SEGI MENTAL, EMOSI & FIZIKAL...
jika semua ini tidak lengkap, sebaliknya diri KAU yang MERANA...

nampak macam senangkan...
hakikatnya AMAT PERIT sebenarnya...

dah ramai sangat aku lakukan seperti ini, hanya SEGELINTIR sahaja yang masih rapat dengan aku sehingga sekarang...

kenapa?
KEPERCAYAAN, KEIKHLASAN, KASIH SAYANG, TOLONG MENOLONG, SUSAH SAMA SUSAH, SENANG SAMA SENANG, SALING BERDOA SESAMA SAHABAT DAN BERKAWAN KERANA ALLAH TAALA...

"KAWAN YANG BAIK AKAN MEMBAWA KAU KEARAH KEBAIKAN BUKAN KEARAH KEMUNGKARAN..."


"BARANG SIAPA YANG MEMUTUSKAN TALI PERSAHABATAN, HILANGLAH PUNCA REZEKINYA..."


SABDA RASULULLAH S.A.W
"SEORANG ITU AKAN MENGIKUTI PENDIRIAN SAHABAT KARIBNYA, KERANA ITU HENDAKNYA SESEORANG ITU MEMPERHATIKAN SIAPAKAH YANG HARUS DIJADIKAN KAWAN..."

jika kau berkawan kerana...
KEPENTINGAN DIRI, BALASAN DENDAM, MAHU MENUMPANG KEKAYAANNYA, DEMI MENAIKKAN KERJAYA ATAU KESENANGAN KAU...


Telah bersabdanya Rasulullah SAW sebagaimana yg diriwayatkn oleh Al-Tirmizi yang bermaksud,
"Seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah seseorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman..."

Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya "Perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk..."




~ AKU MAHU BERSAHABAT BAIK DENGAN KAMU ~
aku hulurkan TANGAN KANAN, jika kau SAMBUT TANGAN KIRI aku ucapkan terima kasih.
AKU TAK MAHU KAMU MENGIKUT AKU KE ARAH KEBURUKAN, TAPI JIKA AKU MELAKUKAN KEBURUKAN, TEGURLAH AKU AGAR AKU SENTIASA BERADA DALAM PERINGATAN ALLAH.

Tuesday, January 18, 2011

akhirnya TANGAN ni berbicara jua...

Assalamualaikum semua...

selepas aku bersarapan di sekolah,
kesabaran aku akhirnya kecundang...

bukan kerana mahu BERSUKA- SUKA...
tapi ianya adalah 1 PENGAJARAN YANG TERPENDAM...

semasa aku sedang sedap minum TEH O PANAS...
tiba2 aku tersedak mendengar jeritan & suara yang bising...

bisingnya tu 1 sekolah dapat dengar...

aku?
masih sedap meneruskan minum TEH O PANAS...
sambil layan bluesss pagi2...
miaahahaha...

sedap weeii TEH O PANAS kat sekolah aku ni...
miahahaha...

aku teruskan langkah menuju ke tempat jeritan & bisingan tadi...
aku cam suara itu milik siapa...

terus kena CERAMAH pagi2 buta nih...
mood aku masih ok...

masih sempat aku perbetulkan tali lehernya...
songkoknya, bajunya dan rambutnya...
sambil2 tu aku membebel laaaa...

then bila bebelan aku itu tidak di endahkan...

PANG...sebelah kanan...
PANG...sebelah kiri...

YESS...!!! TERLEPAS JUA...
YAAAHOOOOOO...AKU BERJAYA MELEPASKANNYA...!!!

tu baru TAMPARAN dihujung jari...
belum ditapak TANGAN...

mau bengkak pipi kawan tuh...

sebenarnya dah seminggu aku pendamkan segala kejadian...
kejadian BERGADUH masa ada majlis bacaan Yassin...
kejadian bermacam2...

aku KUMPULKAN semuanya...

haaaa...kan dah KENA...
korang nak ke?

miahahaaha...


