salam semua...
dah jauh malam, tapi aku masih belum tido...
depan tv aku dah lena, bila masuk je bilik trus segar mata aku...
mungkin kalo aku terus tido je, xdelaa aku berjaga lagi...
ni masuk je bilik aku on my lappy...
tadi jam 8.30- 9.30 malam ramai yg menjayakan misi earth hour...
rumah aku???
oh, takdenya...hanya aku je yg off lappy n internet...
bila aku nak tutup semua, mak kata jangan...sebab mak risau ape2 terjadi...
so, hanya bukak tv & lampu luar umah je...yg lain bergelap...
ni kisah mengenai seorang anak murid aku...
walaupun dia hanya prasekolah, tapi dia tetap sebagai anak murid aku...
aku tak ingat nama dia sebab dia ni murid yang takut dengan aku...
sebab apa dia takut pun aku sendiri tak tahu...
sedangkan aku selalu memujuk dia supaya makan bersama- sama kawannya...
tapi dia tetap tak nak...
jika ada anak murid aku yang bermasalah, aku takkan biarkan...
aku akan lakukan siasatan secara senyap- senyap tanpa diketahui sesiapa...
siasatan berlaku melalui seorang perseorangan...
bermula kawan-kawan, jiran seterusnya sedara mara...
tapi siasatan aku dilakukan secara spontan...
ya, aku minat menjadi detektif polis...
aku penah ceritakan sebelum nih...

~ dari kejauhan aku mengambil gambar dia ~
jauh dari sudut hati memang kesian
kanak- kanak ni mempunyai masalah pergaulan...
bila diajak belajar, dia tak mahu...
bila diajak bermain & makan pun dia tak mahu...
apa yg dia mahukan adalah melakukan setiap perkara secara perseorangan...
bila orang lain dah habis makan, baru dia mahu makan...
itu pun jika tiada siapa2 disisinya, jika ada secara autonya dia akan meninggalkan makanan itu dan pergi ke tempat lain...
1 hari aku masuk ke kelas ni untuk mengajar kawan2nya...
bila aku ajak dia masuk kelas, dia merengek dan nak menangis...
so, aku biarkan...
semasa aku mengajar, aku memerhatikan dia dari jauh...
dia merasa pelik dengan perkara yang kami lakukan...
seolah- olah bagi dia kami ni hidup pada zaman batu...
setelah aku mengkaji latar belakang kehidupannya,
rupa- rupanya dia hanya tinggal bersama ibu & ayahnya dihujung kampung...
aku selalu melalui kawasan kampung itu...
aku tahu suasana laluan sepanjang kampung itu...
memang sunyi & hanya ada 2 keluarga yang tinggal disitu...
rupa- rupanya dia tinggal disitu juga...
mereka hidup tanpa ada jiran yang berhampiran...
rumah mereka jauh dari rumah orang lain...sedangkan jiran yang jauh pun hanya tinggal orang- orang tua sahaja...
mereka tak pernah melalui kehidupan sosial diluar...
aku rasa mereka nak pergi ke pekan pun amat- amat jarang sekali...
hanya ayahnya saja yang keluar mencari rezeki...
sedangkan kanak- kanak ni hanya bermain sorang2 dirumah...
patutlaa bila di sekolah, dia bersikap pelik...
rupa- rupanya kehidupan dia macam itu...
aku kena tunggu lama nak melihat perubahan dia...
aku akan usaha untuk meningkatkan perhubungan dia dan kawan-kawannya...
itulah manusia...
bukan semua bertuah hidup di kawasan yang penuh teknologi & canggih...
masih ada lagi manusia yang jauh dari kehdupan kita...
bila mereka keluar kawasan mereka, seolah- olah mereka berada didunia yang lain...
kita yang hidup dikawasan yang berteknologi & serba canggih ni lah kena membimbing mereka menuju ke arah ini...
jangan sampai mereka terlajak dalam kemudahan yg serba canggih ini kerana mereka akan tersesat...
~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
petang hujan sampai maghrib, aku tak bermain bola tampar...
terasa badan lemah semacam bila tak bermain...
harap- harap esok dapat main...