WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini? LELAKI : Kamu!!! WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa? LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing". Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA. Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas. LELAKI : Apa khabar? WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang? LELAKI : Belum. WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..." Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan. .................................................................... Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.... Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? | |
--
.:: BreAkiNg ur PerSoNal BeSt ::.
16 comments:
keegoaan itu bagai setinggi gunung everest..
sesekali mahu rasanya jadi salhi.. tapi bila ego tinggi menggunung.. kiub ais di tapak kaki dah x namoak lagi..
nanti bila ais sudah jadi cair dan jadi air.. baru menyesal..
:)
ustazah nampak gayanya deman korban masih belum reda...sup tulang rusuk pun sodappppppppp..hahahaha..lawak tak ustazah....
Jempol 4, aku suka gaya tulisnya!
kaktedi~
menunggu panas bru nk cairkan ais...bkn ssh nk cairkan ia sekiranya diri xbekukannya...
senpai~
demam korban??? sape yg terkorban nih???
nuansa pena~
ahai...mai laa baca lgi sih...
terlajak prahun leh undur ag..
trlajak kate..xleh nak buat pe..huhu
diba~
kalo terlajak perasaan mcmana???~hahaha
Sebenarnya dua-dua sakit..pengambil tulang rusuk atau pemilik tlang rusuk tu..dua-dua ada keperitan sendiri..sebab they were made for each other..
mmg laa...dh dua2 ade tulang rusuk...kalo slh sorg xde tulang rusuk, xleh laa dia nk hdup...masing2 memerlukan masing2...
Salam ziarah. Blog anda sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita saling jadi follower? Buat MOU, OK? Thanks.
Zuki (zukidin.blogspot.com)
salam ustazah dylla,
maceh singgah umah biru yg tak sebarapa tuh he...
trerfikir2 gak lepas baca n3 ustazah nih,
hmmmmmmmmmm
mmg betul, kenapa kita boleh melukakan atau menyakiti hati org yg kita sayang?
alasan? mungkin kita fikir dia juga sayang kita, dan tak akan pergi walau seteruk mana kita lakukan pada pasangan.
hmmmmmmmmmm
masih menunggu adam ku
heeeeeeeeee
adam dihati tetap ada
ekekkek
Salam ustazah..
Err kalo marah-marah sayang tu camne plak..hikhik
juk~
salam abgJuk...hehe...TQ dtg sni ye...nti kta dtg kesana tau...
bluecity~
salam akak...TQ bls kunjungan...yup...btul 2..kdg2 kta ni xsdr bila kta tgh marah kan...
urm...sy pun tgh menunggu ADAM sy...ahaks...
mizaranun~
salam kembali...ahai...marah2 syg ape slhnye...lgi suke adele...hohoho...
Post a Comment