selamat malam...
ok, TAJUK tak gempak...
tapi ia bakal dijilidkan banyak siri...
Situasi Pertama...
"korang ditugaskan ke tempat keje baru, mula- mula agak hambar dengan keadaan sekeliling. Kemudian datang seorang insan (si A) beramah mesra dengan korang...berbual- bual, bertepuk- tepuk bahu, gelak- gelak & sebagainya laah...then, bila korang cuba mengenali kawan baru (si F), si insan (si A) ni memainkan peranannye...dia menceritakan keburukan kawannya (si F), ceritakan yang macam- macam laaa...sehinggakan korang rasa risau nak berkawan dengan (si F)..."
aku nak tanya pendapat korang...
apa perasaan korang bila situasi ini berlaku kat korang?
apa yang akan korang lakukan?
ini pendapat aku...
"TAK KENAL MAKA TAK CINTA..."
dah banyak kali situasi ini berlaku kat aku...
aku hanya jadi pendengar kepada (si A), tidak menjawab sepatah atau menambah...
hanya anggukan sahaja...aku tetap akan mengenali (si F) walaubagaimana keadaan sekali pun...
dari situ, aku mula membezakan siapakah yang sebenarnya (si A) dan (si F)...
dan aku akan merungkaikan mengapa terjadinya situasi tersebut...
kemudian barulah aku menentukan siapa yang patut aku jadikan PEMBIMBING dan siapa yang patut aku jadikan KAWALAN...
then, baru2 ni aku pulak yang menjadi (si F), walaupun tak nampak dengan mata kasar, aku tetap mengetahuinya...so, apa yang aku lakukan???
just DIAAAAM...itu lebih bermakna...
"DIAM BUKAN BERERTI KALAH, BERSUARA BUKAN BERERTI MENANG..."
~ LESUNG, jika TIDAK diTUMBUK IBUnya manakan nak BERBUNYI ~
peaaceeeeee... :P
~ rindunya kat anak buah aku si Qaisara... ~
18 comments:
percaya pada soalnya hati..
bukan percaya pada soalnya siapa..
malah kalau tidak dikenali lebih lanjut manakan dapat tau jawapannya..ia tidak akan membuatkan kita mneyesal selepas kita mencuba..kerna mencuba itu lebih penting dari hasilnya.
tu la...
nak komen pun serba salah..
apa apa pun kita kena sangka baik kat orang..
pastu kita jangan bawak mulut..
cerita sana cerita sini..
dan kalau susah sangat,lebih baik diam.
tu yang terbaik..
kadang kadang kita tak nampak salah sendiri..
kadangkala diam itu perlu dalam menjaga hubungan... menjadi pendengar yang baik dapat menenangkan hati dan perasaan si pengadu...
benda macam ni biasa berlaku...xperlu amek pusing...last2 org yg macam tu akan cari kita balik
pedulikan apa yg si A tu ckp..yg penting kenal dulu si F tu..baru buat keputusan..berdiam diri pun ada baiknya..kdg2 kalau dilayan sgt melampau pulak jadinya..biasalah manusia..takde yg sempurna..sabar ye dik..
adohai...manusia manusia oh manusia...
kadang diam itu lebih baik dari bersuara...yang penting kita tahu niat kita mcm mana...
assalamualaikum,
percaya apa kau lakukan,
tabah apa kau usahakan,
bertindak atas kemampuan,
kau BOLEH!
~~~~apizz~~~~~wahahahahaha.....peaceeee.......x knl maka x cinta....x cinta maka x mengdekati....x mendekati maka x memahami....
~~~~apizz~~~~~wahahahahaha.....peaceeee.......x knl maka x cinta....x cinta maka x mengdekati....x mendekati maka x memahami....
assalamualaikum...
bersangka baik sesama manusia...yarhamukallah...
Salam White Rose,
Kena berhati-hati ni.
btul tu kak...berani krn benar, tkut krn salah..ade brani? hahaha..comel nye lesung tu..kalau wat tumbuk tu meriah..haha..
kalau saya, diam je dulu..perhatikan dan kenal dulu..kalo org yg dia burukkan tu ok je pd kt, abaikan yg dia ckp...asalkn kt sng..hehhe
aku tak kisah sangat. ramah mesra dgn sesiapa saja. aku tak pilih kawan. perkara mcm tu dah biasa dalam situasi pekerjaan.
bila sesuatu yg buruk dikata si A dan si B, aku cuma senyum dan diam. berharap diorang hentikan perbuatan mcm tu. apa salahnya jika cuba lupakan sengketa, aman dunia kan? hati pun tenang
perkara macam nie memnag dah biasa berlaku la dear buat tak tau je nanti lame2 dowang juga akan cari kita balik..percayalah amy dah biasa terkena..
kak..cma pom penah berada di situasi cam ni...
cma x ble wat ape3..
diam jer la...
bagi aku...lebih baik aku sendiri menilai daripada mempercayai terus kata2 dari mulut org.
sebab sifat manusia ni susah kita nak duga hatinya.entah betul entah tidak.tak boleh terlalu cepat percaya pada kata2 org.ada kalanya mungkin ada sesuatu yang cuba di selindungan dari pengetahuan kita.
huh... diam pon x ok gak... bersuara pon x ok gak...
Post a Comment