~ INI lah sebabnya mengapa AKU BERTINDAK... ~


~ maafkan aku ANAK2KU...bukan bermaksud untuk bersikap kasar tapi aku mahu kamu jadi ANAK2KU yang baik & mendengar kata..."

Wednesday, December 1, 2010

mengapa kita tidak boleh menggunakan perkataan "SALAM"...

Assalamualaikum semua...
ada sedikit tazkirah ya buat kita semua dipetang2 yang dingin ni...

mengapa kita tidak boleh menggunakan perkataan "SALAM"...


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

السلاما=keamanan.....
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

 dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;              

WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan            
  As Salamyang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaatnya.

info dari sini... 


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH...
minah ARAB mane nih weiii...


~ jom main hujan...lalalalala ~

Thursday, November 25, 2010

boleh ke?

Assalamualaikum...
aduhai...minggu kedukaan...

minggu yang bercampur baur dengan perasaan...
bercampur baur dengan kenangan...

alahai...
ALHAMDULILLAH, aku masih dapat mempertahankan...
shingga malam ni, ianya bakal menjadi sejarah...
esok adalah penentu segalanya...

"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan..."

aku nak tanya pendapat korang...
jawablah dengan sejujur2nyaa dalam hati korang...

jika korang mempunyai seorang kawan yang korang dah tak suke dengan "Si A"...
sedangkan dulu, korang berkawan baik dengan "Si A"...
sehinggalah berlaku 1 masalah yang terjadi menyebabkan korang dgn "Si A" semakin renggang...

persoalannya, boleh tak korang mengutuk "Si A" tadi kat kawan2 yg lain...
kemudian, korang ajak kawan2 korang yg lain supaya jangan berkawan dengan "Si A"...
maknanya bila korang tak suke seseorang, orang lain yang rapat dengan korang mesti turut serta tak suka jugak dengan seseorang tu...
boleh tak macam tu???

~ aku ditinggalkan di dalam kegelapan ~


~ bersabarlah wahai hati...kerana kesabaran itu mengajar diri lebih berhati2 ~

Saturday, November 20, 2010

dulu dan sekarang...

Salam semua...
DULU...

dulu aku diperlukan...
dulu aku diberi perhatian...
dulu aku disayangi...
dulu akulah adik yang dimanjai...
dulu akulah insan yang gembira...
dulu aku juga yang mengembirakan...
dulu aku sentiasa bersama...
dulu bila aku tiada, akulah dirindui...
dulu akulah tempat mengadu...
dulu aku lain...

SEKARANG...

sekarang aku dipinggirkan...
sekarang aku ditinggalkan...
sekarang aku dicemuh...
sekarang aku dicaci & diperli...
sekarang aku dipulaukan...
sekarang aku bukan tempat mengadu...
sekarang aku bukan adikmu lagi...
sekarang aku tidak dipedulikan...
sekarang SIAPALAH aku...
sekarang aku lain...

lebih banyak aku berdiam...
kerna DIAM ITU MEMBUATKAN AKU TENTERAM...

terima kasih KAMU kerana DULUnya pernah ada disisiku...
biarlah aku mengundurkan diri & memberikan peluang kepada adik mu yang baru...

kerna SIAPALAH AKU...

~ SIAPALAH AKU... ~

~ tak perlu aku berduka lagi...kerana semuanya SUDAH JELAS... ~

Thursday, November 4, 2010

perlukah semua itu?

Salam semua...
adakah persahabatan memerlukan pangkat?
adakah persahabatan memerlukan usia?
adakah persahabatan memerlukan perbezaan pelajaran?
adakah persahabatan memerlukan saiz?
adakah persahabatan diperlukan waktu susah?
adakah persahabatan perbezaan darjat?

apa pun jua,
persahabatan tak perlukan pangkat...
persahabatan tak perlukan usia...
persahabatan tak perlukan perbezaan pelajaran...
persahabatan tak perlukan saiz...
persahabatan tak perlu ketika diwaktu susah je...
persahabatan tak perlu darjat...

ape2 pun, hanya aku je yang paham...
hanya aku je yang tahu perasaan itu...
hanya aku je merasainya...

