"HAZA MIN FADHLI RABBI, LIYABLUWANI A'ASYKUR AM AKFUR" maksudnya : Semua ini adalah kurnian TUHANKU, untuk mengujiku samada aku akan bersyukur atau pun kufur...

Friday, March 4, 2011

Sembilan Jenis SIHIR...

Assalamualaikum...
mari kita tengok beberapa jenis sihir ye...

Sembilan Jenis SIHIR
1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri. 
2. Al-Mahabbah:Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta. 
3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar. 
4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong. 
5. Al-Khumul:Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan. 
6. Al-Hawatif:Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi. 
7. Al-Marad (sakit):Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba. 
8. Nazif:Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan. 
9. Ta’til tawaj:Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.

sihir mane yang korang suke tu haaaaaa???

~ BACALAH & AMALKAN SELALU ~


~ SIHIR MULUT lagi bahaya...bole buat orang bunuh diri... ~
aku nak bunuh je mulut orang tuh...kakakakaka...

23 comments:

iem said...

sihir ni mudah sekarang, rosak masa depan

fiqas said...

wr, sihir amalan syaitan...mudah2 saya dijauhi dari terkena ....

KUREKURE COMEL said...

mina mcm no 3 je tu.....huhuhu...


bahayakan sihir ni...mak mina meninggal penyebab salah satunya akibat sihir jgk...huhuhu...

Asri Alam said...

terima kasih utk info tu :)

ibuintan said...

macam2 kepandaian yang tidak sepatutnya kan...

saya pernah mengalami sihir no 8 tu, syukur telah sembuh sepenuhnya

Nia said...

akak kuat berangan..terfikir2 pulak..adakah aku terkena sihir? seriously,kuat berangan sampai2 kadang2 terlajak jalan waktu driving.

si para para said...

kata orang sihir ni makan tuan...

Faaein Himura said...

huii.. bahaya2... mohon dijauhkan dari kita semua...

IMANSHAH said...

urm, moga dijauhkan

Yasminhamid said...

minta dijauhkan dari itu semua...tak sanggup nak hadapinya..

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Sihir, kesyirikan yang nyata

nurkass said...

nauzubillah..
minta simpanglah..
thanks for sharing dik...

minta izin copy ye dik non..
nak buat peringatan utk diri..

Cik Puan Syeeda said...

mohon dijauhkan dari sihir2 nih..
thanks for sharing!

☾SHiemaCMa786☾ said...

sihir mana yg paling suka???hahaha..no no no...

jom berselawat..

Amieynna Amin said...

sihir ni dah mcm xsalah skg.. sikit2 tak puas hati jumpa bomoh.. ape laa..
selawat ni yg cerita anak betong tu kan..senang nak hafal sebab ada irama lagu.. hehe

therosputih said...

info yang sangat bagus la akak...tambah pengetahuan ain ari ni...

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

saya suka nyanyian lagu Senyap dan Sunyi - dendangan P.Ramlee....best!

zati embong said...

haha,betul kak,jat kalau kena bebel dgn org yg serabut2 ni,dalam hati "mintak2lah nanti dia jd bisu,xleh cakap da"

huhu,jat bajek kalau doakan kejahatan,doa d terima la.huhu

Adinda Amy Sensei said...

macam2 jenis sihir dok ada dalam dunia ni kan......moga kita smeua selamat dari tekena sihir yang jahat2 ni....

apdm said...

salam

harap2 jauh dari semua ni.

Tuan Cimot said...

bahaya bnde ni..akibat dengki..huhu

niesz said...

jauh kan lah dari terkena sihir ni, tkut bila dgr pengalaman org yg dah pernah kena sihir..

Ina said...

macam-macam kan...bila diri tidak mendekati Allah..s.w.t..mmg sanggup buat macam tu kat orang lain.

Alangkah indah kata syair...Sekali orang memfitnah,yang benar jugak akan ikut terasa sama..Kayak banjir yang datang menujah di lewat malam,tidak ketahuan dari arah mana dan mahu ke mana.Celaka lah bagi mereka yang menyukainya..

Perhalusi ini, bahawa pendusta itu lebih berat dari langit maka kebenaran itu lebih luas dari bumi yang kita injak ini.Rakus dan hasad lebih panas dari api yang berjelaga dan hitam,sedang kehinaan seorang pemfitnah itu lebih rendah moralnya dari seorang pembunuh...Ternyata saat kita melontarkan satu fitnah akan datang beribu batu neraka ke dahi kita..Berwaspada lah saat kita ingin membuat kisah yang di luar sadar kita itu adalah fitnah dan menafikan hak-maruah saudara kita...


~Harap Maaf, sila tinggalkan Link kamo supaya senang KAMI menjejaki KAMO~