"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...
Showing posts with label pengakap. Show all posts
Showing posts with label pengakap. Show all posts

Monday, April 12, 2010

mengigau bakal terjadi kepada sesiapa je...

salam semua...
ha, amik korang...
hari ni sampai 2 entry aku buat...
ni kes balas dendam...
~hahahaha...

ok, tadi aku ade nak ceritakan pasal mengigau kan???

korang penah mengigau???
ye, aku dlu2 penah mengigau, tapi hanya bersembang2 je...
bukan mengigau sampai berjalan kesana kemari...

aku ade sepupu yang mengingau sampai bukak pintu umah & berjalan kesana kemari...
masa tu kakak aku terjaga bile dengar pintu bilik dibuka, nasib baik cepat sedar, kalo tak sepupu aku dah bukak pintu umah pun...

ni kes mengingau masa camping...
pada tahun 2008, anak murid aku juga penah mengigau sampai masuk khemah perempuan...
masa tu aku & cikgu2 lain belum lagi tido, tengah menyembang...
tiba2 ade murid perempuan menjerit sebab seorang murid lelaki dah baring sebelah dia...

apelagi, kitorang semua gelak sakan laa...
aduih...memang tragis sungguh kejadian tuh...

camping kali ni, aku juga berwaspada agar kejadian tu tak terjadi lagi kat anak murid aku...
alhamdulillah, kali ni semuanya baik2 belaka...

akhirnya kes mengigau ni terjadi jugak, tapi bukan anak murid aku...
anak murid sek lain...

kejadian terjadi masa malam ahad, masa tu aku & ciktapa sedang mengangkat air,
manakala cikgu su sedang membasuh beras...
jam dah menunjukkan hampir kul 1 pagi...

aku dah perasan budak lelaki ni duk merayau2...
aku xdela tanya, manala tau kot2 dia nk minum ke, nak buang air ke...
sekali tu bila aku nak tolong cikgu su memasak nasi, budak tu dah ade kat khemah sebelah sek kitaorang...

yg menjadi peliknya budak ni berkali- kali membuka zip khemah, tapi tak terbuka sebab zip khemah sebelah kiri dia, sedangkan dia membuka sebelah kanan...
naseb ade seorang ustaz ni datang kat budak nih...dia pun nak tolong bukakan khemah,
alih2 ustaz ni kata "eh, ni bukan anak murid sy..."

aku, ciktapa, kaksu, ustaz n cikgu lelaki (1 sek dgn ustaz) dah mula pelik...
ustaz tu suh dia g khemah sek lain...
cikgu khemah lagi 1 tu jugak cakap "eh, ni bukan anak murid sy..."

aku panggil laa budak tu semula, aku tanya dia sek mana...
dalam mamai2 dia cakap laa sek ................... (dirahsiakan)...

kitorang gelak beso le...
punya laa jauh khemah dia...
mcamana laaa cikgu2 dia tak perasan dia keluar khemah...
dah laa tak pakai kasut tuh...

naseb baik kitaorang tersedar, kalo tau mahu dia terjun sungai tuh...
sungai dah laa dekat dgn tempat camping kitaorang...

adeih...kami siap perli2 cikgu2 sek budak tuh...
memang tak tahan sungguh, asyik menggelakkan budak tuh...

tapi memang kesian kan...
kalo dapat suami/isteri yang kuat mengigau ni bahaya jugak...
buatnya mengingau nak keluar umah, payah tuh...
salah seorang kena berjaga2 selalu laa...


~ ni lah en.tapa yang begitu banyak berjasa dlm menyiapkan gajet2 perkhemahan nih ~
kalo xde dia, dah tentu perkhemahan tak lengkap...

~ ni lah anak murid aku yang terlibat dalam kem perkhemahan ~
13 orang kesemuanya...


ade sape2 masih lagi mengigau???
~lalalalala...

~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
rupa2nya ade orang merindui aku...sampai membalas dendam dengan membaling bola kat muka aku...hampagas btul...
cakap je laa rindu, ni nak malu2 plak...muahahaha...
tahniah zura, dh 5 minggu pregnant...jaga diri & baby baik2 tau...

Wednesday, March 10, 2010

akan kembali semula...

salam semua...
pe cite arini??? so busy ke???
jap lagi aku nak g sekolah semula...
ade kokurikulum...
nak buat latihan pengakap...
dijangka 2- 4 april ni ade perkhemahan pengakap keris perak...
keris gangsa dh buat disekolah...
so, keris perak adalah peringkat daerah...
insya'Allah, tahun ni kanak2 ribena akan menyertai kem perkhemahan pengakap keris perak...
cikgu iwan kata "cikgu yang berkhemah, bukan budak2"...
hahaha...memang pun...
cikgu2 sekolah aku yang beria nak berkhemah, bukan kanak2 ribena...
macam biasala...aku, k.ili, k.iffah & cikgu iwan...
yang lain2 biasa2 je...
peringkat daerah ni mencabar sikit sebab kemudahan kena kongsi dengan semua sekolah yg terlibat...masa ni lah baru tahu sikap sebenar kanak2 ribena...
masa di sekolah pe'el dorang lain, bila dh keluar sekolah baru tau belang dorang nih...
aku laa xcited nk berkhemah...hari2 duk umah, sekali sekala nk berkhemah diluar...
aku xkesah dengan lecah, dengan hujan & nyamuk...
aku redha...hahaha... <----- "cakap berlagak" yang pastinya aku xsabar nak berkhemah semula...
dapat skodeng cikgu2 hensem..
hahahahaha...

~ kem perkhemahan pengakap tahun lepas ~
cuba cari aku dimana?


~wHite RosE~
''''''''''''''''''''''''''
arini bertungkus lumus menyiapkan mural kat dalam PS...rasa bahagia sebab sudut NILAM hampir siap sepenuhnya...alhamdulillah...
Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...


~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~