~ adakah persahabatan itu rasa seperti makan eskrem ni? ~



"Ya Allah, selamatkanlah hatiku & jiwaku dari dirosakkan oleh perasaan yang teruk ni..."




"TAPI APAKAN DAYA, AKU HANYA MANUSIA BIASA...AKU MANUSIA YANG LEMAH...MANUSIA YANG MEMERLUKAN PERSAHABATAN...MANUSIA YANG CUBA DIMENGERTIKAN...MANUSIA YANG ADA SALAH & SILAPNYA...MANUSIA YANG MENANGIS...MANUSIA YANG KETAWA..."

~ sok ade majlis makan2 sempena ari jadi GB aku...~

Monday, October 25, 2010

adakalanya macam- macam...

SALAM semua...
selamat bekerja dihari isnin yang ceria...

adakalanya aku macam ni...

~ rasa boring... ~

adakalanya jugak aku macam ni...

~ nak ejek orang yang mengejek aku... ~

kadang2 ade rasa macam ni...

~ berlagak bijak pandai... ~

urm...ade masa2nye macam ni...

~ nak je cucuk2 mulut orang yang mengata aku ~

rasa2nye macam ni pun ade...

~ wat hal sendiri je lagi baik ~

tapi macam ni orang selalu kata kat aku...

~ sentiasa kelihatan tenang je walau ape yang berlaku... ~
eh, YEKE?...aku sendiri tak percaya...

tapi YANG PASTI walaupun macam2 berlaku,
aku atau KAMU, tetap kena macam ni!!!

 ~ berdoa & memohon keampunan kepadaNYA ~
hanya DIA YANG MAHA MENGETAHUI...

cogankata entry ini,
SEPANDAI- PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA...


p/s : kredit pic kepada ADIK ANAS BIN ZAMBREE...

~ aku mimpi keadaan yang memalukan ~

Friday, August 20, 2010

feel bad

Salam semua...
alahai...kecian korang...
aku dah jarang update blog...

badan dah sehat tapi aku bertambah sibuk dengan program2 ramadhan ni...
stiap hari prepair tuk jalankan aktiviti yg dirancang oleh aku sendiri...

balik umah dah penat, tido je la...
malam plak terawikh...
dah jarang tengok blog...FB pun sesekali je...

arini aku rasa teruk...
tak tau kenapa...ada rasa perasaan sedih & duka...
alamak...any idea nak handle perasaan ini?

~ Ratu Lebah & Ratu Feel Bad ~

~ arrghhh...pose2 ni timbul laa perasaan tak sedap ni...hoo tu key? ~
Myspace text generator

Saturday, August 14, 2010

macamana puasa hari ke - 4 ni?

Salam semua...
selamat berpuasa...

alhamdulillah, keadaan aku dah semakin pulih...
agak rugi rasanya sebab dah 3 malam aku terawikh dirumah secara bersendirian...

malam 1st, aku xbole berdiri lama...sendi2 lenguh sebab batuk2 yang terlalu kuat...
malam kedua & ketiga, batuk still kuat dan tak bole panas...
kalo panas je, batuk mula laaa bertambah2 kuat...

puasa je mesti banyak dugaan bagi aku...
aku rasa dah dekat 4 tahun puasa, aku ditimpa macam2 dugaan...
sehinggakan abah & mak begitu prihatin bila aku berpuasa...
dorang laaa yang paling risau...

sampaikan segala abah dan mak sediakan...
yeeehaaaaaaaaa...bahagia btul jadi anak manja mak & abah ni tau...

uish...lelebih plak aku ni kan...
syukur ALHAMDULILLAH, masih diberi peluang untuk bersama mereka...
thanks mak & abah...i luppp mak & abah...

puasa korang mcmana plak?
adakah mcm ini?




~ semalam bru 1st gi pasar ramadhan di kg aku...tu pun aku follow abah je ~
Myspace text generator

Friday, July 2, 2010

Mahu Tahu Mengapa aku menyepi?

Salam semua...
keje tetap keje...

berat aku semakin stabil...
usaha lagi supaya berat tak naik semula...

sebelum ni aku menyepikan diri dari berblog hampir 3 minggu...
ntah, aku tak kira pun sebenarnya...

ada perkara yang membuatkan aku mahu senyap...
ada kata2 dari seorang rakan yang menyebabkan aku menyendiri...

kata2 dia membuatkan aku pikir beribu kali...
kadangkala kata2 dia menyebabkan aku rasa menyesal & lemah...

akhirnya dengan kata2 itu juga membuatkan aku tak putus semangat...
malah membuatkan aku lebih berani berhadapan dengan hidup aku sendiri...

biarlah kata2 itu menjadi sejarah dalam hidup aku...
yang penting kata2 dari korang semua memberikan aku semangat & kasih sayang...

terima kasih buat korang yang betul2 setia memberikan komen & pandangan dalam setiap n3 aku...jasa korang takkan ku lupa...muah


~ berlatar belakangkan MASJID KRISTAL ~
konvoi penyokong Majlis Tadarus Al- Quran Peringkat Kebangsaan
yang berlangsung di UMT, Terengganu...


~
wHite R
osE ~
''''''''''''''''''''''''''
sok ade pasar malam,..dah lama teringin nak makan nasi dagang...
yeeehaaaa...

Wednesday, May 26, 2010

berdiam adalah lebih baik...

salam seemua...

aku mahu berdiam seketika...
mungkin akan lama tidak berblog...

maafkan aku...

mulai hari ni, blog ni akan senyap & sunyi...
aku tak mahu mengganggu kamu...

maafkan aku...


"BERDIAM ADALAH LEBIH BAIK"

~
wHite R
osE ~
''''''''''''''''''''''''''
serba salah...
berkemungkinan delete blog & fb...

Friday, May 21, 2010

mahukan belaian...

salam semua...
huwaaaaa...

aku mahukan belaian...
aku nak jadi baby smula...

nak dimanjakan, diperhatikan...
huwaaaaa...

please, please...
oh no...

sabo je laa aku time2 nih datang...
asyik nak sedey je...

dah gelak2, pastu sedey plak...
adeke patut...

dah2, senyap...


~ isap jari jap ~

~
wHite R
osE ~
''''''''''''''''''''''''''
mahu cari gula2 macam nyot baby tuh...isap jari nti habis kecut jari aku...
huuuuuuwwwaaaaa...

Sunday, March 21, 2010

menghilang...

salam semua...
menghilang???
ape yang menghilang nih???
haish...adekah aku sedang mengarut???
oh, TIDAK!!!
aku kehilangan kawan blogger lagi seorang...
ye, dimanakah HENCIK IP???
mengapa anda membunuh blog anda???
ok, aku biarkan saja HENCIK IP bersendirian...
mungkin dia mahu mencari ketenangan...

kisah hilang...
aku penah kehilangan seorang kawan secara realiti...
aku dah cite dalam n3 aku sebelum2 nih...
aku penah kehilangan CINTA yg hanya bertepuk sebelah tangan je...
aku penah kehilangan RINDU bila aku mengetahui dia tidak jujur...
aku penah kehilangan KEPERCAYAAN kerana penipuan dia...
aku penah kehilangan macam2 hal dalam hidup aku...

kali ni aku xmahu kehilangan apa2...

tapi,

apakan daya...
aku tetap akan kehilangan juga...
aku terima dengan pasrah...
ni semua ada hikmahnya...
sudah ditulis kisah hidup aku sejak azali...
mana mungkin aku mahu mengubah takdir YANG MAHA ESA...

yang pastinya aku bakal kehilangan sesuatu yang telah lama aku bela & simpan...


~ oh, pakulah hatiku ini supaya dia tak menghilang lagi ~


eh, silap...ni epal bukan hati aku...
muahahaha...


~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
arini aku bermain dalam khayalan...xde apa yang menarik setiap saat itu...
yang pastinya aku berperasaan sendiri je...

Tuesday, March 16, 2010

ramalan itu kadangkala membina diri kita...

salam semua...
malam ni aku dah ready pack pakaian tuk g KL tengahari sok...
aku beli tiket pukul 1...
dah janji dgn kakak aku tggu dihentian rehat sg.buloh...
aku dah biasa turun disitu...jika ade terserempak dgn aku, sila tabik ye!!!
hahahahaha...
aku selalu jugak menilai diri aku dalam ramalan2 yg ade kat FB...
ni antaranya...
........................................................................................................................

Dewa/Dewi Mesir untuk Dylla Arshad adalah :
THOTH yang bererti Dewa Pendidikan dan Penemu Tulisan.

Berikut ini adalah analisanya :

Penerangan
: Perempuan Thoth dikenal rajin dan tekun. Kamu juga berjiwa pemimpin, mampu berpikir jauh dengan idea- idea yang selalu bernas. Sifat bijaksana Dewa Thoth menurun padamu sehingga mampu tenang menganalisa masalah, lalu mencari jalan penyelesaian. Kamu pun mampu menuliskan pendapatmu secara kritis. Kamu selalu diajak untuk berbincang, berkat argumentasi (pandangan) yang menarik dan gaya bicara kamu yang menyenangkan.

Sikap:
~ Perempuan Thoth sering terburu-buru dan tak sabar
~ Apa lagi kamu juga selalu cemas yang sehingga mengganggu orang lain

Percintaan:
~ Perempuan Thoth segan untuk menunjukkan perasaannya pada lelaki yang disukainya
~ Tapi ketika bercinta, kamu selalu meragukan hubungan yang sudah dibina

Pekerjaan yang sesuai:
~ Jurnalis/Wartawan/Penulis/Pengacara

........................................................................................................................

kadang2 ada jugak yang xbetul...
tapi bila ianya memberitahu perangai kita yang buruk, kita kena kaji diri kita...
nilaikan diri kita sejauh mana kita betul2 mengenali diri kita yang sebenar...
aku jugak ade masa2 nya sangsi dengan diri aku sendiri...
adakah apa yang aku lakukan dapat memuaskan diri aku tau orang lain...
aku menerima kritikan & teguran drpd orang lain...
bila ade je yang mengatakan aku ni terlampau teruk,
aku kaji semula...esoknya aku berubah sikit demi sedikit...
aku juga suka mendengar komen2 orang tentang diri aku...
bukan untuk bermegah, tapi untuk aku perbaiki diri aku...
benda yang baik, aku teruskan...
jika yang buruk, aku cuba berubah...
aku manusia, xpernah lepas dari melakukan kesilapan...
kerana kesilapan yang kecil boleh membawa pertengkaran yang besar...
tu sebab ramalan itu kadangkala membina diri kita ke arah kebaikan...
buat semua, maafkan diri aku jika ada terkasar bahasa, tersalah kata & terguris hati...
ada rezki kita akan berjumpa lagi...INSYA'ALLAH...
jika tidak, ingat aku dalam doamu...



~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
terasa sedey pulak bila kawan baik yang dah kawin mengucapkan ayat2 sedey kat aku...hampir menitiskan air mata...adakah aku keliru atau terharu sebenarnya???

p/s : doakan aku selamat perjalanan pergi & pulang ye...
miss u all...

Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...


~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~